Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 30 April 2012

Panas.. Wajib Tonton: Gambar Amin Ali selak baju wanita dalam tandas tersebar

Subhanallah.. apa nak jadi dengan Azmin Ali ni.. Macam ni ke orang yang nak diangkat mengantikan TS khalid sebagai MB Selangor..

Nafsunya sama macam Anwar Ibrahim rupanya.. patutlah adik beradiknya suruh Azmin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Dah tentu macai-,macai pakatan rakyat menafikan gambar Azmin Ali ni..
Dah tentu mereka akan cakap ini konspirasi dari UMNO lagi..
Woi monyet-monyet sekalian.. Yang dapat sedap tu Azmin jer.. Korang pun nak tanggung dosa dia ker?

Lihat persaman gambar di atas dengan yang bawah ni..
Baju yang sama jeng..jeng..jengg....jenggg....
Jam pun sama.. korang nak kata apalagi..


CheguBard minta ampun pada pihak polis

Kelakar woii tengok gambar ni..
Apa dah jadi dengan chegubard ni.. mintak kesian takut masuk lokaplah tu..

Cakap pung pang sana sini.. macam hebat.. Bila kena tangkap tahu mintak belas kasihan pulak.

Bila dah keluar lokap keluar statement macam sial

Monday, 23 April 2012

Kenyataan Rasmi Dato' Seri Hj Mohd Shafie Apdal


Sambutan Hambar Di Majlis Anak Kelantan Bersama Nik Aziz

Ada sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan pada 22 April 2012 di Puchong Perdana, Selangor gagal menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.

Majli anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.

Penulis yang turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian kemunculan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Berbekalkan undangan dari rakan-rakan Facebook, penulis dan empat rakan lain bertolak dari Klang menaiki dua buah kereta dan sampai di sana sewaktu Datuk Nik Aziz baru saja turun dari kereta mewah Mercedes E class mata belalang nombor plate DAT 55 berwarna hitam metallic.

Dari kejauhan kelihatan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang mengiringi Nik Aziz seperti terpinga-pinga melihat sambutan dingin dan agak hambar itu. Mungkin tidak menjangkakannya sama sekali.

Selepas Nik Aziz dan rombongannya selesai bersalaman dengan hadirin, kami menyertai majlis tersebut sambil tiga rakan lain mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran mengikut kawasan DUN tempat mereka mengundi.

Semasa penulis bersama beberapa rakan melilau sana sini merakamkan gambar suasana, beberapa kali terdengar rungutan kekecewaan tetamu berikutan sambutan majlis yang suram. Suara-suara kekecewaan itu hanya terhenti seketika sewaktu Datuk Nik Aziz membuat ucapan perasmian.

Di dua sudut berhampiran kaunter urusetia kelihatan beratus-ratus beg cenderahati masih tidak terusik manakala mengikut maklumat seorang rakan yang juga urusetia majlis, masih terdapat banyak lagi beg cenderahati yang gagal diedarkan dan tersimpan di dalam kenderan mereka.

Beg cenderahati tersebut yang pada mulanya hanya diberikan kepada hadirin yang mendaftarkan diri sahaja; antaranya mengandungi buku 100 sebab kenapa mesti tolak UMNO, buletin kerajaan negeri, flyer Purnama, pamplet isu royalti minyak serta cenderati lain seperti pen dan key chain berlogo Pas, akhirnya diagih-agihkan kepada semua selepas majlis cabutan bertuah selesai pada kira-kira jam 2.10 petang.

Pihak penganjur pada mulanya agak yakin mampu menghimpunkan lebih 3,000 orang anak Kelantan yang tinggal dan bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir ke majlis tersebut kemudiannya terpaksa berpuas hati dengan kehadiran hanya lebih kurang 200 orang hadirin sahaja.

Kegagalan majlis tersebut tidak dapat tidak pastinya memberi satu gambaran awal keyakinan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan 22 tahun Pas dan Nik Aziz di Kelantan mungkin hampir sampai ke penghujungnya.

Jika gambaran awal mood pengundi luar sama seperti sambutan dingin yang diterima Nik Aziz dalam majlis temu muka 22 April dijadikan sandaran, besar kebarangkalian untuk Pas Kelantan bakal berdepan dengan masalah yang agak besar menjelang pilihanraya akan datang.

Tak mustahil situasi genting tahun 2004 bakal berulang seperti mana jangkaan ramai pihak ataupun mungkinkah pilihanraya umum kelak menjadi noktah akhir untuk Pas? Sama-sama kita nantikan.

Tuesday, 17 April 2012

Isu Hina Raja Melayu kenapa Azmin Ali, Tian Chua tak berani saman Dr Rahman?

Biadap, Sombong, Bongkak itulah tingkahlaku pemimpin pembangkang ketika istiadat pertabalan Yang DiPertuan Agong baru-baru ini. Perbuatan mempersendakan dan menghina Raja-raja melayu ketika itu didedahkan oleh Dr. Rahman, pegawai yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung..

Mengikut laporan terbaru, Azmin Ali serta Tian Chua menafikan dakwaan tersebut dan mereka menuduh bahawa isu ini adalah serangan peribadi dan propaganda yang dimainkan oleh UMNO.

Kalau apa yang di dakwa oleh Dr. Rahman itu tidak betul dan berbaur fitnah, kenapa Azmin dan Tian Chua tidak mengemukakan saman malu? Kenapa pula nak menuduh UMNO sebagai dalang pula?

'Berani kerana benar, Takut kerana salah'

Soalnya sekarang.. Berani atau tidak Azmin Ali, Tian Chua serta pemimpin pembangkang lain yang terlibat mengambil tindakan terhadap Dr. Rahman Kadir?


Monday, 16 April 2012

Anwar Ibrahim cakap kosong bolehlah, trylah bagi pendidikan percuma kt Selangor. Selangorkan kaya


Aku heranlah ramai sangat yang termakan kata-kata Anwar berhubung mansuhkan pinjaman PTPTN ni. Kalau betullah Anwar Ibrahim nak mansuhkan.. apasal dia tidak laksanakan di Selangor.. bagi jelah pendidikan percuma disana.. Anwar Ibrahimkan Penasihat Ekonomi di negeri Selangor.. Selangor kaya apa..

Kenapa sekarang baru nak mansuhkan? Kenapa tidak semasa Anwar menjadi TPM dan berada di dalam UMNO dulu.. Seingat heroesmalaya ketika PTPTN diwujudkan, Anwar ketika itu masih lagi pemimpin di dalam kerajaan.

Nampak sangatlah Anwar dan geng-geng beliau terdesak untuk memancing undi golongan muda.. Anwar.. Anwar.. Kau ni cakap macam Kaf Lam Ya Nga..

Update perkembangan terbaru Cikgu Rizal yang dibelasah hingga pecah kepala

Untuk pengetahuan pembaca blog heroesmalaya, cikgu rizal telah selamat kembali ke semenanjung. Keadaan beliau masih belum pulih sepenuhnya dan perlu mendapatkan rawatan susulan dari pihak hospital.

Kepada rakan-rakan yang ingin melawat bolehlah menghubungi kakak beliau di talian 017-3089402. Beliau sekarang berada di dalam jagaan kakaknya di Mantin, Negeri Sembilan.

Monday, 9 April 2012

PKR upah 'Gangster' serang Speaker Dun Perak

Adun Simpang Pulai (PKR), Chan Ming Kai yang pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aidil Fitri di sebuah rumah milik orang Melayu pada 2009, hari ini sekali lagi menunjukkan sikap di luar tabi'i dengan menyerbu naik ke podium Speaker DUN Perak dan menghentak meja Speaker, Dato' R. Ganesan yang sedang mengendalikan persidangan.
Perbuatannya yang dianggap biadap itu amat mengejutkan dan tidak pernah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak yang mulia.
Kejadian berlaku sebaik persidangan hari ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan sessi Soalan Lisan, di mana Ming Kai telah bangun menyatakan rasa tidak puas hati kerana empat soalan bertulisnya ditolak kerana bertentangan dengan Peraturan Tetap dewan. Pada setiap hari terakhir Sidang DUN, wakil-wakil rakyat diberikan jawapan terhadap soalan-soalan bertulis yang mereka kemukakan beberapa minggu sebelum persidangan.
 
