KUALA LUMPUR, 8 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau
Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan kenyataan Setiausaha
Publisiti DAP, Tony Phua untuk memberhentikan setengah daripada
kakitangan kerajaan yang yang tidak effisien sekiranya DAP memerintah
adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan biadap.
Katanya, selaku bekas kakitangan kerajaan, kenyataan itu amatlah tidak rasional dan berbau rasis.
“Adakah kerana kakitangan kerajaan majoritinya adalah orang Melayu
maka kenyataan tersebut dikeluarkan. Adakah dengan memberhentikan
setengah daripada kakitangan kerajaan maka ekonomi negara akan menjadi
lebih baik?
“Pengangguran akan meningkat dan ramai orang akan hilang punca
pendapatan. Ini akan menyebabkan hidup rakyat makin terhimpit.
Bayangkanlah sekiranya DAP memerintah negara ini dan perkara ini
dilaksanakan.
“Apa akan jadi dengan nasib rakyat. Kita harus menolak pemerintahan
sebegini. Jika DAP mahu melaksanakan cadangan ini, lakukanlah di Pulau
Pinang. Saya mahu lihat adakah rakyat Pulau Pinang akan menerima cara
pentadbiran sebegini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Menurut Zainal, rakyat harus menilai kredibiliti DAP sebagai pemimpin
kerana sebagai pembangkang, parti itu memang tidak patut diberi peluang
menjadi pemimpin.
“DAP sebenarnya sudah makin terdesak untuk mendapatkan perhatian
rakyat dan seboleh-bolehnya mereka mahu memainkan sentimen perkauman.
Sebab itu mereka membangkitkan sentimen ini.
“Pilihanraya umum sudah semakin hampir. Melihat akan perubahan arus
politik yang semakin menyebelahi BN membuatkan DAP semakin gusar akan
kehilangan kuasa.
“Sebab itu mereka sentiasa menimbulkan sentimen perkauman agar rakyat
negara ini berpecah belah dan seperti biasa, mereka akan menyalahkan
UMNO apabila rakyat bertelagah,” ujarnya lagi.
Beliau tidak menolak, ada di antara kakitangan kerajaan yang tidak
menunjukkan prestasi yang baik tetapi jangan kerana seekor lembu membawa
lumpur, semuanya terpalit.
Oleh itu, Zainal amat berharap agar semua rakyat khususnya di Pulau Pinang sedar akan sandiwara yang dimainkan oleh DAP.
“Jangan mudah terpengaruh kerana sudah jelas, DAP amat terdesak untuk
mendapatkan undi menjelang PRU 13 dengan memainkan sentimen perkauman”,
katanya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment