Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ADUN. Show all posts
Showing posts with label ADUN. Show all posts

Monday, 9 April 2012

PKR upah 'Gangster' serang Speaker Dun Perak

Adun Simpang Pulai (PKR), Chan Ming Kai yang pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aidil Fitri di sebuah rumah milik orang Melayu pada 2009, hari ini sekali lagi menunjukkan sikap di luar tabi'i dengan menyerbu naik ke podium Speaker DUN Perak dan menghentak meja Speaker, Dato' R. Ganesan yang sedang mengendalikan persidangan.
Perbuatannya yang dianggap biadap itu amat mengejutkan dan tidak pernah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia.
Kejadian berlaku sebaik persidangan hari ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan sessi Soalan Lisan, di mana Ming Kai telah bangun menyatakan rasa tidak puas hati kerana empat soalan bertulisnya ditolak kerana bertentangan dengan Peraturan Tetap dewan. Pada setiap hari terakhir Sidang DUN, wakil-wakil rakyat diberikan jawapan terhadap soalan-soalan bertulis yang mereka kemukakan beberapa minggu sebelum persidangan.
 
Ming Kai memekik dari tempat duduknya di belakang saya, sebaik sahaja Speaker menjemput Adun Batu Kurau (BN), Kapt (B) Dato' Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz untuk mengemukakan soalan pertama yang ditujukan kepada Menteri Besar berkaitan rancangan untuk menaiktaraf Pekan Batu Kurau.

Beliau dengan nada keras bertanya Speaker kenapakah empat daripada lima soalan bertulisnya ditolak dan tidak dijawab, dan Dato' Ganesan lantas memaklumkan bahawa soalan-soalan yang dikemukakannya itu tidak mengikut Peraturan Tetap dewan.

Ketika MB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bangun untuk menjawab soalan Adun Batu Kurau, Ming Kai terus berdiri di tempat duduknya dan bertekak dengan Speaker sehingga mengganggu perjalanan sessi Soalan Lisan. Dato' Ganesan menggesa Ming Kai supaya duduk dan tidak mengganggu agenda persidangan, tetapi arahan itu tidak diendahkan.

Ming Kai yang tidak berpuas hati telah berjalan dari tempat duduknya membawa sekeping kertas seolah-olah mahu keluar dari Dewan, tetapi sebaik tiba berhampiran tangga menaiki podium menempatkan Speaker, beliau meluru naik ke atas dan menghampiri Dato' Ganesan.

Adun Simpang Pulai itu secara kasar meletakkan kertas yang dipegangnya di hadapan Speaker dan menghentak meja yang menyebabkan suasana Dewan menjadi tegang. Bentara dan beberapa pengawal Dewan meluru naik ke podium dan menarik Ming Kai turun meninggalkan meja Speaker. Speaker mengarahkan Adun Simpang Pulai itu keluar daripada persidangan atas sikap buruknya itu, dan Ming Kai diiringi keluar oleh pengawal Dewan diikuti beberapa Adun pembangkang yang lain.

Apa yang dilakukan oleh Adun PKR ini jelas bertentangan dengan adab dan peraturan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Naik ke pentas Speaker ketika Dewan sedang bersidang, baik dengan apa juga niat dan alasan, adalah perbuatan luar tabi'i dan cukup biadap. Perbuatannya telah mencemarkan kemuliaan Dewan. Beliau seolah-olah cuba menimbulkan provokasi supaya peristiwa hitam Mei 2009 persidangan DUN Perak berulang.

Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PR, apakah lagi harapan rakyat kepada mereka bagi menjulang sebuah negara bermaruah dan beradab?