Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 30 June 2011

Membujur Lalu Melintang Patah

AYUH KITA BANGUN...
AYUH KITA BANGKIT...
MARI KITA BERSATU & BERGANDING BAHU
MARI KITA TUNJUKKAN KEKUATAN KITA MENGANYANG PARTI PEMBANGKANG..
MARI KITA SAMPAIKAN AMARAN KEPADA PARTI PEMBANGKANG JANGAN MENCABAR KESABARAN ORANG MELAYU & UMNO
MARI KITA BERSAMA-SAMA 
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH!!!


MBN9 Bidas Mat Sabu

REMBAU - Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membidas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa Empangan Sepri di sini yang baru beroperasi bocor dan membahayakan penduduk di kawasan itu.

Beliau yang berang dengan dakwaan itu menyifatkan ia sebagai satu pembohongan besar terutamanya kerana Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai teknologi terkini dalam pembinaan empangan.

"Ini adalah satu pembohongan kerana dia tak tahu pun bahawa empangan ini dibina menggunakan teknologi Roller Compacted Concrete (RCC) yang mana adalah sesuatu yang normal bagi sedikit air akan mengalir keluar melalui lapisan konkrit.

"Tetapi malangnya, Mohamad Sabu telah pergi keliling kampung dan beritahu penduduk empangan ini bocor dan ia membahayakan mereka," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Empangan Sepri di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Mohamad bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Negeri Sembilan, Datuk Rosman Abdullah.

Empangan bernilai RM63.2 juta itu yang berkeupayaan menampung 3.5 juta meter padu air beroperasi tahun ini dan membekalkan air untuk penduduk di sini dan Port Dickson.

Mohamad juga menempelak Mat Sabu yang mendakwa kerajaan negeri tidak mampu membayar hutang kerana membuat pinjaman sehingga RM2 bilion untuk penyediaan infrastruktur bekalan air.

Katanya, walaupun kerajaan negeri membelanjakan lebih RM800 juta bagi membina Empangan Triang dan RM265 juta bagi Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar, semua hutang itu pada akhirnya akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berdasarkan kepada Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air oleh Kerajaan Persekutuan.

"Apa yang Mat Sabu tahu tentang prosedur perakaunan? Negeri Sembilan adalah antara negeri yang membayar hutangnya dengan baik. Malah hari ini, kami telah membayar kira-kira RM300 juta untuk hutang yang dibuat dengan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) lima tahun lalu," katanya.

Kebodohan Mat Sabu TERBUKTI!!!

Sedap mulut dia jer buat FITNAH mengatakan Empangan Baru di Sepri, Rembau bocor & membahayakan...

HALOOO MAT!!! Empangan tu dibina menggunakan Teknologi Roller Compacted Concrete (RCC)..
Kau tahu x apa tu RCC?
Lain kali blajar habis2.. jangan nak buat FITNAH jer... 
Last2 makan DIRI sendiri....


Monday 27 June 2011

EKSKLUSIF 18SX - VIDEO ANWAR FULL HD

SAH & SAHIH!!!
JOHARI ABDUL MENGAKUI ANWAR DLM VIDEO TERSEBUT?
X PERCAYA???
SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH...




MACAMMANA? SUDAH PERCAYA?
TERBUKTI KAK WAN MENIPU KATA JAM OMEGA DI DLM SIMPANANNYA..
MANA KAK WAN & DGN ANAK2 NAK SOROK MUKA..


Sunday 26 June 2011

DAP Sudah Beli PAS..

Perjuangan PAS sebelum ini yang memperjuangkan Negara Islam hancur lebur begitu sahaja.. Gara-gara tamak hendakkan jawatan & Putrajaya.. Adakah ahli-ahli PAS & penyokong-penyokong mereka sedar kerja terkutuk yang di buat oleh pemimpin atasan mereka ini... 

Nik Aziz seorang Ulamak/Tuan Guru berdiam diri umpama patung.. Sudah pasti Nik Aziz & kepimpinan PAS sudah dibeli oleh Karpal Singh ini...



GEMPAR!!!! Video Pengakuan Anwar Ibrahim Tersebar di YouTube

Video Sulit  pengakuan Anwar Ibrahim mengenai BERSIH tersebar.
Anwar memang marah betul dengan KJ & PERKASA di dalam video ni....
TAHNIAH kepada SPY yang berjaya membuat rakaman.. hehehe



Friday 24 June 2011

Kecoh Gambar Lucah Dalam Surah Yassin Di Pulau Pinang

SUBHANALLAH
Siapalah punya kerja ni...

Jangan jadikan Islam sebagai mangsa untuk menjayakan sesuatu agenda politik yang tidak bermaruah dan tidak takut dengan azab dan kemurkaan Allah. 

Bertubatlah bagi sesiapa yang merancang dan melakukannya, kerana Allah mengetahui dan nampak segala apa yang kamu telah lakukan, walaupun tiada seorangpun manusia lain yang nampak. Ingat kebahgiaan dan kesenangan dunia tidak menjamin kebahgiaan selamanya dan tidak menjamin kebahgiaan di akhirat yang kekal abadi. Bertubatlah sebelum terlambat iaitu sebelum anda berjumpa dengan ajal maut anda.

Nak Jadi HERO konon

 Ketua AMK N9 kena panggil dgn Polis..
Sibuk mengajak orang ramai ke perhimpunan bersih..
Berlumba nak jadi hero dgn chegubard..
Padan Muko Ekau Jang..

BOGEL BAIKK PUNYAAA!!!

99.99%
TIDAK ADA SEBARANG "TAMPERING" & "SUPERIMPOSE"

Dah tak reti-reti lagi ker ANWAR nak mengaku BERSALAH.
Puak-puak PAKATAN HARAM macammana... tak percaya lagi ker...???

Thursday 23 June 2011

KURANG AJAR!!!

Adat masuk rumah melayu orang kenalah buka kasut.. 
kau ingat kau masuk rumah omputih ker??
Langsung xde OTAK!

Kalau kena kat akulah patah riuk aku kerjakan kaki Nga Kor Ming Sial ni!!!

AMARAN BUAT PENGANJUR BERSIH!!!

 Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
 
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
         

Demonstrasi: Bersih : Melayu diperkuda


 Bersih sangatkah “Bersih 2.0”? Masih di tahap kurang jelas penganjur menggunakan tatanama macam pencipta perisian menamakan versi perisian mereka. Dan kerana itu ia dilihat sebagai satu gimik teknikal. Namun apa yang pasti ialah perhimpunan haram yang bakal diadakan itu bertentangan dengan budaya Melayu serta bercanggah pula dengan undang-undang negara.

Sejak dulu lagi berdemonstrasi bukanlah amalan kita. Kalau ada pun kita berdemonstrasi, itu dulu, sebelum Merdeka. Orang Melayu berhimpun di perkarangan Dewan Sultan Suleiman pada 1946 dan kemudian di perkarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu membantah penubuhan Malayan Union.

Matlamatnya adalah mulia. Ia adalah soal hidup matinya bangsa Melayu dalam buminya sendiri.

Selepas Merdeka, tidak ada lagi demonstrasi serupa itu kerana sistem demokrasi berparlimen membolehkan sesiapa sahaja yang mahu mengubah cara mentadbirkan negara ini bertanding dalam pilihan raya dan membiarkan rakyat membuat pilihan.

Namun, amalan budaya politik Malaysia dipecahkan pada Disember 1974 apabila Anwar Ibrahim turut sama memimpin apa yang dikenali dalam sejarah sebagai Demonstrasi Baling dan sekali gus dilihat sebagai pengasas demonstrasi di Malaysia.




Cara ini kemudian menjadi ikutan parti pembangkang lain sebagai cara paling mudah untuk cuba menimba populariti umum dengan bermodalkan isu-isu yang dirungutkan rakyat.

Ia berterusan dari semasa ke semasa dan memuncak apabila Anwar sekali lagi menjadi sebab kepada demonstrasi bertemakan reformasi sebaik sahaja dia dipecat dari kerajaan dan UMNO.


Bermula dari sini juga lahirlah tokoh politik jalanan dari parti pembangkang itu yang membawa apa sahaja isu ke jalan raya dengan membawa sepanduk dan sebagainya. Namun, persoalannya selesaikah masalah yang diperjuangkan itu? Yang kita nampak ketara ialah ia hanya merosakkan harta benda dan perpaduan kaum.

Begitu pun, hari ini sudah ada pihak tertentu yang berselindung di sebalik NGO dengan memperkuda keberanian orang Melayu bagi memanjangkan perjuangan menggulingkan pemerintah. Dan yang mengecewakan NGO ini didominasi oleh bukan Melayu.

Bagi penganjur, dan pendukung serta penyokong mereka, kalau mahu sangat meminda undang-undang mengenai prosedur pilihan raya yang dianggap tidak adil, bertanding sahaja dalam pilihan raya umum. Kalau menang boleh buat undang-undang sendiri. Cara baling batu sembunyi tangan adalah cara orang yang penakut.

Maka itulah sebabnya disarankan, bahkan ditekankan agar kerajaan menggunakan peruntukan ISA untuk mereka dan untuk sesiapa sahaja yang terlibat dalam demonstrasi ini.

Walaupun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menafikan akan mengambil tindakan di bawah undang-undang ini namun ia bukanlah muktamad kerana perkara ini kini diserahkan kepada kebijaksanaan pihak polis.

Jika ditahan kelak, mereka yang terlibat tak perlu mendapatkan simpati rakyat kerana hakikatnya, sama ada disedari atau tidak mereka bukan sahaja telah menderhaka kepada negara tetapi menjadi pemangkin kepada ancaman dan bahaya yang lebih besar terhadap rakyat dan negara ini.

Kira-kira dua tahun dahulu, Bersih turut terlibat dalam kempen anti-ISA. Tentu sekali ramai orang Melayu yang turut sama berarak di jalan raya bagi meramaikan demonstrasi ini tanpa memahami apakah ISA dan mengapa ia perlu terus dilaksanakan.

Bagi mereka ini, kita imbau kembali secebis kisah membabitkan penahanan di bawah ISA ini.

Melalui novelnya, Tujuh Tahun Malam Memanjang, Allahyarham Datuk Ahmad Boestamam menyentuh hati kita dengan pengalamannya ketika meringkuk dalam tahanan ISA.

Namun itu adalah ISA zaman British, bermula dengan Emergency Regulations Ordinance 1948 juga dikenali sebagai the Emergency Regulations di mana ia digunakan sewenang-wenangnya bukan sahaja membanteras kegiatan subversif tetapi juga bagi menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka. Dua belas tahun selepas undang-undang yang ditulis oleh seorang bernama R H Hickling itu dimansuhkan apabila tempoh Darurat berakhir dengan rasminya pada 31 Julai 1960 dan digantikan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, ia telah mengisyaratkan pendekatan baru dalam menangani isu keselamatan dalam negeri berasaskan ordinan asal.

Ketika membahaskan rang undang-undang ini di Parlimen pada tahun itu, Allahyarham Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, menjelaskan: “Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan, sebagaimana yang ahli-ahli sedia maklum mengandungi banyak klausa yang seharusnya dipinda. Bagaimanapun saya hanya akan menyebut beberapa klausa yang penting dan relevan. Terpenting adalah perkara 30 mengenai penahanan preventif�”

Benar, walaupun Darurat telah berakhir tetapi saki baki anggota PKM yang bergerak di bawah tanah dan bersedia mengeksploitasi sesuatu situasi masih lagi merupakan risiko kepada keselamatan awam.

Peluang yang dimaksudkan ini bukan lagi dalam bentuk menyerang balai polis sebagaimana yang berlaku ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Johor pada Februari 1950 atau meletupkan landasan keretapi di Tapah pada April 1956. Apa yang dibimbangkan ialah peluang pihak tertentu memanjangkan idea berbeza tentang tuntutan kemerdekaan dan perkara bersabit dengannya daripada apa diamalkan oleh kerajaan yang sah.

Tidak mustahil, bertolak dari latar belakang seperti ini Pak Boes ditahan untuk kali ke-3 di bawah undang-undang sama pada tahun 1963. Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, Pak Boes dilihat sebagai menghalang usaha Almarhum Tunku Abdul Rahman untuk menubuhkan Malaysia.

Dari segi kemanusiaan kita boleh bersimpati dengan penderitaan fizikal dan mental yang dialami oleh Pak Boes seperti dalam novelnya itu. Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah satu accidental history. Sekiranya tidak wujud ancaman komunis di negara ini ketika itu, laluan yang diambil oleh beliau sudah tentu berbeza.

Hari ini, senario seperti itu sudah tidak wujud. Namun anasir-anasir anti kerajaan yang mahu mencetuskan huru-hara dengan menggunakan orang Melayu seakan-akan sudah menjadi satu trend. Apakah ini yang kita mahukan?

Kedai Rakyat 1 MALAYSIA

‘Perjuangan kukuh perpaduan’

 
Penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia seiring gagasan 1Malaysia: Najib


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan semalam bertepatan dengan perjuangan mengukuhkan perpaduan serta simbol pembelaan rakyat di negara ini.

Perdana Menteri berkata, konsep itu juga sesuai dengan gagasan 1Malaysia untuk memupuk integrasi dan perpaduan nasional dalam proses pengukuhan jati diri yang diperjuangkan selama ini.
Beliau berkata, jika sebelum ini Klinik 1Malaysia diwujudkan seiring dengan gagasan itu, konsepnya kini diperluaskan dalam bentuk produk dan perkhidmatan lain untuk manfaat rakyat. 

“Selepas sambutan meluas Klinik 1Malaysia, kini terjelma satu lagi usaha membantu mengurangkan beban dan meningkatkan keselesaan rakyat. Kini, konsep 1Malaysia tidak saja retorik dan diucapkan pada majlis atau program tertentu saja, sebaliknya membela nasib rakyat dengan menawarkan pelbagai produk yang harganya 30 hingga 40 peratus lebih rendah daripada biasa,” katanya ketika pelancaran kedai yang pertama, di Stesen LRT Kelana Jaya, di sini semalam.

Sebanyak 250 barang yang dibekalkan pengusaha kecil sederhana (PKS) tempatan dijenamakan sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia, dijual di premis dikendalikan Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama kerajaan.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia sama seperti pelaksanaan Restoran Rakyat idea bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa beliau ketika zaman kemelesetan ekonomi pada 1970-an.

Beliau berkata, gagasan 1Malaysia membawa penyertaan individu semua etnik perlu untuk mengangkat martabat negara ke tahap negara maju dan berpendapatan tinggi.
“Jika setiap individu secara inklusif bersatu di bawah satu bumbung 1Malaysia, negara boleh berjaya dan cita-cita besar lebih mudah dicapai.

“Pelancaran premis itu sebagai langkah kreatif menyempurnakan misi kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

BERSIH dipanggil ke Bukit Aman


KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,  berkata pihaknya tetap akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyertai perhimpunan haram itu.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang bercadang mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini akan dipanggil ke Bukit Aman.

Pihak berkuasa tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Saturday 18 June 2011

Jendela9 edisi 57

“U ingat tarikh ini - 12 Januari 2011, di antara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok?” - Dato Eskay.

Dato’ Eskay Shazryl Abdullah adalah nama yang telah menggegarkan 1 Malaysia dan 1 Dunia. Siapa sangka individu yang low profile ini tiba-tiba menjadi perhatian semua pihak.


Saya hanya pernah melihat kelibat Dato SK beberapa kali tetapi kesempatan tanpa dijangka melalui ajakan seorang teman menyebabkan hati saya tersentuh dan teruja untuk berkongsi sedikit cerita yang diluar pengetahuan kita.

Kami yang berkunjung ke rumah beliau merupakan kumpulan pertama masyarakat setempat (Padang Terap) yang berpeluang mendengar dari individu yang sedang bertarung dengan raksaksa politikus negara,, DSAI.

Saya langsung tidak mengenali beliau, tetapi ada kisah yang signifikan melalui aturan dari Yang Maha Berkuasa menyebabkan perjalanan dan pertemuan saya dengannya menyaksikan kebesaranNYA, Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Subhanallah.

IBADAT HAJI & PERTEMUAN

Semasa di hadapan Kaabah dan di Raudah saya sempat untuk solat ISTIQARAH memohon petunjuk kebenaran tentang DSAI, saya memohon kehadratNYA agar diperlihatkan segala keburukan yang ada jika DSAI adalah petualang dan tidak layak memimpin negara juga berdoa untuk keselamatan negara tercinta.

Kembali ke tanahair, bermula dengan pembongkaran isu video oleh ‘Trio T’ melalui Dato SK (Nota: Beliau tidak menuduh DSAI berzina, sebaliknya hanya mengatakan “orang dalam video itu adalah DSAI dan juga dirinya), kebetulan di suatu malam hampir sebulan yang lalu, selepas solat Isyak di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang, saya terpandang kelibat Dato SK yang singgah bersolat di situ. saya menghampiri beliau dan bersalam sambil mengucapkan terima kasih atas tindakannya membongkar tentang DSAI. Beliau tersenyum dan menepuk bahu saya dan berlalu.

Malam jam 8.40 /13 Jun 2011, seorang rakan mempelawa saya ke rumah Dato SK, Beliau menyambut kami dengan mesra dan terus membawa kami ke tingkat terbuka di atas rumahnya dan kami solat Isyak secara berjemaah di atas bumbung rumah diimamkan oleh Hj Mat Zain.

Ruang terbuka dipuncak rumahnya yang dijadikan surau, cukup cantik dengan pandangan terbuka dikelilingi bukit dan dataran yang luas. Sesudah itu kami masuk ke dalam rumah dan berbual. Beliau masih mengingati saya dan mengulangi ungkapan semasa bertemu di masjid tempohari.

Sesi seterusnya terlalu menarik. Kami dibawa ke sebuah PC yang diletakkan di ruang tamu utamanya. Sambil duduk bersila kami khusuk mendengar cerita yang keluar dari mulut beliau. Banyak isu yang dikupas dari hati ke hati dan begitu telus. Saya dapat merasakan betapa kejujuran insan bernama Dato SK yang tidak pernah kami kenali sebelum ini. Paling mengujakan apabila beliau membuka fólder gambar menunaikan haji pada tahun lalu.

Rupanya kami berdua ada di Tanah Suci dan berkongsi berbagai pengalaman yang sangat menarik. Kisah-kisah haji beliau ketika melontar jamrah juga begitu menyentuh hati. Ketika beliau menunjukkan gambar ‘hujan lebat di Kaabah’ yang diambil dari bilik penginapan di hotel ‘Jam Besar’, saya pula menunjukkan rakaman video dari BB yang saya ambil dalam kebasahan hujan di hadapan kaabah ketika curahan air dari ‘Pancur Emas’ keluar mengalir. Subhanallah.

KISAH TENTANG DSAI DIBONGKAR



Dari PC tersebut, muncullah gambar-gambar Dato SK yang sejarah hidupnya banyak berurusan dengan Kerajaan Thailand kerana tugasnya sebagai Konsulat Diraja di negara tersebut. Kami ditunjukkan banyak gambar perjumpaan beliau dengan ketua-ketua kumpulan pejuang di Selatan Thailand. Sewaktu zaman Tun Mahathir, beliau telah diarahkan oleh Tun M untuk menjadi orang tengah di antara Kerajaan Thailand, Malaysia dan Kumpulan Pemisah bagi mencari jalan penyelesaian berbagai isu yang menjadi masalah berlarutan.

Semua akses untuk berurusan dengan kumpulan ini ada pada Dato SK. Malah melalui bukti bergambar yang kami lihat (seperti didedahkan Wikileaks) beliau memang telah mengatur beberapa siri perjumpaan kumpulan pemisah ini di Langkawi. Wikileaks membuat tuduhan tidak berasas kepada beliau tetapi sebaliknya tugas beliau adalah menjadi pengantara dan pencari jalan keamanan kepada semua pihak.

Kami juga ditunjukkan tentang ‘kehebatan’ dan ‘kepakaran’ setiap orang yang menjadi ketua kumpulan pemisah tersebut. Pertemuan dengan golongan agama dan imam-imam juga diatur di Langkawi dengan kehadiran Tun M (yang ketika itu sudah meletak jawatan) untuk membantu golongan ini.

Ketika ini air mata saya bergenang memikirkan begitu pekanya Tun Mahathir kepada saudara seagamanya di Selatan Thailand, Palestin dan lain-lain tempat walaupun beliau sudah tidak mempunyai kuasa sebagai PM. Panjang lebar Dato SK menjelaskan segala peristiwa yang berlaku dan saya melihat rupanya beliau merupakan ‘kunci utama’ kepada mana-mana pihak berurusan dengan ketua puak-puak Islam di Selatan Thailand tersebut.

Gambar-gambar DSAI sewaktu siri kunjungan ke Thailand juga terlalu mengujakan kami. Kemesraan beliau dengan Dato SK boleh jelas dilihat dalam setiap keping gambar tersebut dan cukup membuatkan kita mampu berkata “betapa pembohong sungguh DSAI” yang kononnya mengatakan tidak mengenali Dato SK.

Sebagai Konsulat Diraja Thailand, beliau bertanggungjawab membantu sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara tersebut atas urusan rasmi. Namun dalam kes DSAI, beliau bukan sahaja berkunjung sebagai Ketua Pembangkang dan dibawa bertemu tokoh-tokoh utama di Thailand tetapi juga terlalu kerap ke negara tersebut dan diuruskan oleh Dato SK di sana. Sehingga hari ini DSAI Belum mampu menjawab 5 soalan Dato SK…Lihatlah gambar keakraban DSAI dengan Eskay yang diberikan kepada saya.

BAHAYA ANWAR


Dato SK juga sungguh-sungguh mengatakan kepada kami “U ingat tarikh ini - 12 Januari 2011, di antara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok?”

Saya menyaksikan sesuatu yang sangat-sangat dahsyat yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam”. Saya pun bukannya alim sangat tetapi apa yang DSAI lakukan dalam masa sejam tersebut benar-benar membuat saya terfikir bagaimana pemimpin yang cukup menjengkelkan ini akan menjadi ketua negara?

Saya tak bermaksud untuk menjelaskan kejadian yang ‘diluar jangkauan’ ini. tetapi sejahat-jahat kita sebagai manusia mungkin ada dosa besar yang Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat. Tetapi apa yang disaksikan oleh Dato SK ini adalah kejadian yang sangat berlawanan dengan fitrah DSAI sebagai seorang muslim.

Untuk pengetahuan, sepanjang kami di rumah beliau, tiada tayangan atau paparan video ditunjukkan, dan Dato SK tidak menyimpan pun salinan video setelah semuanya diserahkan kepada PDRM. Persoalan ini saya timbulkan kerana terdapat seorang dua yang ‘nakal’ mengatakan kami pasti puas kerana dapat melihat video lucah dan pergi dengan tujuan mencari ‘maksiat’. Itulah realiti sikap prasangka iblis dan syaitan yang bersarang di hati kumpulan jumud dan pencacai parti pembangkang.

Kita mungkin sengaja melupakan bagaimana Anwar ketika sebelum dipenjarakan dan sesudah bebas, mengunakan pentas ceramah untuk menghina dan mengaibkan banyak pihak, dari Tun Mahathir, Pak Lah dan Najib. Berbakul-bakul umpatan dan fitnah dilemparkan kepada orang lain kerana dendam politik akibat nafsu kuasanya diragut ketika 'nasi sudah hampir masuk ke mulut'.

Anwar lupa ketentuan Allah Yang Maha Menghendaki, semuanya itu kini berbalik kepada dirinya sendiri. Sesuai dengan Sabda Nabi SAW,'Wahai kaum, barangsiapa yang lidahnya tidak dapat menyelamatkan orang lain (daripada umpatannya), maka tidak akan masuk iman ke dalam hatinya. Sesungguhnya sifat orang muslim itu tidak mengumpat dan tidak mendedahkan aib dan keburukan sesamnya. Sesungguhnya, siapa yang mendedahkan aib saudara seIslamnya, maka Allah akan bongkarkan aibnya, WALAUPUN DILAKUKAN DI DALAM RUMAH DAN BILIK YANG TERTUTUP RAPAT'. (riwayat Abu Daud). Bukankah hadis ini ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada Anwar.

Banyak cerita mengenai pengalaman lama, SMS, email dan bukti-bukti ditunjukkan Dato SK kepada kami pada malam itu mengambarkan betapa beliau sudah cukup bimbang jika manusia yang dikenalinya ini diangkat oleh PAS sebagai rakan sekutunya. Beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan beberapa pemimpin kanan PAS. Dato SK tidak berminat dalam politik dan tidak mahu menyebelahi UMNO atau PAS.

Beliau seorang bekas konsulat yang dilihat langsung tidak memihak kepada mana-mana parti. Saya dapat melihat keikhlasan kerana beliau bukan ahli mana-mana parti politik dan sama ada UMNO mahu pun PAS. Beliau banyak membantu mereka khususnya di Padang Terap. Semua masyarakat setempat tahu sumbangan beliau di sini dan keperihatinan beliau kepada kehendak orang ramai. Apa yang dikongsi pada malam itu lebih kepada peringatan sangat penting kepada PAS supaya tidak bersekongkol dengan Anwar.

Dato Eskay terlalu bimbang imej PAS yang kian tercalar disebabkan DSAI akan menyebabkan PAS rebah. Sedangkan beliau sangat mengenali watak sebenar DSAI. Banyak perbualan saya dengan rakan-rakan PAS juga bersetuju bahawa imej PAS kian tergugat gara-gara Anwar. Mereka amat mengharapkan PAS tidak berkerjasama dengan Anwar demi menyelamatkan parti tersebut ditolak oleh orang Melayu yang semakin bimbang.

Dato Eskay amat menghormati rakan-rakan pimpinan PAS dan ingin menyelamatkan parti tersebut dari manusia yang sangat-sangat MERBAHAYA kepada keamanan di Malaysia.
Bukankah kita telah melihat bukti bagaimana DSAI mengatur gerakan refomasi dan mengajurkan tunjuk perasaan yang mendatangkan huru hara. Semua ini telah berjaya dicatur oleh beliau dan menyebabkan begitu banyak kesan yang diluar jangka. Malah hubungan beliau dengan Dato SK adalah hubungan yang ‘ada makna’ demi kerakusan kuasa untuk menggunakan segala sumber dan ‘membuka kunci’ pertemuan dengan kumpulan pemisah ini.

Mungkin anda boleh berfikir secara mendalam, apakah yang boleh dilakukan oleh manusia bernama DSAI ini jika keadaan semakin terdesak? Eskay tidak memerlukan Anwar dalam karier dan kehidupannya, tetapi Anwar sangat-sangat memerlukan Eskay demi cita-cita dan nafsu politiknya.

Tanpa dendam, tanpa sebab keuntungan, beliau terpaksa melakukan sesuatu tindakan paling berani dan berisiko terhadap keselamatan diri sendiri. Tapi bagi saya Itulah nilai diri seorang pejuang agama, bangsa dan negara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit untuk kita bayar kepada keselesaan dan ketenteraman beliau.

