Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 6 July 2012

GAGAL BELA RAKYAT, PEMBANGKANG MUNCUL SEBAGAI HERO REKA FITNAH

Rafizi Ramli, ayam tambatan PKR dan anak emas Anwar Ibrahim berkokok lagi, kali ini bukan ke atas diri seorang menteri tetapi terhadap Perdana Menteri sendiri.

Budak hingusan yang tidak tahu untung ini terus menerus bertindak melawan kerajaan seolah-olah mahu dijulang sebagai hero oleh partinya walaupun kepandaiannya adalah hasil biasiswa kerajaan yang diperolehinya melalui Petronas.

Seperti anak-anak muda lain yang pernah dirosakkan Anwar samada dari segi moral atau pemikiran mereka, Rafizi tergolong sebagai salah seorang pencacai beliau yang tersohor.

Malah tindakan Rafizi yang membuat siri pendedahan kononnya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan rasuah dalam pentadbirannya sudah dilihat seakan-akan menjurus ke arah meroyan dan fanatik.

Ia bukan lagi untuk mempertahankan integriti atau perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tetapi telah menjadi satu perlumbaan di kalangan pemimpin pembangkang siapa yang paling banyak membuat pendedahan.

Samada perkara yang didedahkan berlandaskan kepada fakta atau berunsur fitnah dan tohmahan bukanlah satu perkara yang penting.

Yang maha penting bagi pembangkang sesuatu isu itu ada kene mengena dengan kerajaan BN dan lebih beruntung bagi mereka bagi mereka jika isu tersebut mempunyai nilai negatif.

Menghidu sesuatu yang boleh memberi kelebihan politik kepada mereka, pembangkang tidak menunggu lama tetapi terus menerkam untuk menuduh kerajaan dan menconteng imej seburuk yang mungkin.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk meraih undi dan simpati rakyat pada pilihan raya umum akan datang dengan harapan dapatlah mereka merasa kerusi empuk di Putrajaya.

Tindakan individu seperti Rafizi bukan didorong oleh perasaan tanggungjawab dan cinta kepada negara tetapi agenda peribadi dan politik yang jijik.

Biar kerajaan Malaysia dan pemimpinnya yang dipilih secara sah oleh rakyat dihina, dicaci dan difitnah, hatta di persada antarabangsa sekali pun, namun pembangkang sedikit pun tidak berasa salah malah mendapat kepuasan luarbiasa daripada perbuatan mereka.

Pernahkah Rafizi terfikir beliau telah melakukan kesalahan dengan melanggar Akta Institusi Kewangan 1989 apabila beliau mendedahkan 21 dikumen yang berkaitan dengan akaun milik NFCorp dengan dibantu oleh seorang kakitangan bank berkenaan yang juga penyokong PKR.

Beliau dengan mudah sekali berkata 'terlupa' untuk menyemak akta tersebut sebelum membuat pendedahan butiran akaun dan menyebarkan salinan kepada pihak media.

Akibatnya, seorang menteri kabinet yang tidak bersalah terpaksa meletak jawatan dan seorang kakitangan bank yang telah berkhidmat 20 tahun serta mempunyai keluarga hilang pekerjaan dan berdepan dengan risiko dipenjara 5 tahun dan denda RM5 juta.

Kini setelah NFC tidak lagi menjadi isu glamer bagi Rafizi dan bosnya, Anwar, maka mereka beralih pula untuk menghentam Perdana Menteri, dengan harapan kejayaan mereka mendesak seorang menteri melepaskan jawatan boleh juga diulangi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semua ini dilakukan berdasarkan pembohongan atau dalam bahasa pakar propaganda 'half truths' yang dipintal atau 'spin' supaya dilihat sebagai 'credible' atau berwibawa dan seterusnya boleh diyakini oleh rakyat.

Objektifnya adalah untuk mngalih pandangan rakyat daripada isu yang lebih besar yang membelenggu pembangkang terutamanya janji-janji yang mereka gagal laksanakan yang dibuat semasa pilihan raa lalu dan skandal kewangan dan rasuah yang terpalit pada pemimpin mereka.

Umpamanya Anwar sehingga kini terus membisu mengenai dakwaan memiliki aset bernilai RM3 bilion dalam 20 akaun besar semasa menjadi Menteri Kewangan ataupun pendedahan video seks dengan seorang pelacur berbangsa Cina.

Azmin Ali pula membisu mengenai pemilikan wang, harta yang aset yang besar serta saham jutaan ringgit di bawah nama isterinya.

Begitu juga di Selangor, Anwar membisu mengenai isu geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang dpercayai adalah dana politik PKR yang dicuri daripada perbendahaan negeri.

Hakikatnya semakin banyak isu yang dibongkar oleh pembangkang, semakin rakyat sedar bahawa mereka sebenarnya amat terdesak atau 'desperate' untuk mencari populariti.

Setelah gagal membuktikan kemampuan mereka membela nasib rakyat, pembangkang tidak ada pilihan lain kecuali mereka-reka fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri.

Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang menjadi jaguh kebajikan mereka bukannya saudagar yang menjual mimpi dan fantasi yang belum pasti menjadi realiti.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment