Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 13 June 2011

Jom Minum Teh

 “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Program mendekati rakyat bagi meninjau masalah rakyat bersama barisan kepimpinan kawasan haruslah dijalankan dari masa ke semasa. Contohnya seperti program Turun Ke Kedai Kopi.

Bersarapan pagi bersama atau pun minum petang (bak kata orang minum teh) dalam suasana yang begitu santai dapat mengeratkan hubungan diatara pemimpin bersama rakyat.

Program seperti ini juga dapat memberi peluang kepada rakyat dan pemimpin kawasan untuk bersemuka terus dengan wakil rakyat bagi menyuarakan masalah mereka. 

Wakil-wakil rakyat haruslah menjelajah ke setiap kawasan DUN bagi mengenalpasti setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat/penduduk setempat.

Pendekatan seumpama ini selain turun ke majlis keraian boleh dikatakan sebagai pusat khidmat bergerak yang seharusnya di manfaatkan oleh pemimpin dan rakyat sebaik mungkin.


No comments:

Post a Comment