SHAH ALAM, 13 Mac – Gagasan Anti
Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mempersoalkan matlamat sebenarnya
pentadbiran kerajaan DAP, PKR dan Pas Selangor sama ada menjalankan
tugas dengan penuh tanggungjawab untuk membela rakyat Selangor atau
menjalankan tugas dengan penyelewengan.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin
berkata, dari hari pertama Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar
hingga ke hari ini, Selangor tidak pernah kering dari dilanda pelbagai
isu dan skandal.
Malah katanya rakyat masih ingat
bagaimana isu pembinaan ladang babi moden yang dicadangkan dilaksanakan
di Sepang dengan menjadikan matlamat Selangor sebagai pengeluar babi
yang utama di rantau ini sebaik sahaja pakatan pembangkang menguasai
negeri ini.
“Yang terbaru adalah berita benar Ketua
Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang akan berhadapan dengan tuduhan
berkhalwat di Mahkamah Syariah Pahang apabila ditemui berada di sebuah
bilik hotel bersama dengan bini orang pada pukul 2.30 pagi baru-baru
ini.
“Skandal pasir, skandal Yayasan
Selangor, skandal PKNS, skandal PKPS adalah antara barisan isu yang
masih menjadi tandatanya kepada rakyat sehingga ke hari ini,” katanya
kepada UMNO-Online hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau turut
membidas ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang digelar pengundinya
sebagai ‘Raja Pasir’ dalam kenyataannya mendesak agar Datuk Seri Noh
Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengannya berkenaan isu
pasir.
“Untuk apa debat ini? Untuk selesaikan
isu pasir dan penyelewengan lain atau untuk terus berpolemik dalam
kerangka politiking yang tiada batas yang semakin jelek dilihat rakyat.
GAPS yang pernah dicela oleh Suhaimi dalam sidang-sidang DUN yang lalu
ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedangkalan ahli Yang
Berhormat ini.
“Cadangan GAPS adalah Khalid Ibrahim
wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat
skandal-skandal pasir, PKNS, Yayasan Selangor, PKPS, kontrak sampah,
skandal Anti Perlantikan SUK Selangor dan skandal seks yang melibatkan
Exconya, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri dan Ketua Penerangan Kerajaan
Negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment