Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts

Sunday, 2 September 2012

POLIS TUBUH SKUAD KHAS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.


Sehubungan itu, polis memberi amaran kepada individu terlibat melakukan perbuatan tersebut yang gambar mereka tersebar di Internet dan disiarkan dalam beberapa akhbar hari ini, supaya tampil membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut kerana ia boleh menggugat kestabilan negara dan tidak teragak-agak mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.


"Semasa Perhimpunan Janji Bersih diadakan pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka, telah berlaku insiden beberapa individu mempamerkan bendera 'baru' untuk menggantikan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

"Terdapat juga insiden beberapa individu bertindak memijak gambar pemimpin negara dan seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Pada ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka, selain memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, terdapat segelintir peserta membawa bendera merah putih seakan-akan bendera Singapura yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.

Sehubungan itu, kata Mohd. Bakri, satu laporan telah diterima di Balai Polis Tun H.S Lee di sini semalam, berhubung insiden tersebut dan pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut.

Beliau berkata, bagi tindakan mempamerkan bendera baharu untuk menggantikan bendera Malaysia, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana perbuatan itu boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum dan penduduk negara ini.

Katanya, tindakan memijak gambar pemimpin negara pula disiasat di bawah Seksyen 290 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan manakala perbuatan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, kita minta individu yang dicari dan saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan. Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan di talian 03-20319999.

Saturday, 28 July 2012

RAKYAT DERITA AKIBAT PEMBANGKANG SELEWENG FAKTA ISU AIR

Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda  menjelang tahun 2014.

Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.

Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.

Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?

Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.

Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019.

Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.

Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).

Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.

Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor.
Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014.

Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta.

Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang?

Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.

Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah  kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas.

Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.

Kedudukan sebenarnya adalah begini - kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan  di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Fungsi utama Syabas hanyalah
sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.

Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.

Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.

Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.
   
Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.

Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat  Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014.

Untuk menyelamatkan keadaan,
kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas.

Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air.

Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus.

Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.

Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan.

Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagimemastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan.

Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air.

Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2?

Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang.

Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.

Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014.

Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.

Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja!

Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN. 
Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan cdilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender.

Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor.

Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi
Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak.

Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat.

Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat.

Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas tiga sebab:

1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah.

2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk  mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari.

Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor.

Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari.

Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja.
Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari.

Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi.

Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. Inilah keperluan sebenar pengguna.

Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna.

Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini.
Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.

Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya.

Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk.

Tuesday, 17 July 2012

Krisis Air: Khalid Ibrahim Sengaja Mengundang Bala



Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air, bukan sahaja manusia yang akan berdepan dengan masalah malah kegiatan ekonomi juga terencat dan kesannya bila berlarutan amat memeritkan.

Tapi di Selangor, kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur & Putrajaya.

Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014, sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.

Malah laporan itu turut disokong pula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan simpanan bekalan air bersih kini berada di tahap kritikal yakni hanya pada tahap 6 peratus sahaja..

Melihat pada sikap acuh tak acuh Kerajaan Selangor yang masih berdolak dalik dalam isu perlaksanaan projek Loji Rawatan Air langat 2 (Langat 2), jelas memperlihatkan kegagalan urus tadbirnya untuk memandang jauh ke hadapan.

Sedangkan tujuan pembinaan loji baru (Langat 2) tersebut bersama dengan terowong air melalui Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi sekaligus mengelakkan krisis air 1998 berulang.

Namun bila Kerajaan Selangor mengganggu kelancaran projek tersebut, akibatnya hingga kini beberapa kawasan Lembah Klang termasuk Selangor ada yang terpaksa menghadapi catuan air memandangkan rezab simpanan air di seluruh loji rawatan air bersih semakin berkurangan.

Andaian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kononnya bekalan air bersih mampu bertahan hingga tahun 2019 bukan sahaja tidak disokong oleh fakta, sebaliknya sengaja mahu meredakan kegusaran orang ramai saling tidak ubah seperti tindakan dangkal menyapu sampah ke bawah karpet.

Hakikatnya daripada 33 loji rawatan di seluruh Selangor yang membekalkan air bagi seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, hanya beberapa loji rawatan air sahaja yang masih beroperasi di bawah paras pengeluaran maksima.

Salah satu darinya ialah loji rawatan air di Sungai Rasa yang beroperasi pada tahap pengeluaran 138.71 JLH sedangkan tahap pengeluaran maksimanya ialah 250 JLH (Juta Liter Sehari).

Bagaimanapun disebabkan beberapa loji rawatan air yang sedang beroperasi bawah tahap sebenar ini tidak memiliki paip penghubung yang membolehkannya membekalkan air ke kawasan lain.

Sebahagian besar loji rawatan air yang lain pula terpaksa beroperasi melebihi tahap maksima antaranya loji rawatan air Sungai Langat yang mengeluarkan sejumlah 447.42 JLH berbanding 386 JLH kemampuan sebenarnya.

Loji rawatan air Sungai Semenyih pula membekalkan 665.92 JLH air bersih sedangkan kemampuan rekabentuk hanyalah untuk 546 JLH sahaja.

Loji-loji yang beroperasi melebihi kemampuannya lama-lamaan akan menghadapi masalah yang sekiranya berlaku serentak misalnya, beban kesusahan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat malah kesannya menjejaskan operasi kilang-kilang yang menjana ekonomi negeri.

Secara keseluruhan, pengguna di Lembaha Klang menggunakan sejumlah 4,219 JLH manakala jumlah air bersih yang mampu dibekalkan oleh semua 33 loji rawatan air tersebut cuma 4,326 JLH.

Saban hari permintaan akan terus meningkat dan selagi tiada loji baru segera disiapkan, bermakna bila-bila masa sahaja para pengguna dan aktiviti ekonomi perkilangan akan menghadapi krisis yang lebih teruk.

Bukankah jelas di sini tindakan dolak dalik Kerajaan Selangor menangguhkan perlaksanaan projek langat 2 bukan sahaja bakal meningkatkan kos pembinaannya malah seumpama menjemput bala kepada rakyatnya.

Apakah ini yang kita kehendaki?

Sunday, 10 June 2012

PTPTN Memakan Diri Anwar Dan Pakatan

Pembangkang di Selangor melenting dan menjadi tidak tentu arah apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengarah PTPTN membekukan pinjaman pendidikan bagi pelajar Unisel.

Tanpa mengkaji terlebih dahulu bahawa tindakan itu adalah bersifat sementara kerana PTPTN mahu melihat samada Pakatan Rakyat Selangor benar-benar serius mahu membela nasib pelajar di bawah universiti milik kerajaan negeri atau ianya sekadar retorik politik kosong mereka sahaja.

Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan mahu melihat sejauh mana kebenaran janji Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu memberi pendidikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi dengan menghapuskan pinjaman PTPTN.

Bukan sesekali niat kerajaan  untuk memperjudikan masa depan generasi muda terutamanya anak-anak bangsa Melayu sendiri.

Sejak merdeka sampai sekarang, tidak ada kerajaan yang memperkasakan pendidikan di negara ini terutamanya menaikkan martabat bangsa Melayu kecuali Barisan Nasional.

Ini hakikat yang amat pahit untuk diterima pembangkang.

Begitulah sifat pembangkang yang ingin menjadi Mat Jenin - berjanji bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apabila mereka disedarkan dari alam mimpi kepada dunia realiti barulah mengerti betapa sukarnya untuk mengotakan janji-janji yang mereka tabur.

Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya.'

Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu mmebuat onar yang sama dalam isu PTPTN.

Begitu juga Anwar membuat kacau bilau pada tahun 1998 apabila dipecat daripada jawatannya kerana jenayah liwat dan salahguna kuasa dengan menghasut rakyat melakukan demonstrasi jalanan.

Sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Anwar sememangnya tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap bangsa Melayu.

Yang beliau pentingkan ialah bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri dan untuk itu dia sanggup memperkudakan bangsa Melayu untuk mencapai cita-citanya.

Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.

Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.

Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.

Seperti biasa, PAS pula mengambil kesempatan untuk mengatakan kerajaan berlaku zalim kerana menindas pelajar Melayu.

Mungkin PAS yang hanya pandai berceramah di kampung-kampung boleh berikan bukti kepada rakyat satu universiti yang berjaya di binanya selama 20 tahun ia memerintah Kelantan.

Bak kata orang, satu tiang bangunan pun PAS tidak mampu tegakkan apatah lagi sebuah gedung!

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.

Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.

Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?

Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?

Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.

Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.

Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja 
yang dijanjikan kepada rakyat.

Thursday, 7 June 2012

PRU 13: Anwar Hanya Saudagar Mimpi


Secara keseluruhan di seluruh negara terdapat 222 kerusi parlimen. Untuk memenangi pilihanraya seterusnya menguasai tampuk pemerintahan peringkat pusat secara majoriti mudah bermakna minima 112 kerusi perlu dimiliki.

Pada masa sekarang pakatan pembangkang memiliki 75 kerusi (sebelumnya 82), 7 dimiliki Bebas yang terdiri dari kalangan bekas pemimpin PKR manakala BN pula menguasai 140 kerusi.

Mengikut ramalan saudagar mimpi terkenal pula iaitu Anwar Ibrahim, tanpa teragak-agak telah mensasarkan kemenangan pembangkang dengan majoriti mudah dengan kelebihan 10 kerusi. (Nanyang Siang Pau dan China Press)

Maksudnya Anwar yakin pakatan pembangkang yang 'diketuainya' mampu menang mudah di 122 kerusi parlimen pada PRU 13 kelak.

Dalam pada pembangkang masih mempertikaikan ketelusan dan keberkesanan SPR dalam menguruskan daftar pengundi pilihanraya, boleh pula Anwar meramalkan kemenangan bakal menjadi miliknya.

Nampak sangat segala macam serangan terhadap kewibawaan SPR sebelum ini hanyalah agenda politik pembangkang semata-mata, lagipun kalau betul SPR tidak telus patutnya Kelantan dah lama kembali kepada BN.

Berbalik pada keyakinan Anwar untuk menguasai 122 kerusi parlimen itu, sebetulnya siapa saja boleh membuat ramalan sambil bermimpi indah tambah-tambah lagi untuk memujuk hati sendiri.

Tapi realitinya jarang sekali mengikut kehendak mimpi. Contoh mudah waktu Anwar sibuk mencanangkan mimpinya untuk menjadi PM 16 September 2008, walaupun berjaya menyebabkan penyokong pembangkang hanyut dalam lamunan, hakikat kemudiannya jauh panggang dari api.

Trend sekarang tidak lagi sama seperti PRU 12 2008 dulu, hatta masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui mendukung kuat agenda pakatan pembangkang pun sudah beransur-ansur menjauhi Anwar dan kuncu-kuncunya.

Ditambah lagi dengan sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India condong bersama BN tentu saja sukar untuk Anwar merealisasikan mimpinya.

Mengikut kajian ramai penganalisis politik, dalam pilihanraya akan datang paling tinggi pun hanya 70 kerusi parlimen sahaja yang boleh dimenangi pembangkang berbanding pencapaian terbaik mereka menguasai 82 kerusi semasa PRU 12 sebelum ini.

Populariti yang dikecapi Anwar dan PR hasil kelemahan kepimpinan negara sebelum ini sudah tidak sama seperti dulu. Sebagaimana pembangkang naik mencanak demikian juga jatuhnya agak merudum.

Terlampau banyak isu melingkari polisi dan dasar pembangkang yang diketahui umum tidak secocok dengan realiti masyarakat Malaysia yang menyebabkan Anwar hanya layak untuk kekal sebagai saudagar mimpi sahaja.

Wednesday, 6 June 2012

WAJIB TONTON VIDEO BERSIH BARU TELAH DIKELUARKAN

Kenapa Cina Semakin Menjauhkan Diri Dari PR?

Dengan bahang pilihanraya semakin terasa, parti-parti politik di Malaysia semakin kuat bekerja.  Walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh tepat pilihanraya, tetapi dari gelagat ahli-ahli politik, terasa seolah-olah pilihanraya akan diadakan esok atau lusa.  

Pakatan Rakyat, sebagai parti yang tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa melipatgandakan aktiviti berkempen walaupun mereka sememangnya berkempen sepanjang masa.  PR sebolehnya cuba meyakinkan para penyokong mereka bahawa mereka mampu menang kali ini.  Malah, mereka juga sering mewar-warkan bahawa mereka sepatutnya mampu menang sebelum ini, sekiranya pilihanraya yang diadakan adalah adil dan bersih. 

Ramai yang terpedaya dengan propaganda pilihanraya tidak bersih dan tidak adil seperti yang ditohmah PR, termasuk kaum Cina yang sebelum ini tidak begitu memberi perhatian terhadap politik jalanan.  Kaum Cina selalunya hanya memberi tumpuan pada politik untuk satu tujuan iaitu memastikan pengukuhan ekonomi kaum mereka.  Tetapi, akibat hasutan yang berterusan, ramai kaum Cina termakan strategi pembangkang yang memburukkan kerajaan dan mula percaya bahawa tahap ketelusan dan keadilan pilihanraya di Malaysia adalah amat buruk sekali. 

Mereka yang rata-ratanya menjadikan Malaysiakini dan akhbar-akhbar berbahasa Cina sebagai rujukan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dari pihak SPR atau kerajaan.   Lanjutan dari itu, mereka memberi sokongan penuh kepada usaha untuk ‘membersihkan’ pilihanraya melalui BERSIH. 

Tanpa mereka sedari, mereka telah diperalatkan oleh pembangkang untuk mengsabotaj negara sendiri, sekali gus, diri sendiri.   Lalu mereka pun turun ke jalanan membontoti Ambiga walaupun mereka tahu bahawa kerajaan telah menawarkan stadium untuk mereka berdemonstrasi dengan aman.    Kerajaan telah berusaha menyedarkan mereka dengan penjelasan demi penjelasan bahawa BERSIH 3.0 adalah tidak perlu sama sekali namun mereka tidak percaya. 

Sehinggalah apabila Anwar mengarahkan peserta BERSIH 3.0 merusuh dan mengganas, maka kaum Cina tiba-tiba terpinga-pinga.    Pada ketika itu, sebahagian besar dari mereka pulang ke rumah dalam keadaan berang kerana ‘BERSIH telah diambil-alih oleh pembangkang’.   Segala peringatan kerajaan kepada mereka kini terserlah sebagai benar belaka. 

Kaum Cina mungkin bijak berniaga, tetapi itu tidak bermakna mereka bijak dalam segala-galanya.  Sedar atau tidak, kaum mereka paling mudah untuk dihasut oleh pihak yang berkepentingan dengan hanya mempergunakan sifat perkauman yang berakar-umbi di dalam diri orang-orang Cina untuk menghancurkan/mengkhianati negara sendiri. 

Dalam konteks negara ini, kaum Cina dihasut agar percaya bahawa kerajaan menganaktirikan mereka.  Mereka juga diajar agar menafikan segala peluang yang diperolehi kaum mereka serta kelonggaran untuk mereka mengamalkan bahasa dan budaya sendiri di sekolah berasingan, sebagai bukti keikhlasan kerajaan.   Mereka diasuh agar membuat tuntutan-tuntutan yang bersifat pentingkan diri serta membelakangkan perpaduan dan kepentingan kebangsaan.   Semua ini adalah bertujuan untuk melemahkan struktur negara agar memudahkan musuh untuk menguasai kita. 

Kerana itu, apabila disebut sahaja kerajaan, SPR, SPRM atau polis, maka kaum Cina akan menterjemahnya sebagai ‘Melayu’.   Oleh kerana kebencian yang begitu meluap terhadap kaum Melayu, mereka tidak lagi dapat melihat apa-apapun kebaikan dari pihak-pihak ini.  Mereka menjadi buta dan akan mempercayai apa sahaja yang buruk mengenai ‘Melayu’ tanpa berfikir dua kali. 

Maka tidak hairanlah mereka percaya bahawa pilihanraya negara ini tidak bersih hanya kerana ada orang yang menyatakan begitu.  Apabila kerajaan atau SPR memberikan fakta dan angka untuk menepis tuduhan itu, mereka enggan menerimanya.  Tetapi, mereka akan percaya apa saja ‘fakta dan angka’ yang disogok oleh pihak lain yang bertujuan memburukkan imej kerajaan dan SPR, walaupun ‘fakta dan angka’ itu tidak masuk akal langsung.  

Memang sukar untuk menyedarkan manusia yang memilih untuk bersikap prejudis dan begitulah keadaannya kaum Cina di Malaysia hari ini – mereka prejudis terhadap kerajaan dan apa saja yang berbunyi Melayu. 

Tetapi, nampaknya BERSIH 3.0 telah ‘menampar’ mereka sehingga terjaga dari dibuai mimpi kebencian yang meluap-luap.   Kini, ramai dari mereka sedar bahawa BERSIH hanyalah alat pembangkang untuk berkuasa melalui jalan belakang.   Akibatnya, ramai dari mereka mula menjauhkan diri dari PR dan memilih untuk menjadi pengundi atas pagar. 

Walaubagaimanapun, kaum Cina masih terlalu angkuh untuk mengakui bahawa kerajaan BN pimpinan Melayu tidaklah seburuk atau sejahat yang dituduh oleh PR.    Rata-rata kelihatannya kaum Cina masih tegar berpegang kepada semangat perkauman dalam menyatakan pendirian politik mereka.    Mereka masih enggan menerima hakikat bahawa kejayaan kaum mereka di Malaysia hari ini juga adalah berkat keikhlasan dan kebijaksanaan kepimpinan Melayu-UMNO-BN.   Kaum Cina nampaknya masih belum mampu memahami bahawa jika kepimpinan kita tidak bijak, kaum Cina juga tidak mungkin mampu berjaya seperti hari ini.

Setakat ini, kaum Cina telah melakukan perkara yang bijak dengan menjauhkan diri dari PR tetapi sedarlah bahawa kebijaksanaan itu hanya akan berguna jika mereka kembali mendekatkan diri dengan BN

Monday, 4 June 2012

PEMBANGKANG SYOK SENDIRI PERHIMPUNAN BESAR


PAS seolah-olah terpegun dengan kejayaannya mengumpul lebih 100,000 penyokong di Stadium Darul Aman, Kedah baru-baru ini.

Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Hijau ke Putrajaya bertujuan menyuntik semangat dalam usaha parti itu merampas kerusi kerajaan pusat daripada Barisan Nasional.

Begitulah gerak kerja PAS yang menganggap bilangan penyokong yang hadir pada sebarang perhimpunan atau ceramah mereka sebagai tanda aras kepada tahap sokongan rakyat kepada parti itu.

Politik angka ini juga menjadi budaya PKR dan DAP kerana bagi mereka lebih ramai yang datang mendengar siri ceramah yang memaki hamun, mencaci dan memfitnah pemimpin negara, maka lebih ramailah yang datang untuk mendengar.

Lebih-lebih lagi jika maki hamun dan cacian itu mencapai tahap maksima berisak-isaklah penyokong untuk mencari tempat duduk.

Realitinya jumlah yang ramai belum tentu lagi diterjemahkan menjadi undi di peti undi setiap pilihan raya diadakan.

Kebanjiran 'kopiah putih' di stadium tersebut umpama buih-buih di permukaan air yang akan hilang apabila ditiup anging.

Mereka sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sedikitpun kerana apa yang dipaparkan dalam media milik pembangkang atau youtube mahupun blog hanyalah sebagai satu propaganda murahan untuk menunjukkan seolah-olah mereka bila-bila masa sahaja boleh menawan Putrajaya.

Jika begitu sudah lama PAS memerintah Malaysia sekiranya populariti diukur daripada berapa isi padang atau stadium mampu diisi oleh sesebuah parti politik.

Lihat sahaja semasa kempen pilihan raya peringat negeri Sarawak pada April tahun lalu di mana boleh dikatakan ceramah anjuran BN lebih kecil kehadirannya daripada yang dianjurkan pembangkang.

Mereka berdabik dada dengan penuh kebanggaan bahawa saatnya amat hampir untuk menubuh kerajaan negeri bari menggantikan BN.

Malah Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRN Sarawak, Azmin Ali dengan begitu angkuh berkata partinya akan merangkul sekurang-kurang 34 kerusi.

Namun apabila keputusan pilihan raya diumumkan, ia menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat tetap memilih untuk kekal bersama BN.

PKR yang paling yakin dan tamak hanya memperolehi 3 kerusi berbanding 16 bagi DAP dan kosong untuk PAS.

Ini kerana rakyat bijak menilai bahawa pihak pembangkang  hanya parti cakap kosong yang menggunakan kepandaian berpidato sebagai modal politik mereka dan tidak lebih dari itu.

Pembangkang tidak mempunyai visi yang jelas bagaimana mau mentadbir negara ini.

Dalam Pakatan Rakyat terdapat tiga model pentadbiran yang bakal menjadi persaingan sengit sekiranya mereka menang - PKR akan menonjolkan konsep pluralisme agama dan Islam liberalnya, PAS pula memperkudakan Islam untuk memperlihatkan satu pandangan totok yang jumud dan beku sementara DAP pula merancang mahu merungkai segala institusi berkaitan Melayu.

Berbanding dengan BN yang sejak merdeka telah menunjukkan kecemerlangan  mentadbir serta mengurus Malaysia peringkat demi peringkat sehingga mencapai tahap kejayaan yang dinikmati sekarang.

Oleh kerana itu bolehlah dikatakan PAS dan rakan-rakan kongsinya bermimpi di siang hari jika mereka berfikir rakyat akan memihak kepada mereka berdasarkan kepada jumlah kehadiran semata-mata.

Seperti yang pernah disebutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mampu menggembeling jumlah jauh lebih besar jika ia mahu tetapi sedar ia hanyalah satu usaha yang membazir dan tidak mendatangkan faedah.

Yang lebih penting bagi beliau ialah terus bertemnu dengan rakyat dari segenap lapisan serta menerangkan dasar-dasar kerajaan disamping melaksanakan pendekatan yang lebih inovatif dan pro-aktif untuk membela nasib rakyat jelata.

Seperti pepatah Melayu biarpun anjing menyalak, bukit tidak akan runtuh; biarpun pemimpin PAS, PKR dan DAP menjerit memaki hamun dan memb fitnah pemimpin negara hingga terkeluar anak tekak, rakyat tetap tidak berganjak menyokong BN.

Rakyat tahu BN adalah umpama gunung yang cuba diruntuhkan anjing dengan salakan kecilnya namun anjing itu tahu lama kelamaan suaranya akan tenggelam dan gunung tetap berdiri teguh.






Monday, 28 May 2012

What Would PAS's Members Do If PAS's Leaders Are Proven Wrong?

If UMNO stated that the fatwas that was brought by PAS saying that 'vote for PAS, one would go to heaven', PAS would accuse UMNO of being jealous, stupid and probably kafir.

Thus, we would like to ask PAS's members, is Masjidil Haram's Fatwa Council member, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi is jealous, stupid and kafir for saying that fatwas that are brought by PAS is stupid? The statement was made by him in an interview with Mingguan Malaysia yesterday.

The response of PAS's leaders regarding the statement made by Dr.  Sulaiman could just be that 'UMNO had given wrong information about PAS to Sheikh Dr. Sulaiman that he somehow misunderstood the fatwas."
PAS's straight members would probably say the same to defend themselves. Other members who would have probably think before they say anything, would deny the fact that their leaders made such fatwa and they might say that UMNO was exaggerating.

What is certain, PAS's leaders and members would do just about anything to tell themselves that they are right, although it is clear that they have taken the wrong path. Ego and pride would stop them from realizing their mistakes.
Sh. Dr. Sulaiman's statement is very welcomed here in Malaysia because it seems that Muslims in Malaysia are fighting against each other because of some issues and confusion. But, the efforts in bringing them back to the right path would not be easy. All because Muslims here think that they are right even though they are heading at the wrong direction in faith, all because of their hate against the government.

Back then, Malaysian Muslims would be told by PAS to hate the government for not implementing Islamic law, which was seen as something that is kafir, but now PAS still plant their rage against the government although they had terminate the fight to build an Islamic nation when they started working alongside DAP and PKR.

It gets even sadder when PAS is not dominant in Pakatan Rakyat. Instead, they are merely followers of DAP and PKR. Whether they realize this or not, PAS is actually helping pluralist PKR and Christian Evangelist DAP to set their power in Malaysia in total through politics.

This may be hard to swallow but PAS has gone way far to the wrong direction, too far, too deep, since the 70s, and it is getting worse for the society. And in this matter, perhaps the government suffered a little out of it for not banning PAS since it was established.

Back then, PAS's slip was covered by the extreme and Muslim fanatics' image, but now it gets more clear as they are seen following the liberals who puts human rights in front of religion. From there, their leaders had to come up with contradicting statements to justify their position in the coalition.

Even though they are clearly wrong when they come up with a fatwa saying 'vote for PAS, heaven will be yours' has been around for a long time, Muslims in PAS probably want easy entrance to the paradise.

Heaven is something big, a blessing to men only for those who had done good deeds to everyone and the mother nature. Heaven is for those who is grateful for everything they have. It is not made based on laws made by men. Heaven and hell are decided by Allah S.W.T. And for that, that is why we hear stories of how a prostitute gets to go to heaven for feeding a dog and how a scholar ended up in hell because of pride.

We cannot understand how PAS members who act as if they put religion first could understand the basic things in Islam (heaven and hell) when one simply choose to go to either one of those places.

Sh. Dr. Sulaiman is not an UMNO member, not a politician and he does not represent the Egyptian government ot any other Arab nations. He is a man that speaks on the capacity of Muslim scholars who is responsible for the truth for the betterment of Muslims.

So, it is up to PAS members to either follow their leaders or to take the advice from Sh. Dr. Sulaiman to get back to reality

Saturday, 26 May 2012

Did Lim Guan Eng 'Harrass' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng may be unknown to others. She is not a film star nor even an athlete. But there is something about her that will make her popular - even though it is not exactly celebrity popular.

It was foretold that Ng Paik Kheng was involved in a forbidden relationship with someone. Writer do not know who that person is but the relationship had annoyed ADUN Kota Laksamana from DAP, Betty Chew that she decided to 'harrass' the woman. Rumor said that the harassment somehow involved physical violence as well.

This issue has become one of the hot topics between DAP's inner circle who are close with Betty Chew.
In the beginning, we are not that interested with Betty Chew's issue with this woman. But somehow, the relationship involves a politician. We all know that politicians are just as same as celebrities where their privacy are owned by rakyat because rakyat are the ones who gave the the power.

And when physical violence is involved, obviously rakyat would need to know on what is really happening out there.

That is one matter, another thing is when we receive information saying that DAP's propaganda team is tried their best to deny the existence of that woman. It was so bad that writer was informed that the picture and name of this Paik Kheng was changed to avoid people from knowing her real identity.

But we are good too. We have the real picture and name of that particular woman.

But somehow their effort has brought us to yet another question. They must be hiding something big. Because the last time they did such a thing was when one of Penang's Chief Minister's children were connected with an attempt to grope a female student's breast in Penang.

In a way, DAP's propaganda team would not be that hardworking is the case was not that serious and that it could affect the party.

Thus, writer think that it is wise Betty Chew come up with a press conference to explain this matter to the public. Is it true that she 'harrased' the woman in question? Because if that really happened, DAP would be in deep trouble, considering that they are proud with the concept of accountability and integrity.

No one can be above the law. Betty Chew should know about that. If Paik Kheng really broke the law, she should lodge a report to the police so that actions can be taken. Writer feels that most DAP members would advise her about the law, that is, if she understands it.

Unless, Paik Kheng's actions had nothing to do with the law but it was more towards personal issue?
Whatever it is, we are not interested to talk about this issue from the angle of sensation, even though, it would really be interesting to follow the updates. All we know is, this law breaking actions were committed by a person who makes the law.

Today it might be state law, perhaps in the future, parliament? This matter is not impossible, the fact that it happened in DAP, because the party is only controlled by a few leaders from their own families, then and now.

What would happen is the person who makes the law ends up breaking it?

Thursday, 10 May 2012

TRIBUNAL SPR TAKTIK PEMBANGKANG ALIH ISU DALANG RUSUHAN

PKR dan parti-parti pembangkang terus mahu mengelakkan daripda mengambil tanggungkawan sepenuhnya terhadap rusuhan yang berlalu semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Setelah butki didedahkan bahawa pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen mengarahkan peserta berarak menuju ke Dataran Merdeka, serta arahan isyarat tangan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kepada timbalannya, Azmin Ali supaya penokong merempuh penghalang, kini mereka mahu mendesak agar satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pengerusi SPR dan timbalannya pula.

Belum lagi memerintah negara, PKR dan pembangkang sudah menunjukkan belang untuk memburuk-buruk semua institusi negara termasuklah institusi raja-raja Melayu.

Ingat bagaimana Azmin serta pemimpin-pemimpin pembangkang mencemuh raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara dengan kata-kata sinis dan berunsur cacian semada pertabalan Yang diPertuan Agong baru-baru ini?

Inilah orang yang sama yang menjadi balaci kepada Anwar untuk mengarahkan peserta Bersih merempuh masuk ke dataran Merdeka yang telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai kawasan larangan.

Orang yang sama jugalah kini berdepan dengan dakwaan melakukan perbuatan jijik berzina dengan salah seorang pemimpin Wanita Keadilan seperti yang telah didedahkan oleh laporan media.

Inikah jenis manusia seperti juga bosnya, Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang umpamanya Mat Sabu yang pincang akhlak dan moral mereka tetapi menipu rakyat untuk mendapat kuasa?

Pembangkang cuba membawa isu  rusuhan kepada perkara lain agar rakyat melupakan peranan besar mereka mencetuskan kekecohan yang menyebabkan ramai yang tercedera termasuk anggota polis.

Mereka menyebarkan fitnah dan propaganda bahawa SPR adalah satu badan penyelia pilihanraya yang tunduk kepada arahan kerajaan, maka dengan itu tidak bebas dan adil.

Malah untuk membukti dakwaan mereka, pembangkang membawa sekumpulan pemantau pilihanraya bebas dari luar negara untuk membuktikan kepada dunia bahawa apa yang mereka katakan adalah benar.

Satu persoalan sahaja yang sampai kini pembangkang terkedu dan terkelu lidah mereka apabila diajukan soalan ini.

Jika benarlah seperti yang didakwa bahawa SPR menjadi alat kerajaan, sudah tentu Barisan Nasional akan memenangi setiap satu daripada 222 kerusi parlimen dan 456 kerusi negeri, dan pembangkang tidak akan berjaya memiliki satu pun kerusi samada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri.

Namun, hakikat yang terjadi adalah sebaliknya.

Pembangkang bukan sahaja dapat mengekalkan penguasaan ke atas negeri Kelantan bagi lima pilihan raya umum berturut-turut sejak 1990, tetapi berjaya merampas empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah denbgan jumlah kerusi parlimen sebanyak 82.

Malah keputusan PRU 2008 merupakan yang terbaik bagi pembangkang berbanding PRU 1999 di mana mereka memenangi 31 kerusi parlimen.

