Pendakwaan rasmi telahpun dilakukan ke atas Pengerusi Eksekutif
National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh
Ismail.
Walaupun beliau adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, namun status
tersebut tidak mampu menghalang proses undang-undang & keadilan dari
dilaksanakan.
Soal beliau bersalah ataupun tidak, itu urusan mahkamah yang akan
tentukan.
Jika diambil kira dalam konteks penguasaan kerajaan, sepatutnya
kes mahkamah yang melibatkan pemimpin BN atau ahli keluarga mereka disenyapkan
saja demi nama baik parti & kerajaan.
Tapi perkara sedemikian tidak berlaku kerana bagi kerajaan BN,
urusan kehakiman & soal keadilan adalah prioriti yang berada jauh di atas
kepentingan politik.
Sejarah membuktikan ramai pemimpin kerajaan & parti yang
memerintah jika wujud keraguan dalam sesuatu isu, mereka tidak terlepas dari
pendakwaan di mahkamah.
Rekod menunjukkan, belum pernah mana-mana pemimpin kerajaan yang
memprotes proses kehakiman ataupun mengadakan rapat umum untuk memberi tekanan
terhadap proses keadilan.
Isu NFC sekali lagi menjadi bukti nyata bahawa sejak dulu hingga
sekarang kerajaan tidak pernah memilih bulu mahupun mencampuri urusan kehakiman
apatah lagi menyalahgunakan kuasa untuk menekan proses undang-undang.
Berbeza dengan kebanyakan pemimpin pembangkang, kerap kali bila di
dakwa di mahkamah atas pelbagai kes, mereka akan menggunakan kekuatan politik
untuk menekan & mempengaruhi proses pendakwaan & hakim.
Anwar Ibrahim misalnya, apabila menghadapi pendakwaan mahkamah,
sudah menjadi kebiasaan baginya mengadakan rapat umum & ceramah politik
dengan tujuan memberi tekanan terhadap proses keadilan.
Di masa yang sama Anwar menggunakan teori konspirasi dan meracuni
fikiran rakyat supaya meragui proses kehakiman & keadilan.
Akibat dari tindakan Anwar yang tidak bertanggungjawab tersebut,
menyebabkan segelintir masyarakat menjadi ragu dengan proses kehakiman, pelbagai
khabar angin kemudian tersebar dan demonstrasi jalanan berlaku di mana-mana.
Bayangkan jikalau Anwar & PR menguasai negara, tentu sekali
tidak sukar menggambarkan pasti berlakunya manipulasi undang-undang demi
kepentingan politik mereka.
Jauh berbeza dengan BN yang menjunjung tinggi proses keadilan
& keluhuran undang-undang, tiada pilih kasih dan tidak memilih bulu dalam
memastikan keadilan berada di tempatnya.
No comments:
Post a Comment