Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 11 June 2011

Perpaduan Merupakan Strategi Utuh Mengharmonikan Masyarakat Berbilang Bangsa.

PORT DICKSON : 10 Jun – Hampir 3000 orang penduduk telah bersama sama YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan pada  Majlis Pemimpin Bersama Rakyat malam tadi di Port Dickson.

Turut meraikan kehadiran YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan ialah YB Dato’ Ismail Taib, EXCO Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YBhg Dato’ S.Sothinathan mantan ahli Parlimen Telok Kemang dan YBhg Dato’ M Vello Pengerusi Persatuan India Port Dickson.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan India Port Dickson di Pusat Perniagaan Cahaya Suria ini disambut dalam suasana harmoni dan muhibbah dengan kehadiran ketiga tiga kaum  iMelayu, Cina dan India.

Ini memberi keyakinan dan kepercayaan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bahawa masyarakat Port Dickson amnya dahagakan perubahan kepimpinan berkesan selepas BN tewas di pilihanraya 2008.

BN tewas di kawasan Port Dickson, Lukut dan Chuah. Keberkesanan Pusat Khidmat BN di kawasan yang kalah telah memberi kesan yang baik dan kini masyarakat telah kembali sedar kemampuan kerajaan BN.

Di dalam ucapan YAB Menteri Besar, beliau berkata  bahawa, “Untuk membangun sesebuah negara atau negeri, semangat perpaduan dan saling menghormati adalah sangat penting. Tanpa perpaduan kaum, amat sukar untuk kita membuat pembangunan.”

Menteri Besar menjelaskan bahawa rahsia kejayaan Malaysia dihormati di mata dunia ialah semangat perpaduan, semangat bersatu padu antara kaum, tidak ada masalah dalaman serta mengutamakan agenda pembangunan.

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan juga telah menyampaikan sumbangan kepada 200 orang Warga Emas, menyampaikan Buku Latihan kepada Pelajar UPSR serta menyampaikan 5 kerusi roda kepada mereka yang memerlukan.
 sumber : http://n9kini.com/?p=41650





 

No comments:

Post a Comment