Ming Kai memekik dari tempat duduknya di belakang saya, sebaik sahaja Speaker menjemput Adun Batu Kurau (BN), Kapt (B) Dato' Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz untuk mengemukakan soalan pertama yang ditujukan kepada Menteri Besar berkaitan rancangan untuk menaiktaraf Pekan Batu Kurau.

Beliau dengan nada keras bertanya Speaker kenapakah empat daripada lima soalan bertulisnya ditolak dan tidak dijawab, dan Dato' Ganesan lantas memaklumkan bahawa soalan-soalan yang dikemukakannya itu tidak mengikut Peraturan Tetap dewan.

Ketika MB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bangun untuk menjawab soalan Adun Batu Kurau, Ming Kai terus berdiri di tempat duduknya dan bertekak dengan Speaker sehingga mengganggu perjalanan sessi Soalan Lisan. Dato' Ganesan menggesa Ming Kai supaya duduk dan tidak mengganggu agenda persidangan, tetapi arahan itu tidak diendahkan.

Ming Kai yang tidak berpuas hati telah berjalan dari tempat duduknya membawa sekeping kertas seolah-olah mahu keluar dari Dewan, tetapi sebaik tiba berhampiran tangga menaiki podium menempatkan Speaker, beliau meluru naik ke atas dan menghampiri Dato' Ganesan.

Adun Simpang Pulai itu secara kasar meletakkan kertas yang dipegangnya di hadapan Speaker dan menghentak meja yang menyebabkan suasana Dewan menjadi tegang. Bentara dan beberapa pengawal Dewan meluru naik ke podium dan menarik Ming Kai turun meninggalkan meja Speaker. Speaker mengarahkan Adun Simpang Pulai itu keluar daripada persidangan atas sikap buruknya itu, dan Ming Kai diiringi keluar oleh pengawal Dewan diikuti beberapa Adun pembangkang yang lain.

Apa yang dilakukan oleh Adun PKR ini jelas bertentangan dengan adab dan peraturan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Naik ke pentas Speaker ketika Dewan sedang bersidang, baik dengan apa juga niat dan alasan, adalah perbuatan luar tabi'i dan cukup biadap. Perbuatannya telah mencemarkan kemuliaan Dewan. Beliau seolah-olah cuba menimbulkan provokasi supaya peristiwa hitam Mei 2009 persidangan DUN Perak berulang.

Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PR, apakah lagi harapan rakyat kepada mereka bagi menjulang sebuah negara bermaruah dan beradab?

Adam Adli jadi calon PRU


Adam Adli tentu girang dan terbayang-bayang nak jadi calon aka wakil rakyat jika tiga akta dipinda bagi membolehkan pelajar sertai politik.Itupun jika diluluskan oleh Dewan Rakyat kelak.

Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik.

Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang

Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam parti politik.

Pelajar universiti juga tidak dibenar menjalankan aktiviti politik di dalam kampus, tidak dibenar menjadi ahli kepada mana-mana persatuan dan pertubuhan di dalam dan luar kampus yang menyalahi undang-undang.

Pindaan pada ketiga-tiga rang undang-undang itu juga mencadangkan seseorang pelajar universiti tidak boleh dihalang daripada membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya.

Selain itu, pindaan pada seksyen 21 Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuh untuk menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut.

Jawatankuasa itu akan dianggotai Naib Canselor sebagai pengerusi, dua orang ahli yang dipilih Majlis Perwakilan Pelajar-pelajar, dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti dan dua orang pegawai lain universiti yang dilantik oleh Lembaga.

heroesmalaya : boleh ker budak jambu Anwar ni jadi calon? Jadi calon pengganti Saiful bolehlah... ye x..

Tuesday, 3 April 2012

Saksikan full video Adam Adli kena tumbuk


Lain kali jangan nak menyibuk kat tempat orang.. jangan nak berlagak jadi HERO!!
Kau tu sekolah pun tak habis lagi..
Sibuk nak campur urusan orang..
Tak pasal-pasal dah kena selepuk...
Padan dengan muka kau..  Buat malu mak bapak kau jer kena maki...

Bodoh nak mampus budak ni..

PAS tak kisah orang murtad.. MasyaAllah


Dulu PAS amat sensitif dan pantang dicuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS tika itu.

Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.

Tapi itu dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan.

Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.

Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang dimimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.

Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.

Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipudaya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

Akibat sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyamatarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi mempedulikan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.

Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad.