Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 27 July 2012

PAS Marah UMNO Sebab PKR Tolak Hudud?

Dalam program Fiqh bersama Ulama yang menampilkan ulama-ulama dari negara Arab, pada bulan lepas, antara kertaskerja yang dibentangkan menyatakan bahawa Hudud hanyalah 1/10 dari dari Islam. 

Perkara ini dipersetujui oleh ramai Ulama termasuk Ulama PAS, buktinya, Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa ‘Hudud hanyalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam’. 

Maknanya, tuntutan Islam ke atas sesebuah masyarakat itu adalah lebih luas mencakupi aspek sosial dan kemanusiaan yang lebih penting seperti pendidikan yang berkualiti, kemakmuran dan kemajuan negara, keupayaan untuk menyumbang bagi kesejahteraan manusia sejagat dan berbagai-bagai lagi, selaras dengan kedudukan manusia sebagai Khalifah di muka bumi. 

Tuntutan Islam ke atas seorang individu Islam pula adalah atas amalan peribadinya kepada Allah S.W.T serta keikhlasan dan kejujuran sesama manusia.  Kesemua ini mengambil tempat 9/10 dari tuntutan Islam yang mana majoriti dari Umat Islam masih menghadapi kesukaran untuk memenuhinya. 

Manakala, kedudukan ‘hudud’ dalam Islam telah pun jelas iaitu jika sesebuah negara tidak melaksanakan hudud, ia tidak akan menjejaskan sedikitpun  keIslaman seseorang Muslim di negara itu.  Ini kerana hudud, undang-undang dan kerajaan bukanlah faktor yang menentukan kesudahan seseorang Muslim di akhirat kelak.  Kerana itu, hudud tidak diletakkan sebagai perkara pertama dalam tuntutan Islam. 

Namun, penganut-penganut PAS tetap tegar mengambil sikap seolah-olah Hudud itu adalah 100% atau perkara teratas dalam Islam dan kalau tidak melaksanakannya maka segala amalan tidak diterima lagi dan jatuh kafirlah kerajaan yang tidak melaksanakannya, termasuklah penyokong-penyokong kerajaan.   Penjelasan kerajaan bahawa hudud masih belum sesuai dan terlalu sukar untuk dilaksanakan di negara ini, dan pada ketika ini, dibakulsampahkan sebagai kenyataan ‘menolak Islam’ oleh PAS. 

Walaubagaimanapun, PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR yang juga memberi jawapan yang sama mengenai hudud. 

Buktinya, baru-baru ini, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR menyelar Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana membangkitkan lagi isu hudud.   Shamsul menyarankan agar Nasrudin merujuk kepada persetujuan yang dicapai iaitu hudud bukanlah sebahagian dari polisi yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat. 

Apabila ditanya, kenapa PKR boleh dan UMNO tidak boleh?, PAS, khasnya, Mahfodz Omar menjawab bahawa PKR mengiktiraf hudud tetapi tidak menerima perlaksanaannya di Malaysia kerana ia tidak sesuai, tetapi UMNO pula menolak hudud mentah-mentah.

Jika ini jawapannya, kita ingin bertanya Mahfodz, kenapa pula PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama berjuang mengejar impian untuk berkongsi kerusi pemerintah dengan DAP walaupun DAP jelas menolak mentah-mentah, malah sanggup mati daripada membiarkan hudud dilaksanakan? 

Kenapa DAP boleh dan UMNO tidak boleh?  Pastinya, jawapan Mahfodz ialah kerana DAP bukan Islam. 

Namun, ini bukan soal mengenai keIslaman mana-mana parti.  Ia juga bukan soal sama ada satu-satu parti itu mengiktiraf atau tidak hukum hudud. 

Soalnya ialah tentang pendirian PAS mengenai hudud dan apakah PAS jujur ingin melaksanakannya. 

Jelaslah sudah bahawa pendirian PAS mengenai hudud dari dulu sehingga kini ialah, ia merupakan bahan politik semata-mata serta PAS tidak punya niat pun untuk melaksanakannya kerana jika PAS serius ingin melaksanakannya mereka pasti menolak kerjasama dengan PKR dan DAP sebagaimana mereka menolak UMNO juga. 

No comments:

Post a Comment