Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Pejabat Pelajaran Negeri. Show all posts
Showing posts with label Pejabat Pelajaran Negeri. Show all posts

Monday, 16 April 2012

Update perkembangan terbaru Cikgu Rizal yang dibelasah hingga pecah kepala

Untuk pengetahuan pembaca blog heroesmalaya, cikgu rizal telah selamat kembali ke semenanjung. Keadaan beliau masih belum pulih sepenuhnya dan perlu mendapatkan rawatan susulan dari pihak hospital.

Kepada rakan-rakan yang ingin melawat bolehlah menghubungi kakak beliau di talian 017-3089402. Beliau sekarang berada di dalam jagaan kakaknya di Mantin, Negeri Sembilan.

Tuesday, 27 March 2012

Update: Guru dibelasah hingga pecah tengkorak kepala

Perkembangan terbaru : Ada pergerakan di kaki dan tangan Rizal. Cuma mata je belum buka. Doktor memberi tahu, itu perkembangan yang terbaik. Masih dalam kedaan separa sedar. Bila keadaan Rizal stabil, doktor hendak melakukan imbasan di kepala untuk melihat jika ada darah beku di otak.
 Terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan
Gambar terbaru
Sungguh menyayat hati.. Muhammad Rizal bin Ariffin atau panggilan mesra dakdik ini sebenarnya sepupu saya. Beliau bertugas sebagai guru di Sek. Keb. St. John, Dalat Sarawak.. Baru menetap di Mukah semenjak bulan September 2011.

Muhammad Rizal bin Ariffin di dalam keadaan koma

Pakar Perubatan memberitahu tengkoraknya pecah lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa akibat dipukul dengan objek keras atau tumpul. Menurut laporan Polis, Rizal dijumpai oleh orang awam, sehingga kini Polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui apa punca yang berlaku.

Kami dimaklumkan oleh pihak sekolah pada hari Ahad bersamaan 25 Mac 2011. Mengikut kata Polis dan pihak hospital. besar kemungkinan Rizal telah dipukul pada hari Jumaat 23 Mac dan dijumpai oleh orang awam 3 hari selepas itu. Takdir Allah s.w.t dan dengan kehendaknya juga beliau dapat diselamatkan sehingga kini.

Beliau telah diterbangkan semalam melalui Helikopter dari Hospital Sibu ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otak.. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk sepupu saya. InsyaAllah..

Terima kasih diatas layanan yang diberikan olek pihak Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Mukah, pihak Pejabat Pendidikan daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Cikgu Qayum (rakan serumah rizal), Guru Besar Sek St. John Dalat, Pengarah dan Timalan JPN Negeri Sarawak dan Polis DiRaja Malaysia.

p.s : Dalam hati aku sekarang hanya Allah s.w.t je tahu..