Itu retorik yang selalu didendangkan oleh pemimpin Pas, seolah-olah hanya mereka sahaja yang Islam. Orang lain yang sembahyang sehari lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji - tidak Islam kerana tidak menyokong Pas.
Kalau begini hujahnya orang Islam di Afrika, Eropah, Arab dan Amerika tidak Islam. Pelik bukan tetapi itulah caranya orang Pas untuk menarik sokongan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Baik, mari kita lihat bagaimana Islamkah Parti Islam Semalaysia ini. Pertama, lihat dari sudut pemilihan pemimpin Pas. Parti ini menggunakan sistem demokrasi. Siapa yang mencipta demokrasi?. Orang barat yang pastinya kafir. Apakah ini sistem Islam?. Pastinya tidak.
Kedua, daripada sistem sudah pasti orang yang tidak berkelayakan mempunyai peluang untuk menjadi pemimpin biarpun dari sudut peribadinya sudah tercalar. Malah sistem ini juga membuka ruang untuk fitnah memfitnah dan perbalahan sesama sendiri.
Lihat Mat Sabu ingin mencabar Nasharuddin Mat Isa. Siapa yang lebih arif dalam bidang agama, sudah pastinya Nasharuddin seorang bekas pensyarah dalam bidang syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Mat Sabu hanya lulusan Institut Teknologi Mara sahaja.
Kebanjiran golongan profesional biarpun menonjolkan diri sebagai tokoh agama juga sedikit sebanyak akan merosakkan parti Islam.
Ketiga, bersahabat dengan DAP biarpun golongan kafir ini secara terang-terang menolak negara Islam. Dan pada masa yang sama menolak persahabatan dengan saudara seIslam, UMNO.
Apakah ini yang dianjurkan oleh Islam?. Cuba lihat UMNO dalam tempoh 50 tahun negara ini merdeka untuk pembangunan Islam. UMNO telah mewujudkan pelbagai institusi untuk memartabatkan Islam seperti Tabung Haji, Jakim, Yadim, Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan banyak lagi.
Daripada hujah-hujah ini jelas Pas hanya sebuah parti politik biasa yang hanya menggunakan Islam sebagai topeng.
No comments:
Post a Comment