Selama ini kita tercari-cari bukti nyata dan banyak pihak yang fanatik sering menafikan ‘kemungkaran’ DSAI. Eskay membongkarnya dengan tujuan dan niat untuk menyelamatkan negara. Beliau mempelawa penyokong PAS untuk melihat kebenaran yang selama ini mereka cari. Kita semua tahu dan melihat pendokong PAS menganjurkan SOLAT HAJAT dengan memenuhi stadium. Bagi saya sehingga mati pun, mata hati penyokong pembangkang tidak akan terbuka kerana Solat Hajat yang dilakukan adalah untuk ‘menafikan kebenaran’ dan ‘mempertahankan kebatilan mereka’. Bukankah kita dianjurkan memohon petunjuk ? melalui petunjukNYA, Allah akan memberikan yang paling baik untuk kita. Kita tidak tahu adakah apa yang kita hajati itu baik untuk kehidupan dunia dan akhirat, tetapi kita terus meminta dariNYA sedangkan hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan kita.

Saya ‘melihat’ sesuatu dengan SOLAT ISTIQARAH, Allah SWT membuka jalan dan petunjuk kerana saya inginkan ‘cahaya kebenaran dariNYA’. Pintu kebenaran dibuka olehNYA dan segala kisah yang saya lalui itu adalah petunjuk dan jalan yang memang saya cari untuk mengukuhkan pendirian dengan sikap rasional dan berfikiran terbuka.

Syukur kepada Allah SWT yang telah membuka pintu-pintu kebenaran dan menerima ketentuan ini sebagai petunjuk dariNYA. Juga rasa bangga kerana dapat dipertemukan dengan insan yang sangat budiman dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Tindakan paling tepat dan paling berani yang di lakukan oleh Tun Mahathir ternyata telah membantu negara terselamat buat seketika, tugas selanjutnya adalah menyingkirkan petualang ini dari arus politik perdana..Tugas ini kini terpikul sepenuhnya kepada kepimpinan PAS dan pendokongnya. SELAMATKANLAH MALAYSIA !!!!


credit to : Catatan oleh Cr. Lukman Moidin
sumber : Mael Pengerang

Kerja Siapa Ni, Umno ke Pakatan Rakyat?

 
 Siapakah sebenarnya yang memulakan penghinaan terhadap Islam, ulama 
dan al-Quran melalui lukisan karikatur?
 

Qari N9 Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke- 54

"1 Malaysia, 1 Ummah"
 
Qari Negeri Sembilan Amirahman Abas dan qariah Johor Suraya Abu Hassan muncul johan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-54 yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak.

Amirahman Abas telah mencatat satu sejarah yang tersendiri apabila menjadi johan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-54 dan membawa pulang wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji, serta mewakili Malaysia pada tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Pujian diucapkan kepada Amirahman Abas dan Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan yang telah menerajui pembangunan Ummah dan Syiar Islam di Negeri Sembilan.

Friday 17 June 2011

Perlancaran Kempen Pendaftaran Pengundi Serta Keahlian Ahli UMNO

Seremban : 17 Jun- Perlancaran kempen pendaftaran pengundi baru dan keahlian ahli UMNO telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Naib Presiden UMNO Malaysia di ruang legar Terminal One, Seremban hari ini.

Dato’ Seri Haji Mohd Shafie juga menyeru agar jentera menggunakan ’Kaedah Media Baru’ untuk memikat hati pengundi yang sedia ada.

Menyentuh tentang sejarah ringkas bagaimana YM Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Chen Lock dan Tun Sambathan ingin mencapai kemerdekaan pada tahun 1950an yang lalu, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie menyelar tindakan pembangkang apabila sewenang-wenangnya mencabar kewibawaan SPR di dalam menangani isu pilihanraya yang dijalankan.

Langkah yang diambil oleh UMNO Negeri Sembilan merupakan tindakan yang bijak dan  merupakan negeri yang pertama menjalankan kempen ini.

Dato Seri Haji Mohd Shafie juga mengucapkan tahniah kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan melalui kepimpinan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan ketika berucap telah mengfokuskan seramai 10,000 orang pengundi baru akan di daftarkan dalam tempoh seminggu yang bermula 17-26 Jun 2011 sepanjang Karnival Sukan UMNO Negeri Sembilan.



 

Thursday 16 June 2011

Sandiwara Pakatan Rakyat

 
Ketua Pembangkang Negeri, Si Kafir Lakhnat Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar hari ini dengan menyatakan DAP & PR tidak menolak agama Islam dan perjuangan Melayu..

Woi!! loke.. kau kena langkah mayat Karpal Singh dulu... Tak payahlah kau nak main sandiwara semata-mata nak meraih undi orang melayu di N9.

Umumnya, rakyat di N9 telah mengakui bahawa PR ni sebuah parti memesongkan rakyat je...

BUKTI Pengakuan Orang Kuat PKR

Ahli sendiri pun tak yakin dan masih lagi FOBIA dengan kekalahan PKR di Sarawak.
Jadi.... Lu Fikir Lah Sendiri!!!

Wall

  • I tak yakin kepada kejayaan BERSIH 2.0
    • i masih hidup di dalam fobia kekalahan PRU Sarawak..
       

Pedih telinga Panas!!!

Bodoh, Bangang, Bengong, Bahlul, Baghal !!!
Hehehe... Kelakarlah tengok Nizar ni kan... Yang best tu yang berdiri kan belakang tu mengIAkan pulak tu..
BAGHAL katanya... ekeke..
Nizar ni memang tak sedar diri, dah lah jadi tungangan DAP BABi..
Sibuk mencari publisiti.. 
Dalam Twitter pakai nick @mbnizar..Tak sedar diri..
Woi !! kau bukan MB lagilah..
  Dalam Muktamar PAS baru ni pun tak di pilih. Kesian..
Janggut pun 'ciput' macam kambing, patutlah orang pun panggil di Nizar KAMBING!! ekeke


Wednesday 15 June 2011

Batalkan rancangan anjur perhimpunan BERSIH: Polis



KUALA LUMPUR: Polis meminta penganjur Perhimpunan BERSIH yang dicadangkan berlangsung di sini selain di Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan berikutan perhimpunan itu," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama Ketua Polis Daerah di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini, beliau berkata polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan itu. 

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.

Khalid berkata, polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpunan.

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.
"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.

"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya.


sumber : http://www.bharian.com.my

Tuesday 14 June 2011

DAP mula tipu orang Islam di N9 dengan mainan ayat Quran dalam ceramah

 
DAP kini sudah mula memujuk dan menipu orang Melayu , orang Islam di Negeri Sembilan apabila mereka diajar oleh pemimpin PAS negeri sembilan untuk melancarkan dan menyelitkan sebaris dua ayat Quran untuk menipu orang Negeri sembilan yang kononnya DAP dah faham Islam dan tak lama lagi ramai lah yang akan masuk Islam. Adun DAP Chuah , Chai Tong Chai dah mula belajar melancarkan perkataan dari al Quran.

Inilah cara Lee Kwan Yew lakukan ketika menipu orang Melayu di Singapura. Sekarang apa jadi dengan orang Melayu di Singapura. Cita cita besar DAP mahukan beberapa kerusi dari kawasan orang Melayu dan merampas Negeri Sembilan dari kepimpinan orang Melayu. Jangan lah mahukan menang sorak tapi kampung digadaikan. Kita bukan rakyat yang bodoh yang mahu gadaikan tanah air tumpah darah kita ke bangsa DAPig.

Dia perkara yang perlu kita lihat di sini dan perlu menitik beratkan isu ini.

1) Singkir saja sesiapa yang mahu memecah belahkan UMNO dalam UMNO Negeri Sembilan , kita tidak punya masa lagi untuk bercakaran dan perlu rapatkan saf untuk menawan kembali semua ADUN yang terlepas pada PRU12 ketika Tsunami Politik yang lalu.

2) Kita tolak kuasa DAPig, pastinya kaum mereka akan memberikan mereka undi yang solid dan mereka mengharapkan orang Melayu untuk mengundi mereka atau mengundi PAS mahupun PKR untuk memberikan mereka kuasa di Negeri Sembilan.

Mahukah anda mempunyai Menteri Besar yang dipanggil YAB Dato Seri Utama Anthony Loke ? Lu Fikirlah Sendiri!!!


sumber : http://ciliapibloggers.blogspot.com

Monday 13 June 2011

Jom Minum Teh

 “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Program mendekati rakyat bagi meninjau masalah rakyat bersama barisan kepimpinan kawasan haruslah dijalankan dari masa ke semasa. Contohnya seperti program Turun Ke Kedai Kopi.

Bersarapan pagi bersama atau pun minum petang (bak kata orang minum teh) dalam suasana yang begitu santai dapat mengeratkan hubungan diatara pemimpin bersama rakyat.

Program seperti ini juga dapat memberi peluang kepada rakyat dan pemimpin kawasan untuk bersemuka terus dengan wakil rakyat bagi menyuarakan masalah mereka. 

Wakil-wakil rakyat haruslah menjelajah ke setiap kawasan DUN bagi mengenalpasti setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat/penduduk setempat.

Pendekatan seumpama ini selain turun ke majlis keraian boleh dikatakan sebagai pusat khidmat bergerak yang seharusnya di manfaatkan oleh pemimpin dan rakyat sebaik mungkin.


DUN Pilah Ukuran Sokongan Bangsa Cina Kepada BN.

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan menjelaskan bahawa beliau dan beberapa Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri telah melakukan simulasi keputusan pilihanraya. Menurutnya, BN perlu bekerja keras di DUN Pilah. Disamping mengekalkan prestasi di 4 DUN yang kebanyakannya pengundi Melayu.

Barisan Nasional memerlukan 20% undi bangsa Cina manakala 80% undi  bangsa Melayu sekiranya hendak mengekalkan DUN Pilah. Seperti yang diketahui bahawa pengundi Cina adalah bersifat tekad dan nekad kerana mereka memiliki kelebihan ‘dominant power’.

Manakala, BN memerlukan 50% undi dari bangsa India bagi menentukan kemenangan.

Merujuk kepada laporan SPR pula, di Malaysia sebanyak 2.3 juta pengundi atas 21 tahun tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah orang Melayu. Di Negeri Sembilan sebanyak 115000 masih belum daftar pemilih. Amat merunsingkan 90% daripadanya ialah orang Melayu. Usaha daftar pemilih ini perlu dipergiatkan agar kita tidak tewas sebelum bertanding.

“Daripada keputusan penyelidikan pula, sebanyak 73% sokongan rakyat kepada kerajaan adalah tidak berbelah bahagi. Namun apabila disentuh berkaitan parti, BN hanya memenangi 56% sokongan sahaja. Perkara ini perlu diambil berat dan punca yang berlaku perlu dicari.” Tegasnya lagi.

Dato Seri' Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan juga menyeru agar ahli-ahli parti mengenepikan agenda pribadi, tidak berpuak-puak dan fokus kepada agenda memenangi PRU ke 13 untuk BN kekal memerintah.

Sudah sampai masanya Bilik Gerakan diwujudkan dan kajian sikap dikemaskinikan kerana PRU ke 13 semakin hampir.

Oleh yang demikian, Program Berfokus dan Bersepadu adalah sangat perlu sekali. Negeri Sembilan tiada pilihan lain iaitu perlunya mempertahankan kerusi yang ada. Dalam masa yang sama perlu mengambil semula kerusi yang kalah dalam PRU 12.


 Sumber : http://ciliapibloggers.blogspot.com/

Sunday 12 June 2011

Krisis Minyak - MBNS

Alhamdulillah.. Di bawah kepimpinan DS Najib & Kerajaan Barisan Nasional kita dapat menangani Krisis Ekonomi yang melanda dengan baik dan cemerlang.

Saturday 11 June 2011

Perpaduan Merupakan Strategi Utuh Mengharmonikan Masyarakat Berbilang Bangsa.

PORT DICKSON : 10 Jun – Hampir 3000 orang penduduk telah bersama sama YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan pada  Majlis Pemimpin Bersama Rakyat malam tadi di Port Dickson.

Turut meraikan kehadiran YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan ialah YB Dato’ Ismail Taib, EXCO Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YBhg Dato’ S.Sothinathan mantan ahli Parlimen Telok Kemang dan YBhg Dato’ M Vello Pengerusi Persatuan India Port Dickson.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan India Port Dickson di Pusat Perniagaan Cahaya Suria ini disambut dalam suasana harmoni dan muhibbah dengan kehadiran ketiga tiga kaum  iMelayu, Cina dan India.

Ini memberi keyakinan dan kepercayaan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bahawa masyarakat Port Dickson amnya dahagakan perubahan kepimpinan berkesan selepas BN tewas di pilihanraya 2008.

BN tewas di kawasan Port Dickson, Lukut dan Chuah. Keberkesanan Pusat Khidmat BN di kawasan yang kalah telah memberi kesan yang baik dan kini masyarakat telah kembali sedar kemampuan kerajaan BN.

Di dalam ucapan YAB Menteri Besar, beliau berkata  bahawa, “Untuk membangun sesebuah negara atau negeri, semangat perpaduan dan saling menghormati adalah sangat penting. Tanpa perpaduan kaum, amat sukar untuk kita membuat pembangunan.”

Menteri Besar menjelaskan bahawa rahsia kejayaan Malaysia dihormati di mata dunia ialah semangat perpaduan, semangat bersatu padu antara kaum, tidak ada masalah dalaman serta mengutamakan agenda pembangunan.

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan juga telah menyampaikan sumbangan kepada 200 orang Warga Emas, menyampaikan Buku Latihan kepada Pelajar UPSR serta menyampaikan 5 kerusi roda kepada mereka yang memerlukan.
 sumber : http://n9kini.com/?p=41650





 

Negeri Sembilan serius dalam penyebaran syiar Islam

SEREMBAN – 10 Jun : Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah membuat satu  tinjauan ringkas tengah hari tadi di surau India Muslim di Rahang Square.


Pertemuan ini di adakan di Surau India Muslim yang hampir yang 90% siap pembinaan nya. Bangunan surau yang sedang di bina ini mengandungi dewan serbaguna, di tingkat bawah, sebuah surau di tingkat dua dan pejabat pentadbiran ditingkat.

Dalam ucapan Menter Besar Negeri Sembilan beliau berkata : ”Dengan kewujudan surau baru ini , hampir 6,500 orang kaum India Muslim boleh  merapatkan silaturrahim dikalangan kaum kaum India Muslim dari seluruh daerah Seremban.”

Jelas beliau lagi .”Kehadiran beliau adalah untuk menunaikan janji kerajaan   Negeri Sembilan untuk menyumbangkan pembiayaan kos pembinaan surau tersebut ketika hadir merasmikan tapak pembinaan awal tahun 2011.”

Beliau juga mensasarkan pembinaan 5 Masjid Baru di Negeri Sembilan. Beliaub juga menyarankan agar persatuan India Muslim Seremban mesti mempunyai jati diri yang kukuh.

Jangan berpuak-puak, tidak perlu bertelagah sesama sendiri. Ini kerana sebagai umat Islam, kita mestilah mengutamakan agama terlebih dahulu.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan juga menjelaskan, Negeri Sembilan sangat serius sebagai negeri yang menyebarkan syiar Islam. Ini merujuk kepada pembinaan Baitul Hilal di Port Dickson dan Pusat Saudara Baru di Rahang Square.

Beliau juga mengumumkan Pembinaan Mercu Tanda Syiar Islam di Negeri Sembilan iaitu Banggunan Majlis Agama Islam 13 Tingkat yang akan dibina tidak lama lagi.

Dalam Majlis Minum Petang yang penuh harmoni ini, Menteri Besar telah menyumbangkan sebanyak RM100,000.00 kepada Tn Haji Mohamad Kasim selaku Penasihat Persatuan India Muslim Seremban.

Sumbangan ini bagi menampung perbelanjaan pembinaan yang hampir siap. Majlis yang penuh ketaqwaan ini diberkati lagi dengan doa kesyukuran yang dibaca oleh YBhg Ustaz Sheikh Ali dari Majlis Agama Islam Negeri.





sumber : http://n9kini.com

Tuesday 7 June 2011

BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?

Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?

Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ? 

- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?

- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda

 Semak daftar pemilih anda di sini :