Kalaulah benar dakwaan pembangkang bahawa SPR mengikut telunjuk, mustahil pembangkang mampu merampas dua negeri terkaya di Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Sudah tentu BN dengan menggunakan SPR sebagai 'alat' akan memastikan Selangor dan Pulau Pinang terus kekal di bawah pemerintahan BN tetapi realitinya ini tidak berlaku.

Perak jatuh semula ke tangan BN setelah 11 bulan kerana tiga orang anggota Dewan Negeri itu tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan pembangkang.

Jadi amat jauh sekali daripada realiti, hakikat dan kebenaran menuduh SPR sebagai satu badan bebas yang ditugaskan menyelia pilihan raya sejak merdeka sebagai institusi yang diperalatkan.

Taktik pembangkang ialah untuk terus menabur fitnah siang dan malam terhadap SPR supaya lama-lama rakyat akan termakan dengan dakyat mereka.

Tohmahan pembangkang tidak akan berkesan lagi kerana rakyat sudah tahu SPR telah menjalankan tugasnya dengan telus, adil dan bersih sejak 55 tahun lalu.

Friday, 4 May 2012

Islam Bukan Agama Rasmi Negara Jika PR Memerintah - Hadi Awang

Presiden PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya. 

Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini. 

Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”. 

Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’. 

Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat. 

Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”

Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini. 

Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.  Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR. 

Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. 

Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP. 

Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia.  Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka. 

Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.   Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.   Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP. 

Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali. 

Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam? 

Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?  

Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan? 

Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia. 

Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam. 

Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka? 

Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.  Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan. 

Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?

Thursday, 3 May 2012

Ambiga, Anwar dan Azmin harus bertanggungjawab

Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0.

Kita tidak pasti berapa ramai pula lembu-lembu yang sedia dikorbankan dalam siri menghuru-harakan negara oleh BERSIH seterusnya.  Tetapi yang pastinya, penganjur BERSIH langsung tidak prihatin dengan nasib lembu-lembu penyokong mereka.  Sahlah bahawa penyokong-penyokong mereka sememangnya tidak bernilai di mata mereka dan boleh dikorbankan bila-bila masa.  

Pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab.   Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa.

Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga.

Atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya.  

Mana-mana pilihan pun, ia akan tetap memberi kelebihan kepada kerajaan.

Namun, jika diikut sentimen rakyat hari ini, majoritinya inginkan agar Ambiga, Anwar dan Azmin diambil tindakan tegas, begitu juga dengan semua peserta yang terlibat.

Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan.  Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969.

Tindakan tegas terhadap 3-A ini juga dilihat penting sebagai menyatakan bahawa negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang.  Sesiapa yang melanggar undang-undang wajib ditangkap.  Telah begitu jelas bahawa ketiga-tiga mereka telah mengenepikan undang-undang sejak dari mula lagi, iaitu dengan menolak untuk mengadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka.

Mereka juga mempermainkan undang-undang apabila mendapat kelulusan untuk membuat protes ‘Duduk Bantah’ tetapi kemudiannya langsung tidak ‘duduk’ tetapi berarak dan membuat kecoh di jalanan.

Tidak cukup dengan itu, kemuncak pelanggaran undang-undang oleh pihak BERSIH 3.0 ialah apabila peserta cuba menceroboh Dataran Merdeka yang dari awal lagi diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh polis.   Penganjur boleh menafikan yang pencerobohan itu dilakukan atas arahan mereka, tetapi itu bukan soalnya.  Soalnya, perhimpunan tersebut tidak harus dilakukan di sana tetapi di dalam Stadium di mana mereka kelulusan diberikan.

Ini bukan kali pertama 3A ini membuat ancaman anarki sebegini.   Selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, rakyat akan meragui kesungguhan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang.   Selain itu, ia juga akan memberi semacam ilham dan keberanian kepada lebih ramai pengkhianat seperti mereka untuk berbuat yang sama di masa hadapan.

Selepas BERSIH 3.0 tumbuh berbagai kumpulan laman sosial yang bertujuan menunjukkan tentangan terhadap penganjurnya.   Dari forum-forum dan komen-komen dalam kumpulan tersebut, tampak jelas yang majoriti rakyat menunggu dalam keresahan saat di mana pengkhianat 3A ini akan ditangkap.   Rakyat mendambakan ketegasan dan inginkan kesudahan atau penutup bagi siri drama BERSIH yang memualkan.

Justeru, 3A perlu dikenakan tindakan yang tegas bukannya sekadar kritikan dan kecaman yang tidak berkesudahan di dalam akhbar. 

Jangan biar keresahan rakyat berpanjangan kerana ia akan bertukar menjadi keraguan di mana akhirnya pasti bertukar lagi menjadi bosan terhadap kerajaan.    

Monday, 16 April 2012

Anwar Ibrahim cakap kosong bolehlah, trylah bagi pendidikan percuma kt Selangor. Selangorkan kaya


Aku heranlah ramai sangat yang termakan kata-kata Anwar berhubung mansuhkan pinjaman PTPTN ni. Kalau betullah Anwar Ibrahim nak mansuhkan.. apasal dia tidak laksanakan di Selangor.. bagi jelah pendidikan percuma disana.. Anwar Ibrahimkan Penasihat Ekonomi di negeri Selangor.. Selangor kaya apa..

Kenapa sekarang baru nak mansuhkan? Kenapa tidak semasa Anwar menjadi TPM dan berada di dalam UMNO dulu.. Seingat heroesmalaya ketika PTPTN diwujudkan, Anwar ketika itu masih lagi pemimpin di dalam kerajaan.

Nampak sangatlah Anwar dan geng-geng beliau terdesak untuk memancing undi golongan muda.. Anwar.. Anwar.. Kau ni cakap macam Kaf Lam Ya Nga..

Monday, 9 April 2012

PKR upah 'Gangster' serang Speaker Dun Perak

Adun Simpang Pulai (PKR), Chan Ming Kai yang pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aidil Fitri di sebuah rumah milik orang Melayu pada 2009, hari ini sekali lagi menunjukkan sikap di luar tabi'i dengan menyerbu naik ke podium Speaker DUN Perak dan menghentak meja Speaker, Dato' R. Ganesan yang sedang mengendalikan persidangan.
Perbuatannya yang dianggap biadap itu amat mengejutkan dan tidak pernah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia.
Kejadian berlaku sebaik persidangan hari ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan sessi Soalan Lisan, di mana Ming Kai telah bangun menyatakan rasa tidak puas hati kerana empat soalan bertulisnya ditolak kerana bertentangan dengan Peraturan Tetap dewan. Pada setiap hari terakhir Sidang DUN, wakil-wakil rakyat diberikan jawapan terhadap soalan-soalan bertulis yang mereka kemukakan beberapa minggu sebelum persidangan.
 
Ming Kai memekik dari tempat duduknya di belakang saya, sebaik sahaja Speaker menjemput Adun Batu Kurau (BN), Kapt (B) Dato' Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz untuk mengemukakan soalan pertama yang ditujukan kepada Menteri Besar berkaitan rancangan untuk menaiktaraf Pekan Batu Kurau.

Beliau dengan nada keras bertanya Speaker kenapakah empat daripada lima soalan bertulisnya ditolak dan tidak dijawab, dan Dato' Ganesan lantas memaklumkan bahawa soalan-soalan yang dikemukakannya itu tidak mengikut Peraturan Tetap dewan.

Ketika MB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bangun untuk menjawab soalan Adun Batu Kurau, Ming Kai terus berdiri di tempat duduknya dan bertekak dengan Speaker sehingga mengganggu perjalanan sessi Soalan Lisan. Dato' Ganesan menggesa Ming Kai supaya duduk dan tidak mengganggu agenda persidangan, tetapi arahan itu tidak diendahkan.

Ming Kai yang tidak berpuas hati telah berjalan dari tempat duduknya membawa sekeping kertas seolah-olah mahu keluar dari Dewan, tetapi sebaik tiba berhampiran tangga menaiki podium menempatkan Speaker, beliau meluru naik ke atas dan menghampiri Dato' Ganesan.

Adun Simpang Pulai itu secara kasar meletakkan kertas yang dipegangnya di hadapan Speaker dan menghentak meja yang menyebabkan suasana Dewan menjadi tegang. Bentara dan beberapa pengawal Dewan meluru naik ke podium dan menarik Ming Kai turun meninggalkan meja Speaker. Speaker mengarahkan Adun Simpang Pulai itu keluar daripada persidangan atas sikap buruknya itu, dan Ming Kai diiringi keluar oleh pengawal Dewan diikuti beberapa Adun pembangkang yang lain.

Apa yang dilakukan oleh Adun PKR ini jelas bertentangan dengan adab dan peraturan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Naik ke pentas Speaker ketika Dewan sedang bersidang, baik dengan apa juga niat dan alasan, adalah perbuatan luar tabi'i dan cukup biadap. Perbuatannya telah mencemarkan kemuliaan Dewan. Beliau seolah-olah cuba menimbulkan provokasi supaya peristiwa hitam Mei 2009 persidangan DUN Perak berulang.

Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PR, apakah lagi harapan rakyat kepada mereka bagi menjulang sebuah negara bermaruah dan beradab?

Tuesday, 3 April 2012

Saksikan full video Adam Adli kena tumbuk


Lain kali jangan nak menyibuk kat tempat orang.. jangan nak berlagak jadi HERO!!
Kau tu sekolah pun tak habis lagi..
Sibuk nak campur urusan orang..
Tak pasal-pasal dah kena selepuk...
Padan dengan muka kau..  Buat malu mak bapak kau jer kena maki...

Bodoh nak mampus budak ni..

PAS tak kisah orang murtad.. MasyaAllah


Dulu PAS amat sensitif dan pantang dicuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS tika itu.

Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.

Tapi itu dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan.

Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.

Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang dimimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.

Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.

Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipudaya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

Akibat sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyamatarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi mempedulikan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.

Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad.


Friday, 30 March 2012

Nik Aziz Pertahankan Undi PAS masuk Syurga

Demo lo ni tidak serupo mulo
Tok berani Anwar no tego
Tunggu sajo Karpa singhbersemuko
Takut nik ajih paling muko

Hambo ni tidaklah cerdik pandai dalam bab Agamo.. Tetapi seelok-eloknya Nik Aziz perlu “memisahkan” agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati. Pemimpin politik sekarang sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran.

Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

Friday, 23 March 2012

PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di Kedah

RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya.

Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih. 

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. 

Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. 

Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. 

Walhal sebagai warganegara, orang India mempunyai peranan dan fungsi besar memajukan negara ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.