Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 15 August 2012

Aidilfitri Terakhir Untuk Kerajaan PAS Kelantan

Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi
tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari
lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan.

Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak
Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman
masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak
saudara.

Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada
sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa
inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan
masih lagi dikuasai PAS.

Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan
kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya
PRU 13.

Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya
diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin
mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu
berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini
amat bermakna sekali.

Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus tadbir negeri
gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih banyak
bercakap berbanding kerja buat, kini tibalah masanya untuk melakukan
perubahan total.

Mengikut beberapa kajian, analisis dan simulasi terkini berkaitan
kecenderongan para pengundi di Kelantan, kesemuanya positif meletakkan
BN khususnya UMNO berada di posisi yang selesa untuk menang di 25
hingga 29 kerusi DUN.

Jumlah kerusi itu termasuk semua 7 DUN yang sedang berada dalam
genggaman sekarang yang mana turut berpeluang menambah undi sokongan
dan majoriti kemenangan.

Sebelum ini, kedudukan BN cuma selesa di 23 kerusi sahaja bagaimanapun
beberapa perkembangan menarik akhir-akhir ini di negeri Serambi Mekah
ini nampaknya telah meningkatkan lagi peluang untuk BN dalam PRU
kelak.

Beberapa isu yang dekat di hati rakyat ternampak jelas semakin
mengharu-birukan kepala pemimpin PAS negeri umpamanya membabitkan isu
bekalan air bersih yang kerap terputus-putus di banyak kawasan
termasuklah kejadian yang terbaru di KB Mall seminggu dua lepas.

Penyertaan beberapa NGO yang aktif memperjuangkan penyelesaian isu air
bukan sahaja berjaya menambah kesedaran di kalangan ramai rakyat
negeri ini malah kesannya kian ramai yang mula berani mempertikaikan
kelemahan urus tadbir kerajaan Nik Aziz yang agak tidak efisien.

Isu royalti minyak yang sebelum ini dianggap senjata penting PAS pula
semakin tumpul sebaliknya mencengkam pula leher PAS hinggakan
menimbulkan desakan dalaman menuntut pemimpin kanan PAS, Husam Musa
supaya lebih banyak diam untuk mengelakkan PAS teruk dihentam atas
kebodohan sendiri.

Manakala isu ladang rakyat yang hingga kini masih menghantui pendudk
di Selatan Kelantan pula bukan sahaja bakal menyebabkan gelombang
kebangkitan rakyat menolak PAS dan Nik Aziz semakin kuat mengasak,
malah tidak mustahil kekuatannya bakal melampaui rekod yang pernah
dicatatkan semasa PRU 11 tahun 2004 yang menyaksikan PAS hampir mati
kelemasan di negeri tersebut.

Sementelah lagi ditambah dengan bonus keaktifan bekas Naib Presiden
PAS, Dr Hasan Ali yang kerap berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang
melalui roadshownya yang sentiasa menarik perhatian ramai penduduk
negeri itu, kesannya kini sudahpun cukup menyebabkan ramai pemimpin
PAS terpaksa mula mengira hari-hari akhir sambil mencongak wang pencen
persaraan.

Gabungan semua isu tersebut ditambah dengan kajian data, analisis
serta peranan beberapa faktor lain yang diketahui seringkali
menentukan turun naik undi sesebuah parti di Kelantan, maka tidaklah
keterlaluan untuk kita nasihatkan para penyokong PAS di perantauan
yang masih menyokong PAS supaya raikanlah Aidilfitri ini dengan hati
yang tenang dan tidaklah terlalu gundah gelana dalam jiwa.

Cukuplah 22 tahun PAS bermaharajalela menjahanamkan masa depan negeri
ini seakan sengaja disia-siakan begitu sahaja dek kerana terlampau
kemaruk mengejar komisyen balak dan laba untung hasil usaha alibaba
gadai tanah negeri tapi hasilnya pula mengalir pada Cina DAP dan Cina
Singapura.

Tak usahlah dicemari Aidilfitri ini dengan sendu tangis mengenangkan
bakal perginya tak kembali sebuah parti yang selama lebih dua dekad
diberi peluang mentadbir Kelantan ini, hanya air liur dan janji manis
sahaja yang mampu ditaburi.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment: