Terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan
Gambar terbaru |
Muhammad Rizal bin Ariffin di dalam keadaan koma |
Pakar Perubatan memberitahu tengkoraknya pecah lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa akibat dipukul dengan objek keras atau tumpul. Menurut laporan Polis, Rizal dijumpai oleh orang awam, sehingga kini Polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui apa punca yang berlaku.
Kami dimaklumkan oleh pihak sekolah pada hari Ahad bersamaan 25 Mac 2011. Mengikut kata Polis dan pihak hospital. besar kemungkinan Rizal telah dipukul pada hari Jumaat 23 Mac dan dijumpai oleh orang awam 3 hari selepas itu. Takdir Allah s.w.t dan dengan kehendaknya juga beliau dapat diselamatkan sehingga kini.
Beliau telah diterbangkan semalam melalui Helikopter dari Hospital Sibu ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otak.. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk sepupu saya. InsyaAllah..
Terima kasih diatas layanan yang diberikan olek pihak Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Mukah, pihak Pejabat Pendidikan daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Cikgu Qayum (rakan serumah rizal), Guru Besar Sek St. John Dalat, Pengarah dan Timalan JPN Negeri Sarawak dan Polis DiRaja Malaysia.
p.s : Dalam hati aku sekarang hanya Allah s.w.t je tahu..
pernah menjadi rakan setugas semasa beliau bertugas di NSDK..dan sebelum berpindah sempat beliau menghubungi saya mohon doa agar selamat disana...
ReplyDeletepetand tadi ada pergerakan di sebelah kaki rizal. tapi masih belum sedarkan diri. kalau stabil doc nk buat imbasan kembali
ReplyDeleteSila khabarkan perkembangan Rizal kepada kami (Bahagian Teknologi Pendidikan-03-2098 7790). Semoga Allah menyelamatkan & mengembalikan Rizal yang cerai kepada kami.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. ada pergerakan dikaki dan tangan.. cuma mata belum buka.. masih dalam keadaan separa sedar..
ReplyDeletealhamdulillah..moga cepat sembuh...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamua'laikum. maaf, mintak izin ambil gambar dan buat entry tentang cikgu rizal.
ReplyDeletehttp://diyanaluluchan.blogspot.com/2012/03/guru-dibelasah-hingga-pecah-tengkorak.html
terima kasih.
waalaikumussalam. dipersilakan.. tks
ReplyDeleteMoga beliau kembali seperti sedia kala, Insyaallah~
ReplyDeletepasai apa cikgu rizal kena pukul teruk sangat camnie?
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya guru dr N9, dimana En.Rizal byk memberikan tunjuk ajar kpd sy semasa menjadi GPM 2010 hingga kini sehinggalah beliau berpindah ke Nilai. Sedar2 saja En.Rizal sudah begini. Ini pun ketahuan drpd Pn.Akma, Pegawai PKG...amat terkejut dn sy mencari beritanya di sini...Sy doakan En.Rizal kembali pulih, sedihnya sbb sy dpt tahu sedikit sebanyak latar belakang En.Rizal yg amat menyedihkan
Salam. Saya dan rakan-rakan PJJ UPSI Rizal mendoakan hanya yang terbaik untuknya. Amin...
ReplyDeleteTerima kasih diatas sokongan dan doa dari sahabat2 semua.. sy akan update dari masa ke semasa.. InsyaAllah
ReplyDeleteAssalam....saya sahabatnya dr mpt dulu,...semoga dia cepat sembuh,tolong infokan perkembangannya di email sy,... Ieman5332@gmail.com
ReplyDeleteKesiannya pd ckg Rizal, semoga beliau cepat sembuh...sy dah 16 tahun mengajar di swak, terkejut juga dengar berita macam ni...
ReplyDeleteAsalamualaikum.
ReplyDeleteKepada Rizal, aku doakan semoga cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa. Semoga doa kami pelajar PPG PJJ UPSI kohort 1 dimakbulkan Allah. Amin....
Ku doakan adinda segera sembuh.Rakan PPG UPSI.
ReplyDeleteSaya suami isteri exstudent mpt cheras same batch dgn rizal. Sedihnya tgok keadaan dia dlm gmbar. Nk gi lawat pun jauh sgt kt sane, xde usaha nk bwk blik dia ke semnanjung ke? Smga Allah memberikan kesembuhan sepenuhnya kpd rizal. Amin,
ReplyDelete.Kpd ahli family rizal, smga tabah mjalani ujian ini.
Salam kpd semua kenalan cikgu rizal. Saya kakak cikgu rizal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana mendoakan kesihatan cikgu rizal. saya baru balik ke semenanjung dari hospital khucing. keadaa cikgu rizal buat masa ini agak lemah tapi beliau sudah boleh bercakap walaupun kadang2 percakapannya tidak berapa jelas untuk diketahui. kaki tangan beliau sudah boleh bergerak walaupun masih lemah. Kami sekeluarga dalam proses utk membawa cikgu rizal pulang ke semenanjung utk mendapat rawatan selanjutnya di hospital seremban. jika ada berita terkini saya akan update disini. ribuan terima kasih sekali lagi kepada anda semua.
ReplyDeletealhamdulillah..harap rizal cepat sembuh seperti sediakala..doakan yg terbaik buat rizal..terima kasih kakak di atas update terkini..sangat risau sebab tak tahu nak contact macamana..semoga semuanya akan ok..insyaAllah..sy hanya harap yg terbaik buat rizal..aminnnn
ReplyDeleteas salam.sedih dan terharu melihat seorang guru terbaring kaku camni. semoga Allah memberi kkuatan fizikal dan mental kepada cegu Rizal. begini lah pengorbanan seorang guru.. Harap Allah selamatkan cegu rizal dan pnjangkn umurnya..amin.
ReplyDeleteassalam.syukur cikgu rizal dah sembuh.saya dah lama mencari cikgu rizal kerana ada beberapa keping surat telah dihantar ke rumah saya dari pihak bank.berkaitan pembiayaan terlebih pengajian cikgu rizal sewaktu belajar dahulu mungkin surat itu penting untuk cikgu rizal. jika tuan blogger membaca komen saya ini, mintak hubungi saya di talian 0173893731 (puan kuntum)
ReplyDelete