Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 29 November 2011

Panglima Perang UMNO

Pemuda UMNO menyifatkan gelaran “hulubalang” yang diberikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu pengiktirafan kepada pergerakan itu.



Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata gelaran itu mengangkat martabat dan darjat Pemuda UMNO dalam menjalankan tugas yang lebih berat untuk parti.
“Dulu mungkin Pemuda UMNO seperti soldadu biasa yang menjalankan tugas seperti menampal poster tetapi dengan pengiktirafan ini, kita bukan lagi pelakon sampingan tetapi diberikan tugas di barisan hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011, di sini malam ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis perasmian serentak sayap UMNO meniup  semangat juang mereka dengan menyeru para srikandi, hulubalang dan permata parti itu berjuang meraih setiap undi rakyat bagi menjamin kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
Merujuk Pergerakan Wanita UMNO sebagai srikandi, Pemuda pula sebagai hulubalang dan Puteri selaku permata  parti, Timbalan Presiden UMNO itu mahu kekuatan ketiga-tiga sayap itu digerakkan menjadi benteng parti.
Semua jentera pergerakan  termasuk di peringkat cawangan dan bahagian akan bersiap sedia dan berhabis-habisan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU ke-13 nanti.

No comments:

Post a Comment