Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Tuesday, 6 December 2011

Khatan Percuma Pemuda UMNO 2011

Gambar hiasan

Khatan Perdana Pemuda UMNO 2011

KEPADO WARIH-WARIH YANG ADO ANAK YG NAK DISUNATKAN,APO LAIE JOM HANTAR ANAK-ANAK KE PROGRAM SUNAT PERCUMO

terbuka kpd anak2 tuan2 & puan2

Anjuran : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.
Dengan Kerjasama : Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) & Persatuan Perubatan ISLAM Malaysia caw. N.Sembilan.
Tarikh : 11 Disember 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 6.00 ptg
Tempat : SK Taman Tuanku Jaafar
Perasmian : YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Sasaran Peserta : 200 org kanak-kanak
Doktor/MA : 30 orang
Program Khas : Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
Untuk Pendaftaran hubungi Pej. Parlimen Rembau 066857001 atau Sdr. Adira Abdullah 0172732307. Terima Kasih.

Friday, 2 December 2011

Mat Sabu jadi tukang salak DAP


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kini layak digelar ‘tukang salak DAP’ apabila sanggup dipergunakan untuk menghina dan memperlekehkan siapa saja yang menyinggung DAP sehingga ke tahap menyerang kaum seagama dengannya.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata  UMNO tidak menyerang kaum-kaum yang lain dan yang lebih buruk ialah  Mat Sabu yang menyerang bangsa dia sendiri dan menghina pejuang-pejuang, bekas polis, tentera dan sebagainya.
Menurut beliau UMNO yang berpegang kepada pendekatan wasatiyyah bukan sahaja menjaga hak dan kepentingan Melayu tetapi juga kaum-kaum lain di negara ini dan bekerjasama membina negara yang berdaulat.
“Apa yang telah kita bincangkan itu bukan menyerang bangsa lain tetapi menyatakan bahawa parti macam DAP ini sebenarnya rasis  dan bukannya kaum Cina sebab kita dengan kaum berkenaan tidak ada masalah.
“Kita bersama dengan kaum-kaum lain bersatu dan bekerjasama membina negara yang berdaulat tetapi yang masalahnya adalah DAP sebab pendekatan mereka, kenyataan mereka  yang rasis, pendirian mereka dan kita nampak Mat Sabu seorang penyokong tegar mereka. Kenapa? Mat Sabu seolah-olah tidak ada pegangan sanggup menyerang sesiapa pun demi kuasa dan kepentingan politik,” katanya.
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mendakwa, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar ‘perkauman’ parti pemerintah.
Tegas Khairy lagi, Mat Sabu  rela menjadi “pak turut” kepada DAP semata-mata mahu memastikan mereka mendapat kuasa.
“Dulu dia serang Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri,  tetapi hari ini dia rela menjadi “pak turut” kepada DAP,  balaci kepada DAP semata-mata mahu pastikan mereka memerintah. Tidak ada pegangan langsung,” katanya.
Beliau seterusnya menambah tumpuan pembangkang terhadap perhimpunan agung UMNO membuktikan parti pemerintah itu masih relevan dan menjadi igauan ngeri kepada parti pembangkang.
“Kalau kita tengok dalam ceramah mereka, pelbagai kata dilontarkan kononnya UMNO tidak lagi relevan, UMNO sudah tidak diterima oleh rakyat dan sebagainya kenapa mereka takut sangat dengan apa yang kita cakapkan di sini. Ini membuktikan UMNO terus menjadi relevan kepada seluruh rakyat Malaysia

Thursday, 1 December 2011

LIVE-Menteri Besar N9 di PAU

Barisan Kepimpinan UMNO
Pemimpin yang kita sayangi
Bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO N9 bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Lawatan ke bilik Media RTM
Temuramah TV3 mengenai ucapan dasar Presiden

Wednesday, 30 November 2011

6 Jahanam



Pembangkang hari ini diumpamakan seperti kisah filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berjudul 6 Jahanam yang disifatkan sebagai sebagai versi 6 jahanam moden.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata polemik politik jijik pembangkang yang cuba berangan-angan melaksanakan formula kehancuran negara dalam usaha mengangkat mereka di mata rakyat dalam usaha merebut kuasa.
Menurut beliau tindakan pembangkang yang cuba menjahanamkan sistem demokrasi negara dengan seringkali menggunakan kebangkitan  di Timur Tengah untuk menghasut rakyat ke arah revolusi jalanan seolah-olah sistem demokrasi tidak wujud di negara ini.
“Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BN.  Pada mereka BN adalah pencuri pilihanraya, menidakkan suara rakyat, dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa.  Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16?
“Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Azmin Ali dengan gah mengumumkan hasrat PKR untuk memecah tembok penjara bagi membebaskan Anwar Ibrahim sekiranya didapati bersalah dalam kes liwatnya.
“Semestinya ini bukan kenyataan pendukung demokrasi yang sebenar.  Undang-undang negara, sistem kehakiman negara semuanya tidak diendahkan.  Dan konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka,“ katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung Pemuda UMNO di sini, hari ini.
Khairy seterusnya berkata formula enam jahanam mereka seterusnya adalah untuk menjahanamkan sistem pentadbiran selain mejahanamkan maruah serta sejarah negara.
“BN adalah satu parti yang telah terbukti keupayaannya dalam mentadbir negara.  Semangat setiakawan antara parti komponen dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan Jemaah Kabinet oleh Perdana Menteri.
“Bagaimana pula dengan pembangkang?  Sehingga kini, mereka masih gagal memberikan kita Kabinet Bayangan.  Yang mereka ada, 3 penyelia untuk satu portfolio – tiga kepala, satu badan.  Bayangkan kalau mereka perlu menubuh kabinet di masa hadapan – siapa Perdana Menterinya?  Anwar, Guan Eng atau Haji Hadi?
“Begitu juga dalam soal pengurangan kakitangan awam yang mana tiada langsung sebab untuk kurangkan saiz kakitangan awam.  Sesungguhnya, bagi penjawat awam yang bakal mengundi kelak, undi untuk pembangkang adalah sama seperti menabur pasir ke periuk nasi sendiri.
“Dan bayangkan pula apa akan jadi kepada pentadbiran undang-undang?  PAS mahu laksanakan hudud, tetapi DAP pula minta langkah mayat mereka dulu.  Jika Pakatan mengambil alih Kerajaan Persekutuan, apakah akan ada undang-undang berbeza di negeri berbeza?  Apakah definisi jenayah sendiri akan berubah mengikut geografi?  Kalau mencuri di Kelantan, potong tangan.  Kalau di KL, sumbat penjara.  Kalau di Pulau Pinang, itu kita tengok dulu apa kata Khalifah Lim Guan Eng.
“Inilah realiti sekiranya penjunjung komunis dibiar mentadbir negara.  Lesap habis segala fakta sejarah.  Kesemuanya bakal diganti mitos pro Komunis yang menyanjungi pengganas, para pembunuh anggota polis.  Sejarah negara dan asal usul bangsa menjadi mangsa keempat pakatan jahanam,“ katanya.
Kata beliau lagi jati diri bangsa serta  kemakmuran ekonomi negara yang seolah-olah tidak menjadi fokus kepada pembangkang menyerlahkan sikap rakus mereka yang hanya mengambil jalan populis.
“UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara.  Malangnya ini bukan fokus Pakatan Rakyat.  Yang mereka tahu, gadaikan kepentingan bangsa, cabar kesucian agama, asalkan kepentingan politik mereka terjaga.
“PAS dan PKR masih sanggup bersekongkol dan hanya mendiamkan diri melihat orang Melayu di Pulau Pinang diasak dan dipijak-pijak oleh DAP.  Hari ini, menjadi orang Melayu di Pulau Pinang, tak ubah seperti merempat di bumi sendiri.  Bukan sekadar jatidiri Melayu hancur, warna kulit kita pun dah dipersenda.
“Pembangkang mengapung-apungkan kononnya mereka sebuah kerajaan yang bersedia memberikan segala-galanya secara percuma kepada rakyat.  Saya teringat akan satu pesan bidalan lama – yang manis jangan segera ditelan, yang pahit jangan segera dibuang.  Inilah formula Pakatan pembangkang.  Janji manis, pendekatan populis, negara muflis,” katanya.
Khairy seterusnya mengungkapkan petikan pantun bagi memberi gambaran pembangkang yang sebenarnya.

Awan datang lindungi bulan
Malam pekat sunyi rasa
Politik pembangkang sarat kebencian
Hasut rakyat demi kuasa

Dentam-dentum atas permatang
Orang mengemping padi muda
Melayu terpinggir di Pulau Pinang
Air Kelantan tak bersih jua


Tuesday, 29 November 2011

Panglima Perang UMNO

Pemuda UMNO menyifatkan gelaran “hulubalang” yang diberikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu pengiktirafan kepada pergerakan itu.



Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata gelaran itu mengangkat martabat dan darjat Pemuda UMNO dalam menjalankan tugas yang lebih berat untuk parti.
“Dulu mungkin Pemuda UMNO seperti soldadu biasa yang menjalankan tugas seperti menampal poster tetapi dengan pengiktirafan ini, kita bukan lagi pelakon sampingan tetapi diberikan tugas di barisan hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011, di sini malam ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis perasmian serentak sayap UMNO meniup  semangat juang mereka dengan menyeru para srikandi, hulubalang dan permata parti itu berjuang meraih setiap undi rakyat bagi menjamin kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
Merujuk Pergerakan Wanita UMNO sebagai srikandi, Pemuda pula sebagai hulubalang dan Puteri selaku permata  parti, Timbalan Presiden UMNO itu mahu kekuatan ketiga-tiga sayap itu digerakkan menjadi benteng parti.
Semua jentera pergerakan  termasuk di peringkat cawangan dan bahagian akan bersiap sedia dan berhabis-habisan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU ke-13 nanti.

Sunday, 20 November 2011

BN Pilihan Orang Muda





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), khusus untuk menarik sokongan golongan muda terhadap perjuangan parti itu terutamanya UMNO iaitu BN Pilihan Orang Muda.

Slogan baru berkenaan untuk generasi muda, jadi semua gerak kerja kita akan tertumpu kepada slogan tersebut. Identiti itu akan menjadi teras kepada apa yang kita lakukan,"

Khairy berkata, slogan yang menjadi laungan BN sebelum ini iaitu Undilah Barisan Nasional disegarkan semula dengan slogan terbaru bagi generasi muda itu.

Slogan berkenaan akan digunakan sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

"Sekarang kita segarkan semula (slogan) dan kita tunjukkan bahawa orang muda ada pilihan. Kita harap selepas apa yang mereka lihat, kita lakukan, pilihan mereka adalah BN," kata Khairy.

Kehadiran sejuta pengunjung bukti jenama BN terus diterima


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada sebarang kecacatan pada jenama Barisan Nasional (BN) dan yakin ia akan terus diterima oleh rakyat Malaysia.

Beliau berkata, sebagai buktinya lebih setengah juta rakyat Malaysia, khususnya golongan muda hadir di sepanjang Karnival Kerjaya Pemuda BN, walaupun ada sesetengah pihak sangsi dengan penerimaan masyarakat terhadap jenama BN.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, selagi mana produk dan perkhidmatan yang disediakan parti itu menepati cita rasa serta mengambil kira kehendak rakyat, program yang dilaksanakan pasti akan mendapat sambutan.

Menurutnya, begitu juga dalam soal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika calon yang dikemukakan BN mempunyai ciri-ciri sebagai calon yang boleh menang, tiada sebab untuk parti itu ditolak oleh rakyat.

"Sekiranya ada pihak yang sangsi dengan jenama BN, maka kesangsian mereka meleset. Buktinya Karnival Kerjaya Pemuda BN mendapat sambutan yang sangat menggalakkan," katanya pada majlis penutupan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan Najib berkata, Malaysia boleh mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak lima hingga enam peratus menjelang akhir tahun ini menerusi perancangan rapi, dasar yang mantap serta pelaksanaan berkesan.

Jelasnya, tiga ramuan penting kerajaan itu telah terbukti berkesan dalam membangunkan ekonomi negara selama ini dan hasilnya, Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus bagi suku ketiga tahun ini.

"Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu membawa kejayaan kepada negara. Kejayaan itu kerana BN merupakan parti yang telah diuji dan telah membuktikan kemampuan kita dalam membangunkan negara," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia bertuah kerana berada di bawah kategori negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi saban tahun serta mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Beliau berkata, kedudukan negara jauh lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang berada di bawah kategori negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi tetapi tidak mampu menyediakan pekerjaan untuk rakyatnya.

Malah tegas beliau, kemakmuran ekonomi yang dikecapi Malaysia jauh meninggalkan negara-negara Eropah seperti Itali dan Greece yang berada di bawah kategori negara yang mengalami penguncupan ekonomi.

Wednesday, 9 November 2011

Pembangkang buat tuduhan palsu - KJ



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tuduhan pembangkang kononnya Projek Fidlot Nasional gagal sebagai tidak berasas dan berorientasikan politik semata-mata.

Katanya, berdasarkan kajian sendiri termasuk juga menemubual pegawai kementerian untuk mendapatkan gambaran sebenar kedudukan projek tersebut, beliau mendapati segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang itu tidak betul, ada banyak kelemahan dalam penghujahan mereka.

"Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2011 di muka surat 138, jelas tercatat bahawa sasaran 8,000 ekor lembu pada 2010 tercapai.

"Mengikut laporan itu juga, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8,016 ekor bagi tempoh 2008 hingga 2010.

''Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,742 telah disembelih sehingga akhir November 2010. Bagaimana pembangkang boleh kata projek tersebut gagal sedangkan sasaran projek tersebut tercapai," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, isu pinjaman RM250 juta kepada NFC yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurut Khairy, pembohongan pembangkang dalam isu berkenaan terserlah apabila menuduh NFC menerima tanah seluas 2,000 hektar secara percuma.

"Ini adalah tuduhan palsu kerana NFC tidak pernah diberikan tanah seluar 2,000 hektar, sebaliknya syarikat tersebut hanya ditawarkan tanah seluas 600 hektar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menjayakan Projek Fidlot Nasional," jelasnya.

Dalam pada itu, Khairy juga menegaskan, pembayaran RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) adalah bagi memastikan syarikat tersebut mampu melaksanakan tanggungjawabnya untuk membina rangkaian penawaran, pasaran produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.

Selain itu, katanya, ia juga berperanan memajukan operasi sistem lojistik serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Keusahawanan.