NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2011
Sunday, 30 October 2011
Trofi Piala Malaysia diarak seluruh negeri
SEREMBAN - Kejayaan skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang trofi Piala
Malaysia ke Negeri Sembilan buat kali ketiga kelmarin, akan diraikan
secara besar-besaran di seluruh negeri.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri
Mohamad Hasan berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna dan mahu seluruh
rakyat meraikan dan menyaksikan trofi tersebut dengan lebih dekat.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, PBNS merancang untuk mengarak
trofi berprestij sukan bola sepak negara di setiap daerah negeri ini.
"Kejayaan ini satu kebanggaan buat Negeri Sembilan. Saya mahu seluruh
rakyat dapat menyaksikan piala tersebut dari dekat, selain bertemu dan
beramah mesra dengan pemain yang telah berjuang berhabis-habisan untuk
membawa pulang piala ini.
"Sambutan berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat dan kita akan
pastikan ia disusun dengan dengan rapi,'' katanya pada majlis meraikan
kepulangan pasukan Negeri Sembilan di Wisma PBNS, semalam.
Hampir 1,000 peminat Hoben Jang Hoben berkumpul di Wisma PBNS
menyambut kepulangan skuad Negeri Sembilan yang menang 2-1 pada final
Piala Malaysia ke atas Terengganu kelmarin.
Mohamad turut memberitahu, PBNS sedang berbincang berhubung habuan
atau ganjaran yang akan diberikan kepada pemain di atas kejayaan membawa
pulang Piala Malaysia untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah mengucapkan
terima kasih kepada Mohamad kerana memberi kepercayaan kepadanya
memimpin skuad Rusa.
"Tanpa sokongan dan kepercayaan beliau, sudah tentu pasukan ini tidak dapat pergi jauh dan mendakap Piala Malaysia," katanya.
Saturday, 29 October 2011
N9 JUARA PIALA MALAYSIA 2011
SHAH ALAM - Piala Malaysia akhirnya kembali ke Negeri Sembilan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila kebangkitan pada 10 minit terakhir oleh anak-anak buah Mohd. Azraai Khor Abdullah berjaya membenam Terengganu 2-1 dalam pentas akhir di Stadium Shah Alam, semalam.
Di hadapan 70,000 penonton, penyerang veteran, Hairuddin Omar atau 'Hai-O' membuktikan dia membawa tuah kepada Negeri Sembilan apabila jaringannya pada minit ke-86 memastikan Terengganu pulang hampa, walaupun skuad Penyu berkelebihan satu gol menerusi Mohd Ashaari Samsudin (minit ke-59).
Jaringan kemenangan Negeri Sembilan berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee.
Sebelum itu, N. Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81). Bertambah manis, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir. Ini merupakan gol ketiga berturut-turut buat pemain berusia 32 tahun dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia.
Ia juga merupakan kejayaan kali ketiga peribadinya menjulang trofi itu, selepas juga bergelar juara ketika bersama Kelantan musim lalu dan Negeri Sembilan pada 2009. Kejayaan semalam juga merupakan kali ketiga buat Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia.
Sebelum ini mereka memenanginya pada tahun 1948 dan dua musim lalu iaitu pada 2009. Sementara itu, Hairuddin berkata, walaupun Negeri Sembilan ketinggalan satu gol, pemain tetap tidak berputus asa dalam memburu gol.
Menurutnya, sejak awal perlawanan lagi Negeri Sembilan sebenarnya memiliki banyak peluang gol namun agak malang ia gagal menemui penyudah.
"Ketika kedudukan terikat 1-1, saya tengok jam masih ada 15 minit lagi perlawanan. "Jadi saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk pasukan. " Lalu saya tekad jika ada peluang gol selepas ini, saya tidak akan mempersia-siakan.
"Akhirnya peluang gol yang saya harapkan menjelma pada minit ke-86 dan saya gembira kerana berjaya menyempurnakannya, sekali gus menjadi gol kemenangan perlawanan akhir musim ini," katanya.
Menyedari ramai yang kecewa dengan jaringan kemenangannya, Hairuddin turut memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang menyaksikan perlawanan semalam juga yang berada di Terengganu.
Ini kerana jaringannya semalam mengecewakan negeri kelahirannya untuk bergelar juara. "Saya meminta maaf kepada mereka (penyokong Terengganu). Saya faham mereka tentu kecewa dengan kekalahan ini.
Saya juga harap mereka tidak membenci saya," katanya. "Saya harap penyokong Terengganu, faham saya adalah pemain Negeri Sembilan dan komited dengan pasukan yang saya wakili," katanya.
Di hadapan 70,000 penonton, penyerang veteran, Hairuddin Omar atau 'Hai-O' membuktikan dia membawa tuah kepada Negeri Sembilan apabila jaringannya pada minit ke-86 memastikan Terengganu pulang hampa, walaupun skuad Penyu berkelebihan satu gol menerusi Mohd Ashaari Samsudin (minit ke-59).
Jaringan kemenangan Negeri Sembilan berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee.
Sebelum itu, N. Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81). Bertambah manis, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir. Ini merupakan gol ketiga berturut-turut buat pemain berusia 32 tahun dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia.
Ia juga merupakan kejayaan kali ketiga peribadinya menjulang trofi itu, selepas juga bergelar juara ketika bersama Kelantan musim lalu dan Negeri Sembilan pada 2009. Kejayaan semalam juga merupakan kali ketiga buat Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia.
Sebelum ini mereka memenanginya pada tahun 1948 dan dua musim lalu iaitu pada 2009. Sementara itu, Hairuddin berkata, walaupun Negeri Sembilan ketinggalan satu gol, pemain tetap tidak berputus asa dalam memburu gol.
Menurutnya, sejak awal perlawanan lagi Negeri Sembilan sebenarnya memiliki banyak peluang gol namun agak malang ia gagal menemui penyudah.
"Ketika kedudukan terikat 1-1, saya tengok jam masih ada 15 minit lagi perlawanan. "Jadi saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk pasukan. " Lalu saya tekad jika ada peluang gol selepas ini, saya tidak akan mempersia-siakan.
"Akhirnya peluang gol yang saya harapkan menjelma pada minit ke-86 dan saya gembira kerana berjaya menyempurnakannya, sekali gus menjadi gol kemenangan perlawanan akhir musim ini," katanya.
Menyedari ramai yang kecewa dengan jaringan kemenangannya, Hairuddin turut memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang menyaksikan perlawanan semalam juga yang berada di Terengganu.
Ini kerana jaringannya semalam mengecewakan negeri kelahirannya untuk bergelar juara. "Saya meminta maaf kepada mereka (penyokong Terengganu). Saya faham mereka tentu kecewa dengan kekalahan ini.
Saya juga harap mereka tidak membenci saya," katanya. "Saya harap penyokong Terengganu, faham saya adalah pemain Negeri Sembilan dan komited dengan pasukan yang saya wakili," katanya.
Thursday, 20 October 2011
YB PKR diugut
Inilah kenyataannya yang mana pakatan haram ni, selalu menuduh dan memfitnah BN menyogok wang ringgit apabila ada di kalangan pemimpinnya bila bertindak mahu keluar parti... Sedar la yang pakatan haram tu kini kian rebah... Tak payahlah nak ugut-ugut kalau orang dah tak suka...
p/s : sikit-sikit nak tuduh BN lah, UMNOlah..
Wednesday, 19 October 2011
DAP dah melampau sangat
Paria DAP ni dah menghina bendera Malaysia.. Takkan kita nak berdiam diri lagi
CELUPAR!!! MENGHINA BENDERA MALAYSIA |
Bukti dah jelas. Takkan kerajaan nak berdiam diri lagi.. Takkan nak bagi 'karpet merah' macam Nawawee.
TOLAK DAP !!!
Labels:
DAP
Monday, 17 October 2011
Bajet Pakatan Rakyat 2012
Dengar kata Puak Pakatan Rakyat nak mengumumkan Bajet Bayangan mereka dalam masa terdekat.. Bagi akulah kan, nak buat barisan kabinet bayangan pun tak lepas.. inikan nak buat bajet bayangan pulak..
Cuba anda fikirkan... kalau puak pembangkang nak buat barisan kabinet mereka, siapa mereka nak letak sebagai Perdana Menteri? Anwar Aljuburi Al Playboy nak jadi PM, lim Kit Siang pun berangan nak jadi PM.. Belum pun menewaskan BN dah bertelagah..
Karpal Singh, Lim Guan Eng, Kak Jijah pula nk jd menteri apa? Diorang ni hanya tahu berebut jawatan.. Janji-janji pilihanraya diorang pada negeri yang mereka tadbir pun tak dilaksanakan lagi.. jadi pengundi-pengundi di luar sana, fikirkanlah seelok-eloknya...
Dari sumber aku.. Kak jijah dah maklum pun pasal liwat meliwat ni.. xkanlah kak jijah x tahukan.. kt rumah dah tentu sebilik.. sekatil lagi tu.. Kak Jijajh tentu ingat ayat ini "Anwar!! why u never Stop doing that? U ni sampai bila x nak bertaubat!" (ayat ini dikeluarkan dr mulut kak jijah semasa anwar mendapat tahu yang Saiful akan membuat laporan polis terhadap kes liwat)
to be continued......
Friday, 14 October 2011
N9 vs Felda Utd 2 Tahniah Jang
N9 melangkah ke separuh akhir
Credit to : n9kini
Thursday, 13 October 2011
Wednesday, 12 October 2011
KJ sekolahkan Ketua Pembangkang
TERBAIKK!!! Mohon Sebarkan. TAHNIAH Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin.. Biar Pakatan ni tahu kita ni siapa.. Diorang ni cuma tahu pandai berkata-kata je.. Terkebil-kebil Ahli Parlimen pembangkang kena serang dgn YB KJ.. Sampai Ketua Pembangkang panas telinga sampai keluar dewan.. macammana nak mentadbir negara, kena 'sound' sikit terus blah dewan.. Pigi lah Anwar.
Tuesday, 11 October 2011
Bob Lokman di tahan
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan penulis lirik,
pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Bob Lokman atas kesalahan
memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat malam
Isnin.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais.
“Beliau ditahan berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dihantar pada Selasa.
Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau menyampaikan apa-apa perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Difahamkan penulis lirik lagu 'Isabella' nyanyian kumpulan Search itu ditahan selepas menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui.
Turut ditahan Jais ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid yang menghadiri majlis berkenaan.
Mereka kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan.
Bob turut dilaporkan memberikan kenyataan kepada Jais di pejabat daerah Hulu Langat pada tengah hari Selasa.
Sementara itu, Bob yang dihubungi berkata, kehadirannya tidak mempunyai agenda tersembunyi mahupun mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu.
"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor.
"Tambah pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah disisi agama," katanya.
Pada 19 Februari lalu, Bob telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais.
“Beliau ditahan berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dihantar pada Selasa.
Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau menyampaikan apa-apa perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Difahamkan penulis lirik lagu 'Isabella' nyanyian kumpulan Search itu ditahan selepas menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui.
Turut ditahan Jais ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid yang menghadiri majlis berkenaan.
Mereka kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan.
Bob turut dilaporkan memberikan kenyataan kepada Jais di pejabat daerah Hulu Langat pada tengah hari Selasa.
Sementara itu, Bob yang dihubungi berkata, kehadirannya tidak mempunyai agenda tersembunyi mahupun mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu.
"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor.
"Tambah pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah disisi agama," katanya.
Pada 19 Februari lalu, Bob telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.
September lalu, Jais menegaskan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang berceramah atau menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di negeri berkenaan.
Marzuki dipetik sebagai berkata, tindakan tersebut adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang enggan membenarkan surau dan masjid sebagai tempat berpolitik.
Antara ahli politik dan tokoh agama yang pernah ditahan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah oleh Jais ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Jabatan agama itu juga sebelum ini telah menarik balik tauliah yang diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad. - mStar Online
Masuk negeri orang, ikut la undang2, jangan main serbu saja. Lagipun nak mengajar agama kena la tauliah, bukan suka2 hati dan syok sendiri. Selalunya yang syok sendiri ni la yang dok bagi masalah kat masyarakat, dok hentam fatwa dan ajaran sesat sesuka hati. Bob, hang buat lagi orang memang respek, tapi bila cakap pasal agama, dua tiga kali orang nak percaya Bob oi..
Labels:
Bob Lokman,
pas,
PR
Monday, 10 October 2011
Terhangat-Video Anwar Tgh Dap di Bangkok
Video ini adalah rakaman tulen dan sahih 100% ketulenannya. Pelaku
didalam video ini juga adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang mana
beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya.
Video diatas ini merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang
melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Rakyat PAS,DAP dan
PKR yang mana berlaku pada 13/01/2011. Waktu yang dicatatkan pula
adalah pada jam 1.54 am dan jam 8.30 am.
Untuk makluman pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar Ibrahim berada di Bangkok dan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau Anwar Ibrahim tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm.
Pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.
Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ tertentu dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang
Untuk makluman pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar Ibrahim berada di Bangkok dan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau Anwar Ibrahim tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm.
Pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.
Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ tertentu dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang
Dengan bukti nyata ini jelas memberikan kita rakyat Malaysia satu lagi
bukti nyata bahawa beliau Anwar Ibrahim cukup sinonim dengan aktiviti
maksiat melanggan pelacur ini. Video terdahulu yang menyaksikan rakaman
beliau Anwar Ibrahim terbukti sahih dan benar dan sehingga ke hari ini
juga beliau Anwar Ibrahim masih lagi enggan menjawap 5 soalan dari Dato
Eskay yang berhubungkait dengan video diatas iaitu:
1) sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2) siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3) di hotel mana Anwar menginap?
4) apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5) siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Rakaman penuh akan menyusul dan harus kita ingat bukan kami nak mengaibkan Anwar Ibrahim dan para keluarganya namun demi menyelamatkan rakyat Malaysia maka pekara sebegini haruslah didedahkan agar rakyat memilih pemimpin yang berkaliber bagi memimpin kita.
Anwar Ibrahim bercita cita menjadi seorang Perdana Menteri dan tanya dalam diri anda semua apakah anda inginkan seorang pemimpin yang Moral dan Ahlaknya sebegini yang melanggan pelacur setiap masa dan seorang Homoseksual?
1) sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2) siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3) di hotel mana Anwar menginap?
4) apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5) siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Rakaman penuh akan menyusul dan harus kita ingat bukan kami nak mengaibkan Anwar Ibrahim dan para keluarganya namun demi menyelamatkan rakyat Malaysia maka pekara sebegini haruslah didedahkan agar rakyat memilih pemimpin yang berkaliber bagi memimpin kita.
Anwar Ibrahim bercita cita menjadi seorang Perdana Menteri dan tanya dalam diri anda semua apakah anda inginkan seorang pemimpin yang Moral dan Ahlaknya sebegini yang melanggan pelacur setiap masa dan seorang Homoseksual?
Psssttt.... Part two on the way................ : )
Sumber : papagomo
Labels:
ANWAR IBRAHIM,
PELIWAT,
PKR,
PR
Saturday, 8 October 2011
Kedatangan NGO disambut kasar oleh penyokong Md Sabu
REMPUHAN dari penyokong pembangkang |
Mat Sabu sebelum ini mendakwa Mat Indera adalah wira sebenar dalam tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, bukannya anggota polis yang diserang kerana mereka bekerja dengan penjajah British.
Pada 21 Sept lalu Mat Sabu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi di Bukit Kepong sewaktu menyampaikan ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada Ogos lalu.
Berikutan itu, bantahan orang ramai terhadap kehadiran Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu ke Negeri Sembilan ini berterusan dan terbaru apabila beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepadanya pada sesi ceramah parti itu di Kampung Pulau Bintungan di sini malam semalam.
Bagaimanapun kumpulan yang diwakili terdiri daripada beberapa NGO yang diketuai Gerakan Memartabatkan Perjuangan Nasional (GMPN), kecewa selepas mereka dihalau dengan kasar oleh penyokong pembangkang ketika cuba menyerahkan memorandum kira-kira pukul 10.15 malam.
Berikutan itu, pihak pembangkang menyerang kumpulan berkenaan dan insiden tolak menolak berlaku sebelum pergaduhan tercetus antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kehadiran rombongan GMPN.
Beberapa ahli kumpulan berkenaan cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.
Keadaan kemudian tidak terkawal menyebabkan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis bergegas ke lokasi bagi meredakan keadaan.
Dua wakil GMPN akhirnya dibenarkan masuk bertemu Mat Sabu kira-kira pukul 10.30 malam selepas Ketua Cabang Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard keluar untuk berunding sebelum menyerahkan memorandum berkenaan.
Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya sebelum ia berakhir kira-kira pukul 12 malam.
Sementara itu, wakil GMPN, Mohd. Arafat Muhammad kesal dengan insiden tersebut kerana penganjur sebelum itu memaklumkan wakil mereka akan dibenarkan masuk tanpa sebarang halangan.
‘‘Sebelum ini kita telah berbincang dengan wakil penganjur sebelum ke kawasan ceramah itu kerana diberitahu empat wakil kami akan dibenarkan masuk menyampaikan memorandum kepada Mat Sabu,” katanya.
Sebelum ini kehadiran Mat Sabu turut dibantah oleh beberapa NGO yang membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini pada 24 September lalu berikutan kenyataannya menghina pejuang negara.
Malah peserta dari NGO berkenaan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.
Perkembangan itu menyebabkan beberapa siri pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.
Friday, 7 October 2011
Menteri Besar N9 menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai komprehensif dan kompetitif
SEREMBAN, 7 Okt. – Dato’
Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menyifatkan belanjawan 2012 ‘Dasar
Transformasi Nasional : Bajet Membela Rakyat, Mensejahterakan Negara’
yang di bentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak sebentar tadi sebagai mengagumkan dan bijaksana.
Menurut beliau, belanjawan yang di
bentangkan itu merangkumi semua aspek kesejahteraan dan tidak
meminggirkan sesetengah pihak ibarat seperti ‘rumah siap pahat
berbunyi’ dan ianya bukan belanjawan pilihanraya.
Apa yang di amati dari belanjawan yang
diumumkan itu, perdana menteri menyentuh pelbagai transformasi
melibatkan sektor pengindustrian, pendidikan modal insan, tarikan
pelaburan, perkhidmatan, pelancongan dan kebajikan.
Malahan ianya melibatkan rakyat yang
berpendapatan rendah sehingga berpendapatan tinggi dengan pemansuhan
cukai sehingga yuran pendidikan anak-anak juga di mansuhkan.
Jendela 9 edisi 80
KANDUNGAN BERITA :-
- PUSAT PENGUMPULAN SINGKIR EKSPLOITASI ORANG TENGAH
- PERTUBUHAN PELADANG LUNAS PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN
- MANFAAT LAMAN SOSIAL MEDIUM SEBAR MAKLUMAT TEPAT SAHIH
Bodoh pembangkang ni!! Sedap hati jer main tuduh UMNO
Protes yang dilakukan semalam adalah dari sekumpulan NGO yang menuntut Mat Sabu agar meminta maaf kerana kenyataan beliau mengenai isu Komunis yang hangat dipertikaikan oleh orang orang Melayu. Pemuda Rembau langsung tidak terlibat dalam cubaan menghantar memorundum kepada Mat Sabu.
Dengan itu semua tuduhan yang cuba memburukkan nama UMNO adalah permainan kotor PAS yang kini hilang arah dan cuba mahu memburukkan UMNO kerana menyedari hakikat bahawa UMNO telah mendapat kembali kepercayaan orang orang Melayu dan PAS kini semakin dibenci oleh orang orang Melayu.
Menurut Sdr Safariladira lagi kebanyakan orang yang datang pada ceramah Mat Sabu semalam adalah orang orang luar dan orang orang tempatan sebenarnya tidak menyokong Chegu Bard dan juga pembangkang. Ceramah yang diadakan semalam adalah satu cubaan provokasi pembangkang kepada UMNO namun mereka agak kecewa apabila UMNO tidak melayan mereka.Mereka begitu kecewa apabila NGO yang membuat bantahan dan kerana kekecewaan ini lah mereka terus menerus menuduh UMNO yang cuba menganggu ceramah mereka.
Menurut beliau : apa yang sebenarnya berlaku semalam, kekecohan yang berlaku bukan bermula dari NGO yang berhasrat menghantar memorandum kepada Mat Sabu. Ianya bermula apabila penyokong PAS dan Unit Amal Pas bertindak menyerang mereka sehingga mereka terpaksa berundur seketika dan setelah diadakan satu perbincangan mereka akhirnya berjaya menyampaikan memorandum berkenaan.
“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang
Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang
daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan
bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca
bagi kali kedua.
MUQADDIMAH
Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan Yang di-Pertua,
Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.
Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.
Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4:
“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni
Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan
lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”
1. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di
atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia.
Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai
sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang
Maha Berkuasa.
2. Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh
yang singkat, kita telah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan
pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden
berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang
bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Ia hasil ikatan
antara Kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung
ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik
dan pelaksanaan berkesan. Inilah limpahan rahmat kepada negara yang
mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjak merdeka. Kerajaan yang
bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba
tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena’kul,
merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat
dan kesejahteraan negara.
Tuan Yang di-Pertua,
3. Kisah kejayaan seumpama ini, bukan satu kelaziman, ia sebenarnya
satu keluarbiasaan. Jika diimbau, terdapat banyak negara di dunia yang
mempunyai lebih banyak potensi untuk berjaya daripada Malaysia di awal
merdeka, namun, mereka telah rebah tersungkur di tengah jalan walaupun
mengendong sarat hasil bumi, malah, tidak terbeban pula oleh faktor
garis rekahan yang berpotensi memusnah, seperti, kemajmukan kompleks,
perbezaan sosioekonomi yang terikat dengan faktor etnik sekalipun
pemisahan fizikal wilayah negara.
4. Jelas termaktub dalam sisir masa, cerita kejayaan pembangunan
Malaysia bukan semata-mata kisah yang dilakar di bilik-bilik Lembaga
Pengarah bangunan-bangunan pencakar langit. Ia adalah citra yang
dinukil pak tani di sawah, nelayan di laut, peneroka di ladang, penoreh
getah di estet, penanam sayur di pinggir bandar, pekerja industri di
kilang-kilang, usahawan-usahawan bertatih di juang niaga, barisan
penjawat awam, guru dan pendidik di bilik-bilik darjah, para pensyarah
di kuliah, anggota keselamatan di medan-medan, para profesional,
budayawan, seniman, pendek kata seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum, kepercayaan, gender mahupun status ekonomi.
5. Setelah 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan
Jangka Panjang yang masing-masing berpayung di bawah Dasar Ekonomi Baru
antara 1971 hingga 1990, Dasar Pembangunan Nasional melewati
tempoh-tempoh 1991 sampai tahun 2000 dan Dasar Wawasan Nasional yang
merentasi 2001 hingga 2010, hari ini, kita sederap untuk menyambung
langkah menuju negara maju berpendapatan tinggi.
6. Seperti mana semua mengetahui, saya telah memulakan pentadbiran
ini dengan menggariskan falsafah pemandu 1Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Kemudian, ia telah disusuli dengan pelaksanaan
Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan 7 NKRA, Program Transformasi
Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, Model Baru Ekonomi dengan 8 SRI dan
baru-baru ini, Program Transformasi Politik yang akan menyaksikan
proses besar islah undang-undang bagi membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang moden, progresif sekaligus demokrasi yang berfungsi.
Selain itu, dari masa hingga masa, bagi melengkapkan segala-galanya,
Kerajaan akan memetakan lagi beberapa program transformasi sektoral.
Kemuncaknya, kesemua program dan inisiatif ini akan berpayung pada
Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang mula berlangsung pada tahun
2011 sehinggalah 2020.
Tuan Yang di-Pertua,
7. Kemasukan pelaburan langsung asing telah kembali rancak dan
menunjukkan trend yang meningkat. Pelaburan langsung asing (FDI)
berkembang 6 kali ganda kepada 29 bilion ringgit pada tahun 2010,
mencatat pertumbuhan yang tertinggi di Asia. Kemasukan FDI terus
melonjak kukuh sebanyak 75 peratus kepada 21.2 bilion ringgit dalam
tempoh 6 bulan pertama 2011 berbanding 12.1 bilion ringgit bagi tempoh
yang sama tahun 2010. Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka
berkembang kukuh 15.9 peratus disokong oleh peningkatan kemasukan
pelaburan langsung asing dan domestik.
8. Asas ekonomi negara kekal utuh. Sistem kewangan dan perbankan
negara terus teguh dengan nisbah modal wajaran risiko adalah 14.8
peratus, jauh melebihi paras keperluan 8 peratus dalam piawaian
antarabangsa. Rizab antarabangsa terus kukuh mencatat 414.5 bilion
ringgit pada 15 September 2011, mampu membiayai 9.5 bulan import
tertangguh serta 4.5 kali hutang luar jangka pendek. Pendapatan per
kapita dianggarkan meningkat kepada 28,725 ringgit pada tahun 2011
berbanding 26,175 ringgit pada tahun 2010.
9. Berikutan pertumbuhan ekonomi global tidak menentu, perdagangan
luar sederhana, tekanan inflasi meningkat serta suasana geopolitik yang
bergolak, pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh separuh pertama 2011
mencatat 4.4 peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh perkembangan
ekonomi domestik yang kekal tegap. Momentum ini dijangka meningkat
dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan dan pelaburan
swasta yang lebih rancak. Dengan ini, pertumbuhan ekonomi bagi tahun
2011 dianggar berkembang 5 hingga 5.5 peratus.
10. Bagi tahun 2012 pula, prospek ekonomi global dijangka lebih
mencabar. Tabung Kewangan Antarabangsa telah menyemak semula
pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4 peratus dan perdagangan dunia kepada
5.8 peratus. Ini berikutan kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat,
Eropah dan Jepun, tekanan inflasi akibat kenaikan harga komoditi,
krisis hutang negara Eropah serta perdagangan dunia yang lebih
perlahan. Perkembangan global ini sudah tentunya memberi impak langsung
ke atas ekonomi Malaysia.
11. Mengambil kira faktor ini, Kerajaan akan menyusun strategi
merancakkan aktiviti ekonomi domestik terutamanya pelaburan swasta dan
awam, serta penggunaan swasta. Pelaburan swasta dan awam dijangka
meningkat 15.9 peratus dan 7 peratus, disokong oleh peningkatan
pelaburan langsung asing, pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua
(RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10). Penggunaan
swasta di unjur meningkat 7.1 peratus berikutan peningkatan pendapatan
boleh guna dan prospek pekerjaan yang lebih positif. Dari sudut
penawaran, sektor perkhidmatan dijangka berkembang 6.5 peratus manakala
sektor pembinaan meningkat 7 peratus. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi
negara bagi tahun 2012 diunjurkan antara 5 hingga 6 peratus.
PERUNTUKAN BAJET 2012
Tuan Yang di-Pertua,
12. Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi
melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan
program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI khususnya menumpukan
kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion
ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion
ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.
13. Di bawah peruntukan mengurus, 52 bilion ringgit adalah bagi
Emolumen dan 30.5 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan
Bekalan. Manakala, 96.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian
dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan untuk
Pembelian Aset dan baki 1.5 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.
14. Bagi peruntukan pembangunan pula, 29.8 bilion ringgit disediakan
bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur,
perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah
13.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk
pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta
pembangunan masyarakat. Seterusnya, 4.4 bilion ringgit diperuntukkan
bagi pembangunan sektor keselamatan, 1.4 bilion ringgit bagi
pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.
15. Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012,
jumlahnya dianggarkan meningkat 1.9 peratus kepada 186.9 bilion
ringgit, berbanding 183.4 bilion ringgit pada tahun 2011. Dengan
mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan
Persekutuan bagi tahun 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7
peratus daripada KDNK, berbanding 5.4 peratus pada tahun 2011.
16. Dalam menangani persekitaran luar yang semakin mencabar usaha
akan terus dilaksanakan bagi memperkukuh ekonomi domestik. Bagi terus
memantapkan pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan akan melaksanakan
Pakej Rangsangan Khas dibiayai melalui Private Financing Initiative
(PFI). Kaedah ini telah terbukti berjaya merangsangkan ekonomi negara
melalui penambahan projek-projek yang produktif dan boleh meningkatkan
kesejahteraan rakyat. Melalui inisiatif ini, beberapa projek awam
seperti pembaikan dan penyelenggaraan sekolah, termasuk pembinaan blok
baru, menaiktaraf hospital, rancangan tebatan banjir, menaiktaraf
infrastruktur asas luar bandar serta pembinaan perumahan rakyat
termasuk perumahan golongan nelayan dan golongan berpendapatan rendah
dapat dilaksanakan. Bagi tahun 2012, jumlah projek melalui Pakej
Rangsangan Khas ini berjumlah 6 bilion ringgit akan dilaksanakan.
FOKUS BAJET 2012
Tuan Yang di-Pertua,
17. Dengan izin Allah SWT jua, Bajet 2012 dirangka dan dirancang
bertemakan “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT,
MENSEJAHTERA NEGARA” dengan memberi penekanan kepada lima fokus utama.
FOKUS PERTAMA: MELIGAT PELABURAN
18. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar
kepada ekonomi negara dengan mencatatkan hampir 58 peratus kepada KDNK.
Di bawah RMKe-10, Kerajaan mensasarkan sektor ini mencapai 60 peratus
kepada KDNK menjelang tahun 2015. Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi
subsektor perkhidmatan secara berfasa pada tahun 2012, merangkumi
perkhidmatan hospital swasta; perkhidmatan pakar perubatan dan
pergigian; arkitek; kejuruteraan; perakaunan dan percukaian;
perundangan; perkhidmatan kurier; perkhidmatan pendidikan dan latihan;
serta perkhidmatan telekomunikasi. Inisiatif ini akan membolehkan hak
pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
19. Tahun 2012 juga merupakan tahun pertama pelaksanaan Rolling Plan
Kedua bagi Rancangan Malaysia Ke-10 dengan peruntukan sebanyak 98.4
bilion ringgit, 49.2 bilion ringgit bagi tahun 2012 dan 49.2 bilion
ringgit lagi bagi tahun 2013. Rolling Plan Kedua akan menumpukan kepada
projek pembangunan berimpak tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Serentak itu, untuk mempastikan setiap sen yang
dibelanjakan membawa manfaat kepada rakyat, pengurusan nilai, akan
terus diamalkan bagi projek baru bernilai 50 juta ringgit ke atas.
20. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah:
• Projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru;
• Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping, Lebuhraya Segamat – Tangkak dan Lebuhraya Central Spine serta pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau; dan
• Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.
• Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping, Lebuhraya Segamat – Tangkak dan Lebuhraya Central Spine serta pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau; dan
• Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.
21. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, Kerajaan telah menyediakan
peruntukan sebanyak 20 bilion ringgit di bawah Dana Mudahcara
perkongsian awam-swasta atau PPP. Ia berperanan sebagai tipping point
bagi membantu sektor swasta membangunkan projek yang mempunyai nilai
strategik kepada negara. Daripada jumlah ini, 18 bilion ringgit untuk
kegunaan projek berimpak tinggi manakala 2 bilion ringgit untuk projek
melibatkan usahawan Bumiputera. Bagi tahun 2012 pula, Kerajaan
memperuntukkan 2.5 bilion ringgit di bawah dana ini dan dijangka 300
juta ringgit akan digunakan oleh usahawan Bumiputera.
22. Bagi tahun 2012, Kerajaan akan memperuntukkan 978 juta ringgit
untuk merancakkan pembangunan di lima wilayah koridor. Di antara projek
yang akan dilaksanakan adalah, pembinaan lebuh raya persisiran pantai
Johor Bahru-Nusa Jaya di Iskandar Johor; projek pelancongan warisan
Taiping di Koridor Utara; projek agropolitan Besut di Koridor Pantai
Timur; projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit Lahad Datu di
Wilayah Koridor Sabah dan projek bekalan air Samalaju di Wilayah
Koridor Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua,
23. Dalam ikhtiar merancakkan industri perbankan, kewangan dan
pasaran modal, usaha berterusan diperlukan bagi menggalakkan
pembangunan perkhidmatan kewangan yang lebih berintegrasi serta
komprehensif. Ia dapat dicapai dengan penubuhan Pusat Pengurusan
Perbendaharaan yang akan membangunkan Malaysia sebagai pusat kewangan
berdaya saing di rantau ini. Bagi menarik syarikat multinasional
memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan
Perbendaharaan, Kerajaan mencadangkan pakej galakan berikut:
Pertama: Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama 5 tahun;
Kedua: Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman; dan
Ketiga: Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua,
24. Seperti dibentang dalam Bajet 2011, Kerajaan bersetuju untuk
membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIFD dan
menimbang pakej insentif yang menarik. Dengan itu, saya mencadangkan:
Pertama: Pengecualian cukai pendapatan seratus peratus bagi tempoh
sepuluh tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian
pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD;
Kedua: Elaun Bangunan Industri dan Elaun Modal Dipercepatkan bagi syarikat berstatus KLIFD Marquee; dan
Ketiga: Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
25. Merujuk industri kewangan Islam pula, ia telah berkembang pesat
sejak sedekad lalu yakni 22 peratus kepada jumlah keseluruhan aset
kewangan berbanding 6.9 peratus pada tahun 2000. Industri kewangan
Islam menyumbang 11 peratus kepada jumlah pekerjaan sektor kewangan
negara. Sektor perbankan Islam dan takaful terus mencatatkan
pertumbuhan dua digit dalam tempoh lima tahun yang lepas.
26. Pasaran sukuk Malaysia juga terus menjadi pasaran bon Islam
terbesar di dunia mewakili dua per tiga daripada sukuk terkumpul
global. Kita juga menjadi perintis dalam mencipta produk kewangan Islam
berinovatif. Pada tahun ini, kita berjaya menerbitkan Sukuk Global
Wakala pertama di dunia bernilai dua bilion dolar Amerika dengan
lebihan langganan 4.5 kali ganda. Hakikat ini menjadi bukti
meningkatnya keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara dan penerimaan
dunia terhadap produk kewangan Islam terbitan Malaysia. Lantaran itu,
bagi terus menggalakkan penerbitan sukuk yang menggunakan struktur
wakala, potongan cukai diberi bagi tempoh tiga tahun ke atas
perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
Manakala, pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus
niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi selama tiga tahun sehingga
taksiran 2014.
27. Di sudut lain, Exchange Traded Fund atau ETF merupakan salah
satu produk kewangan inovatif. Cabaran krisis kewangan dunia yang
berlaku pada tahun 2008 telah membuatkan para pelabur menilai semula
tahap risiko pelaburan mereka dan beralih kepada ETF. Ciri kepelbagaian
portfolio yang merangkumi keseluruhan spektrum ekuiti, bon dan komoditi
membolehkan para pelabur meneroka peluang pelaburan baru melalui
pasaran ETF. Untuk merancakkan lagi pembangunan produk ETF, I-VCap,
anak syarikat Valuecap Sendirian Berhad akan menyediakan dana permulaan
patuh Syariah berjumlah 200 juta ringgit. Dana ini akan memberi
pinjaman secara pemadanan dengan jumlah maksimum 20 juta ringgit.
Tuan Yang di-Pertua,
28. InsyaAllah, Kerajaan bercadang untuk menyenaraikan FELDA Global
Ventures Holdings atau FGVH sebelum pertengahan tahun 2012 bagi
menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus
konglomerat global. Penyenaraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi
syarikat blue chip perladangan di samping meningkatkan minat pelabur
antarabangsa terhadap Bursa Malaysia. Walau apa pun, hak dan faedah
peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majoriti saham oleh
Koperasi Permodalan FELDA. Apa yang mustahak, setiap peneroka akan
menerima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan nanti,
sebelum penyenaraian dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua,
29. Menyedari pula keperluan mempelbagaikan produk pasaran modal
bagi menarik pelaburan tempatan dan asing, Kerajaan telah memberi kadar
cukai konsesi 10 peratus ke atas dividen pelabur institusi bukan
korporat dan pelabur individu dalam Amanah Pelaburan Hartanah sehingga
31 Disember 2011. Bagi terus menggalakkan perkembangan industri ini,
Kerajaan mencadangkan galakan cukai dilanjutkan selama 5 tahun lagi
mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.
30. Seperti yang dimaklumi, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)
menyumbang hampir 31 peratus kepada KDNK, 56 peratus kepada tenaga
kerja dan mencakupi 19 peratus daripada jumlah eksport. Sebagai usaha
meningkatkan lagi sumbangan PKS kepada pertumbuhan ekonomi, satu skim
Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah dua bilion ringgit yang
dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih akan diwujudkan pada 2012.
Seiring maksud ini, Kerajaan akan menanggung dua peratus daripada kadar
keuntungan pembiayaan.
31. Selanjutnya, kita tahu bahawa, kegagalan usahawan bukan semuanya
disebabkan oleh ketidakupayaan berniaga tetapi juga oleh faktor di luar
kawalan seperti kemelesetan ekonomi dan kenaikan kos. Gagal sekali
tidak bermakna gagal selama-lamanya atau pintu kejayaan telah tertutup.
Usahawan yang ikhlas dan gigih dalam perniagaan mesti diberi peluang
kedua. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan SME Revitalisation
Fund dengan dana 100 juta ringgit. Skim ini menawarkan pinjaman mudah
dengan maksimum satu juta ringgit kepada golongan peniaga untuk
membangunkan semula perniagaan mereka. Dana ini akan diuruskan oleh SME
Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
32. Kerajaan juga bercadang untuk menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS
sebanyak 10 juta ringgit untuk membantu PKS yang terlibat dengan
bencana alam. Penubuhan dana ini adalah satu langkah proaktif bagi
membantu PKS supaya dapat beroperasi semula seperti biasa dalam tempoh
yang singkat. Dana ini akan disalurkan kepada PKS dalam bentuk geran
dan pinjaman mudah melalui SME Corporation dan MIDF. Skop pembiayaan
dana akan meliputi pembelian mesin dan peralatan untuk menggantikan
mesin yang musnah dalam bencana alam, pembelian bahan mentah dan
membaik pulih premis.
33. Menyentuh perniagaan francais pula, kita dapati, francais oleh
syarikat tempatan dapat memperkasakan jenama Malaysia. Jadinya, bagi
terus menyokong pembangunan industri francais tempatan, Kerajaan
mencadangkan fi francais yang ditanggung oleh francaisi dibenarkan
potongan cukai. Kerajaan menyeru syarikat francais tempatan tidak
melepaskan peluang untuk terus berusaha dan memantapkan lagi perniagaan
termasuklah mengembangkan sayapnya ke luar negara.
34. Dalam usaha memajukan teknologi hijau dan menjamin kelestarian
pembangunan negara, pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais
kepada pemegang francais akan terus diberi bagi mengimport kereta
hibrid dan kereta elektrik. Pengecualian cukai ini dilanjutkan sehingga
31 Disember 2013.
35. Berkaitan pelancongan pula, pada tahun 2010, sektor ini berjaya
menarik seramai 25 juta pengunjung asing dengan pendapatan 56 bilion
ringgit. Bagi terus menggalakkan pelancong dari dalam dan luar negara,
destinasi menarik khususnya Pulau Langkawi akan dibangunkan semula.
Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan
dilancarkan dengan peruntukan pembangunan 420 juta ringgit. Antara
inisiatif yang akan diambil ialah menyusun semula Lembaga Pembangunan
Langkawi, penubuhan pasukan renjer hutan, menaik taraf muzium, kawasan
pantai dan perniagaan serta menyediakan sistem pengangkutan yang lebih
efisien.
36. Kerajaan juga akan terus membantu sektor swasta menyediakan
lebih banyak kemudahan penginapan bagi menarik pelancong berbelanja
tinggi. Bagi menggalakkan lagi pelaburan dalam bidang perhotelan
setanding dengan hotel terkemuka di dunia, Kerajaan mencadangkan
pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf empat dan lima bintang
di Semenanjung Malaysia diberi galakan Taraf Perintis dengan
pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai
Pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun. Galakan cukai
yang serupa telah diberi kepada pengusaha hotel di Sabah dan Sarawak.
Di samping itu, Kerajaan akan memperbadankan Malaysia Healthcare Travel
Council bagi membangun dan mempromosi negara sebagai destinasi utama
penjagaan kesihatan di rantau ini.
37. Berhubung kadar cukai keuntungan harta tanah (RPGT), kadar tetap
RPGT yang rendah iaitu lima peratus didapati tidak begitu berkesan
untuk membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah yang mana
jika tidak dikawal akan memberi tekanan kepada harga hartanah. Situasi
ini dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kemampuan golongan
berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah. Bagi menangani
masalah ini, Kerajaan mencadangkan kadar RPGT dikaji semula. Bagi
hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun,
kadar RPGT adalah 10 peratus. Bagi hartanah yang dilupuskan dalam
tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun, RPGT dikekalkan pada
kadar lima peratus. Bagi hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun
pula, RPGT tidak dikenakan. Saya yakin, kadar RPGT yang masih rendah
ini tidak menjejaskan pemilik hartanah tulin dan sekali gus dapat
mengawal aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah.
Tuan Yang di-Pertua,
FOKUS KEDUA: MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
38. Sememangnya, inovasi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak
ke tahap yang lebih tinggi. Inovasi mencetuskan idea baru yang dirubah
menjadi nilai komersial berdaya maju. Justeru, institusi penyelidikan
perlu menyusun semula strategi untuk menterjemahkan hasil R&D
kepada produk yang bernilai komersial. Inovasi perlu diterap dan
diamalkan oleh semua, termasuk sektor swasta, sektor awam, NGO, ibu
bapa, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, hatta kanak-kanak
prasekolah. Dengan ini, sukacita saya mengumumkan tahun 2012 sebagai
tahun Gerakan Inovasi Nasional. Bagi menjayakan hasrat ini, Kerajaan
telah mengatur beberapa inisiatif strategik dengan peruntukan 100 juta
ringgit seperti berikut:
Pertama: Melaksana program penerapan dan pembangunan inovasi di
peringkat sekolah dan IPTA serta di kawasan luar bandar. Program ini
akan dijalankan melalui kerjasama antara agensi Kerajaan dan NGO;
Kedua: Meneruskan pelaksanaan program Jejak Inovasi oleh Yayasan
Inovasi Malaysia untuk menggalakkan pencetusan idea baru dan
pengkomersialan produk inovasi hasil penciptaan rakyat terutamanya di
luar bandar;
Ketiga: Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA) bagi
mengiktiraf reka cipta pelajar dan belia yang paling inovatif di
peringkat nasional. Program ini akan dilaksanakan oleh NGO dengan
kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;
Keempat: Memupuk budaya inovasi melalui program realiti dan
dokumentari inovasi di media elektronik serta penerbitan artikel di
media cetak;
Kelima: Mempastikan sesuatu produk melalui market validation untuk
menentukan daya maju komersial. Untuk ini, Market Validation Fund
dengan peruntukan permulaan 30 juta ringgit akan diwujud dan diuruskan
oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan
kerjasama Agensi Inovasi Malaysia;
Keenam: Lebih daripada 300 harta intelek dalam bentuk produk dan
teknologi baru daripada universiti akan ditawarkan kepada sektor swasta
untuk dikomersialkan. Jangkaan Gross National Income atau GNI yang
dijana adalah melebihi 30 billion ringgit sehingga tahun 2020; dan
Ketujuh: Menganjur World Innovation Forum dan Asia Business Angel
Forum pada tahun 2012. Inisiatif ini merupakan sebuah platform untuk
menemukan pelabur dan pembiaya serta komuniti usahawan.
39. Untuk membolehkan syarikat PKS memulakan perniagaan produk
penyelidikan baru dan pengkomersialan, Kerajaan akan menyediakan Dana
Inovasi Pengkomersialan patuh syariah berjumlah 500 juta ringgit pada
kadar keuntungan yang menarik. Dana ini membiayai syarikat PKS di mana
produknya telah menjalani proses pengesahan pengkomersialan pasaran.
Dana ini akan disediakan oleh bank-bank Islam terpilih mulai tahun 2012
dengan Kerajaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan.
40. Dalam aspek ini juga, industri perkhidmatan reka bentuk yang
meliputi kreativiti dan inovasi dapat menyumbang kepada peningkatan
fungsi dan keselamatan produk, pengurangan kos serta memenuhi cita rasa
pengguna masa kini. Di samping itu, industri ini juga memainkan peranan
penting untuk terus meningkatkan produktiviti, kualiti dan daya saing
produk. Bagi menggalakkan kreativiti, inovasi dan teknologi moden yang
melibatkan pereka bentuk tempatan, Kerajaan mencadangkan perkhidmatan
reka bentuk industri diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian
cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun.
Tuan Yang di-Pertua,
41. Ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sesebuah
tamadun dan pelapik asas bagi mencapai kecemerlangan. Jadinya, untuk
menuju aspirasi negara maju berpendapatan tinggi, Kerajaan memberi
keutamaan kepada pembangunan sistem pendidikan yang dapat melahirkan
tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi, mempunyai daya kreativiti
serta berinovatif. Sektor pendidikan akan diperuntukkan 50.2 bilion
ringgit bagi tahun 2012. Bagi Kementerian Pelajaran, peruntukan
pembangunan sebanyak 1.9 bilion ringgit akan dibelanjakan untuk semua
jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan.
42. Sebagai tambahan, peruntukan 1 bilion ringgit akan diwujudkan
melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan
Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan
sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok
tambahan. Daripada peruntukan tersebut, 500 juta ringgit kepada Sekolah
Kebangsaan, 100 juta ringgit disediakan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina, 100 juta ringgit Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 100 juta ringgit
Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan
100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.
Tuan Yang di-Pertua,
43. Bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar
sosioekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan
akan mempastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi
sekolah rendah dan
33 ringgit 50 sen bagi sekolah menengah untuk
bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi
persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita
diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah
dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma.
Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak 150
juta ringgit.
44. Sektor swasta turut memainkan peranan penting dalam menyediakan
pendidikan berkualiti untuk melahirkan generasi masa hadapan yang
cemerlang. Oleh itu, Kerajaan mencadangkan sekolah swasta yang
berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan memenuhi peraturan yang
ditetapkan diberi galakan berikut:
Pertama: Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau
Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal
dalam tempoh lima tahun;
Kedua: Potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing; dan
Ketiga: Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan pembelajaran.
Kerajaan berharap, dengan adanya penjimatan kos ini kepada
pengendali sekolah swasta, sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan
sedikit yuran sekolah para pelajar, agar beban para ibu bapa dapat
diringankan.
45. Institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar,
termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah
mubaligh dan sekolah agama, seringkali menerima sumbangan kewangan
daripada syarikat dan orang perseorangan bagi menambah baik kemudahan
di sekolah-sekolah tersebut. Bagi menggalakkan orang ramai menyumbang
kepada sekolah-sekolah tersebut, maka sumbangan seperti ini diberi
potongan cukai. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada semua
tempat-tempat ibadat yang berdaftar. Kerajaan akan menyegerakan
kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah
ibadat dalam tempoh masa yang singkat.
46. Di samping itu, sektor swasta adalah disaran untuk berganding
bahu memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. Untuk
ini, Kerajaan mencadangkan pemberian galakan cukai berikut:
Pertama: Potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program Internship;
Kedua: Potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa; dan
Ketiga: Potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.
Tuan Yang di-Pertua,
FOKUS KETIGA: PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
47. Program Transformasi Luar Bandar atau RTP merupakan pelengkap
program transformasi menyeluruh negara. RTP akan mentransformasikan
kawasan luar bandar supaya mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan
peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda
kembali berkhidmat. Oleh itu, Kerajaan akan melaksanakan beberapa
langkah seperti berikut:
Pertama: Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC sebagai
pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan
pengedaran hasil pengeluaran pertanian; perbankan dan insurans; khidmat
nasihat perniagaan; latihan dan kemahiran; klinik serta ruang niaga.
Buat permulaan, Terminal Agrobisnes Negara atau TEMAN sedia ada di
Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Gopeng, di Perak akan dimajukan sebagai
projek perintis RTC. Di samping itu, empat lagi RTC akan dibangunkan di
Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak;
Kedua: Mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan
profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di
pekan-pekan kecil. Bagi tujuan ini, dana berjumlah 100 juta ringgit
akan disediakan oleh BSN secara pinjaman mudah dengan kadar faedah
empat peratus. Di samping itu, surat cara perjanjian pembiayaan skim
ini turut diberi pengecualian duti setem; dan
Ketiga: Melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500
hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang melibatkan
tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan
peruntukan sebanyak 110 juta ringgit. Di samping itu, RISDA akan
melaksanakan program tanaman baru getah dan penanaman semula getah
serta kelapa sawit dengan peruntukan 140 juta ringgit yang akan
memanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.
48. Seterusnya, untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas
luar bandar secara lebih komprehensif, peruntukan lima bilion ringgit
akan disediakan pada tahun 2012. Daripada jumlah tersebut, 1.8 bilion
ringgit bagi Program Jalan Luar Bandar dan Projek Jalan Perhubungan
Desa untuk membina 2,749 kilometer jaringan jalan raya yang membawa
manfaat kepada 1.76 juta penduduk luar bandar. Di samping itu, 2.1
bilion ringgit disediakan bagi memperluas liputan bekalan air bersih
kepada 200 ribu rumah serta 1.1 bilion ringgit lagi untuk bekalan
elektrik luar bandar kepada 39 ribu buah rumah, khususnya di Sabah dan
Sarawak.
49. Melihat kepada kejayaan pelaksanaan Projek Penyelenggaraan
Infrastrukur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dalam
menaiktaraf infrastruktur asas terutamanya di luar bandar, Kerajaan
akan memperuntukkan sejumlah 500 juta ringgit lagi demi melangsungkan
terus usaha mulia tersebut. Apa yang mustahak, pelaksanaan PIA dan PIAS
ini akan melibat penyertaan hampir 29,000 kontraktor Kelas F yang
berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.
Tuan Yang di-Pertua,
50. Kerajaan amat menitikberatkan bekalan air bersih khususnya
kepada masyarakat luar bandar termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak. Walau bagaimanapun, tempoh pelaksanaan projek bekalan air
retikulasi ke pedalaman Sabah dan Sarawak mengambil masa yang lama.
Sebagai langkah segera, Kerajaan telah membekalkan 20 ribu tangki
menggunakan kaedah tadahan air hujan, untuk penduduk pedalaman Sarawak,
terutama penduduk rumah panjang yang melibatkan perbelanjaan 52 juta
ringgit. Kemudahan ini memberi faedah kepada hampir 100 ribu penduduk.
Bagi tahun 2012, program ini akan dipanjangkan pula kepada negeri Sabah
dengan peruntukan 50 juta ringgit.
51. Di kawasan FELDA pula, infrastruktur sistem bekalan air yang
telah beroperasi melebihi 50 tahun tidak lagi dapat beroperasi dengan
baik kerana kebanyakannya telah usang. Keadaan ini telah menyebabkan
berlakunya krisis kekurangan dan gangguan bekalan air yang kritikal di
sesetengah kawasan FELDA, terutamanya di Pahang, Kedah, Kelantan dan
Terengganu. Justeru, Kerajaan akan memperuntukkan 400 juta ringgit bagi
kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat
di kawasan-kawasan FELDA yang terpilih.
52. Sementara itu juga, Kerajaan menyedari masih terdapat estet yang
belum mempunyai kemudahan bekalan air bersih. Sebagai permulaan,
Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan 50 juta ringgit untuk
menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkan penyambungan dari
estet ke paip utama sedia ada. Kerajaan juga bersetuju supaya Pihak
Berkuasa Bekalan Air mengenakan tarif domestik kepada perumahan pekerja
estet berbanding dengan tarif industri yang dikenakan sekarang.
Kementerian Sumber Manusia akan dipertanggungjawab untuk menyelaras dan
memantau pelaksanaan kemudahan bekalan air ini.
Tuan Yang di-Pertua,
53. Bagi meningkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kepada
penduduk luar bandar, BSN akan melantik agen-agen di kawasan luar
bandar di seluruh negara untuk menyediakan perkhidmatannya. Dalam
tempoh tiga tahun akan datang, BSN akan melantik sejumlah lima ribu
agen. Di peringkat permulaan, perkhidmatan yang disediakan meliputi
transaksi simpanan dan pengeluaran, pembayaran bil serta pembelian
Sijil Simpanan Premium. BSN akan menyediakan 50 juta ringgit bagi
membiayai pembangunan sistem, latihan kepada agen dan kos operasi.
54. Selain itu, saya amat maklum bahawa masyarakat luar bandar
sering menghadapi masalah perkhidmatan bas yang kurang memuaskan. Bagi
menyediakan kemudahan yang lebih selesa, boleh dipercaya dan
berkualiti, peruntukan tambahan 150 juta ringgit akan disalurkan kepada
Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam di SME Bank. Dengan yang demikian,
pengusaha bas berhenti-henti, bas mini dan bas sekolah boleh memohon
pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus untuk membeli atau
membaik pulih bas. Kemudahan pembiayaan ini akan disediakan mulai 1
Januari 2012.
55. Dalam pada itu, seperti yang terlukis pada gagasan mulia
1Malaysia, tidak ada mana-mana pihak, etnik atau kaum yang akan
dipinggirkan. Semuanya mempunyai saham dan hasil mahsul dalam cerita
kejayaan Malaysia. Begitulah dari masa ke semasa pula, pembangunan dan
kebajikan Orang Asli terus menjadi agenda penting Kerajaan. Pada waktu
ini, terdapat seramai 190 ribu Orang Asli di seluruh negara dengan
majoritinya tinggal di Pahang dan Perak. Bagi tahun 2012, Kerajaan akan
memperuntukkan 90 juta ringgit untuk penyediaan kemudahan asas termasuk
memperluaskan projek bekalan air terawat serta program penjanaan
pendapatan. Sememangnya, Kerajaan amat bersimpati dengan bencana tanah
runtuh yang berlaku di kawasan Sungai Ruil, Cameron Highlands baru-baru
ini. Untuk mempastikan keselamatan penduduk Orang Asli di kawasan
tersebut, Kerajaan dengan ini memperuntukkan 20 juta ringgit bagi
pemindahan penduduk ke kawasan perumahan baru.
Tuan Yang di-Pertua,
FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
56. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan
Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM.
Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan
Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih
dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan
memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan
pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan
atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.
SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:
Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat
awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan
perkhidmatan;
Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan
gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat
awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.
Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi
daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada
gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di
bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada
8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini,
yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52
sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada
5,370 ringgit;
Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah
mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih
baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu
sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim
baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun
ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred
29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa
10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun
sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini
bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah
time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991.
Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan
antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi
penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah
kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
57. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang
ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara
Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600
juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan
kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu
menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
58. Dunia yang semakin maju menyaksikan keterdepanan dalam teknologi
dan sains perubatan. Hari ini, kita adalah sebuah negara yang secara
relatifnya muda namun suka tidak suka, pada suatu masa nanti kita turut
akan menghadapi fenomena biasa yang berlaku kepada mana-mana negara
sedang meningkat maju dan maju. Antara elemennya, kadar kelahiran
berkurang, keluarga memilih untuk mempunyai bilangan anak yang lebih
kecil dan kadar penuaan meningkat. Lalu, adalah tidak ekonomikal
sifatnya dalam keadaan begini jika umur persaraan tidak dilanjutkan,
sedangkan harus barang diingat bahawa kerajaan akan menanggung kos
gratuiti dan pembayaran pencen.
59. Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60
tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan
pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur
persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan
sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan
menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam
dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.
Tuan Yang di-Pertua,
60. Kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa
usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung
malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Untuk menjadi
pelaksana yang berkesan kepada dasar-dasar kerajaan, penjawat awam
mesti sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan, mempunyai
pemikiran dinamik dan analitis.
61. Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran
pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat
lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan
kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana
dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang
layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta
ringgit. Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru
diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda.
Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 80 juta ringgit
bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para penjawat
awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan
bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.
62. Salah satu daripada lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik yang
telah dikenal pasti dalam mentransformasikan negara adalah
Penambahbaikan Kewangan Sektor Awam atau Public Finance Reform.
Inisiatif ini akan dapat meningkatkan keberkesanan dan ketelusan
pengurusan kewangan sektor awam. Selain itu, sistem pentadbiran cukai
yang cekap dan berkesan merupakan prasyarat untuk memperluaskan asas
cukai dan meningkatkan pematuhan oleh pembayar cukai. Langkah
penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan melaksanakan operasi
bersepadu bersama agensi berkaitan, di samping memperkukuhkan sistem
ICT agensi pengutip hasil.
63. Kerajaan juga tentunya menghargai khidmat dan jasa kakitangan
yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),
Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berjumlah
seramai 4,300 orang. Bagi membantu golongan ini meringankan kos sara
hidup, Kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak tiga ribu ringgit
secara one-off.
Tuan Yang di-Pertua,
64. Lanjutan daripada ucapan saya sempena Hari Malaysia 16hb
September baru-baru ini, kita bakal menempa wajah baru landskap
sosiopolitik negara. Pemansuhan, pemindaan dan penggubalan kerangka
perundangan baru bagi mengimbangi antara kepentingan keselamatan negara
dan kebebasan individu akan memerlukan ‘Policing in a modern and open
society’. Falsafah kepolisian yang dibentuk dalam era insurgency dan
ketidaktentuan tidak lagi sesuai pada kontemporari ini. Kita mahu
integriti dan wibawa pihak polis kekal terjunjung tinggi. Bagi
merealisasikannya, kita memerlukan pasukan Polis yang moden dengan
latihan yang sesuai dengan era baru, menuil teknologi moden,
kelengkapan terkini dan cara penyiasatan dan pengumpulan bukti yang
saintifik dan canggih. Untuk ini, peruntukan khas 200 juta ringgit akan
disediakan. Manakala sejumlah 442 juta ringgit lagi akan diperuntukkan
pada tahun 2012, untuk perbelanjaan pembangunan PDRM. Antara projek
yang akan dilaksanakan merangkumi projek perumahan anggota polis,
penambahbaikan ibu pejabat, balai dan pusat latihan.
65. Rakyat Malaysia turut insaf bahawa harga kita menikmati keamanan
dan kemakmuran bukannya percuma. Ia dibayar oleh mereka yang menyarung
seragam Angkatan Tentera Malaysia yang merupakan benteng pertahanan
utama negara. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, sudah menjadi
tugas kita untuk sentiasa memelihara kebajikan mereka. Kebajikan
anggota tentera sentiasa menjadi perhatian Kerajaan bagi mempastikan
anggota tentera fokus dalam menjalankan tugas. Tempat tinggal dan
suasana kem yang selesa dapat menjadi pemangkin kepada prestasi kerja
yang positif di kalangan anggota. Untuk itu, Kerajaan akan
memperuntukkan 500 juta ringgit di bawah program Army Care untuk menaik
taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera di seluruh negara.
66. Terdapat seramai 175 ribu anggota tentera yang menamatkan
perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak
menerima pencen. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran mendapatkan
pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. Bagi meringankan beban
golongan ini, Kerajaan akan menyediakan program latihan khusus untuk
mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan
serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta
kepada mereka yang layak. Untuk melaksanakan insentif ini, sebanyak 50
juta ringgit akan disediakan.
67. Sejarah negara penuh dengan cerita-cerita wira yang tidak di
dendang. Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk
berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih
48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah
berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. Mereka
terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police
Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special
Constable, Border Scout dan Jungle Scout.
68. Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi.
Kita tidak akan membiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang
sewajarnya. Kita tidak sekali-kali seperti setengah pihak yang menafi
dan memperlekehkan jasa bakti mereka. Sesungguhnya, keringat dan air
mata mereka serta keluarga yang membasahi bumi bertuah ini akan terus
malar dan segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.
Sebagai mengenang jasa bakti mereka, Kerajaan akan memberi sumbangan
sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off kepada setiap bekas anggota
serta duda dan balu mereka yang kesemuanya berjumlah hampir 62,000
orang. Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu
meringankan kos sara hidup.
Tuan Yang di-Pertua,
FOKUS KELIMA: MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT
69. Kerajaan mendengar rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang
terutamanya bahan makanan. Bagi menangani fenomena ini, Kerajaan akan
mengambil langkah-langkah yang bersepadu bersifat jangka pendek,
sederhana dan panjang. Antaranya meningkatkan pengeluaran makanan
seperti beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan melalui langkah
berikut:
Pertama: Melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2011 hingga 2020 yang
menggariskan empat strategi iaitu menjamin bekalan makanan mencukupi,
meningkatkan nilai ditambah, melengkapkan dan memperkukuhkan rantaian
bekalan serta menyediakan guna tenaga pertanian berpengetahuan dan
terlatih;
Kedua: Memperuntukkan 1.1 bilion ringgit pada 2012 bagi pembangunan
sektor pertanian. Antara projek utama adalah Projek Pertanian Bersepadu
Terengganu Utara, Projek Pengairan Sabah dan Sarawak, Tabung Ekonomi
Kumpulan Usaha Niaga atau TEKUN dan projek-projek lain di bawah NKEA;
Ketiga: Memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial
kepada projek pertanian berinovasi. Dengan ikhtiar ini, jumlah dan
pendapatan usahawan tani dapat dipertingkatkan. Peruntukan 300 juta
ringgit akan disediakan; dan
Keempat: Memperbanyakkan program ladang kontrak bagi mempastikan
bekalan produk makanan mencukupi. Program ini akan dikendalikan oleh
FAMA di mana hasil keluaran akan dipasarkan terus ke pasar tani seluruh
negara. Seramai 4,500 usahawan tani akan terlibat dengan keluasan tanah
7,000 hektar. Untuk tujuan ini, peruntukan 14 juta ringgit disediakan.
Tuan Yang di-Pertua,
70. Kita kini mendengar pihak-pihak tertentu menguar-uarkan konsep
negara berkebajikan. Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru
sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka
ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah
merekalah orang pertama yang menemui formula ini. Bukankah Kerajaan
Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara
berkebajikan? Tidakkah berkebajikan kerajaan Barisan Nasional kini,
apabila:
Pertama: Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2
ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan
berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar;
Kedua: Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen,
rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen
atau 8 peratus dari harga sebenar;
Ketiga: Bagi setiap kilogram minyak masak, harga asal 4 ringgit 75
sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 50 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 2
ringgit 25 sen atau 47 peratus dari harga sebenar; dan
Keempat: Bagi setiap kilogram tepung gandum, harga asal 1 ringgit 90
sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 35 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 55
sen atau 29 peratus dari harga sebenar.
Kesimpulannya, keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan
belanja 2.3 bilion ringgit dan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia
tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang
demikian itu, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara
kebajikan?
Tuan yang di-Pertua,
71. Tidak cukup sekadar itu, subsidi Kerajaan bukan terhad hanya
kepada bahan makanan asas sahaja, ia juga merangkumi subsidi produk
petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan sebanyak 17 bilion ringgit.
Ini meliputi:
Pertama: Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75
sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85
sen atau 31 peratus dari harga sebenar;
Kedua: Bagi setiap liter diesel, harga asal 2 ringgit 66 sen, rakyat
hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32
peratus dari harga sebenar; dan
Ketiga: Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal 48
ringgit 2 sen, rakyat hanya bayar 26 ringgit 60 sen. Subsidi Kerajaan
berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dari harga sebenar.
72. Selain itu, Kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil
elektrik berjumlah 20 ringgit sebulan dan ke bawah yang telah
dilaksanakan sejak 2009. Pemberian subsidi ini melibatkan peruntukan
150 juta ringgit dan seramai 1 juta isi rumah akan mendapat manfaat.
Untuk makluman, segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah
33.2 bilion ringgit. Semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan.
Tuan Yang di-Pertua,
73. Bagi tahun 2012, Kerajaan akan menyediakan 1.2 bilion ringgit
untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi
bantuan kepada warga emas miskin sebanyak 300 ringgit sebulan; bantuan
kanak-kanak miskin 100 ringgit sebulan, dengan had maksimum 450 ringgit
sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU) antara
150 hingga 300 ringgit sebulan. KAR1SMA akan memberi manfaat kepada
hampir 500 ribu rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.
74. Selanjutnya, Kerajaan juga akan mengambil langkah bagi
membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban
rakyat seperti berikut:
Pertama: Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara.
KR1M menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia meliputi keperluan
harian pengguna pada harga sehingga 40 peratus lebih rendah.
Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, Kerajaan juga bercadang
membuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan 40 juta
ringgit;
Kedua: Membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia. Di
samping itu, Kerajaan akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di
semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai
FELDA dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara; dan
Ketiga: Memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang
menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu
maksimum dua ringgit bagi sarapan pagi dan empat ringgit bagi makan
tengah hari. Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil
bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir
2012. Untuk mengembangkan lagi langkah ini, Kerajaan menggalakkan semua
pengusaha kafeteria di pejabat Kerajaan dan swasta melaksanakan
inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua,
75. Bagi memenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang
daripada 3,000 ringgit, Kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku
pada Mac 2011. Untuk menambah baik skim ini, Kerajaan mencadangkan had
maksimum harga rumah dinaikkan daripada 220 ribu kepada 400 ribu
ringgit. Penambahbaikan ini boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui
pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.
76. Bagi membantu pembeli mencapai impian mereka memiliki rumah
pertama, pihak kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia
atau PR1MA sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun
dan menyelenggarakan perumahan mampu milik berkualiti khusus untuk
memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana. PR1MA akan
berperanan sebagai pemaju untuk projek yang diadakan di tapak pemilikan
Kerajaan. Justeru, Kerajaan bercadang untuk memajukan beberapa bidang
tanah pemilikan Kerajaan di sekitar Sungai Besi dan Sungai Buloh untuk
projek sedemikian. Kerajaan juga akan mengenalpasti kawasan-kawasan
berhampiran stesen MRT, LRT atau pengangkutan awam sebagai kawasan
pilihan utama untuk dimajukan oleh PR1MA.
77. Di samping itu, PR1MA juga mengalu-alukan kerjasama antara pihak
swasta untuk membangunkan projek-projek sedemikian. Sehubungan dengan
itu, beberapa pemaju swasta juga telah menyahut seruan Kerajaan untuk
menyediakan rumah mampu milik berkualiti. PR1MA akan memainkan peranan
supaya proses pengagihan untuk projek-projek ini dijalankan secara
telus dan adil melalui sistem pengundian terbuka. Pada tahun 2011,
sebanyak 1,880 unit rumah akan mula dibina di Putrajaya dan Bandar Tun
Razak.
78. Bagi tahun 2012 pula, 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya,
Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang
ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding dengan harga
pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju.
Sebagai contoh, satu unit apartmen dengan keluasan 1,000 kaki persegi
di Putrajaya dijual pada harga 150 ribu ringgit berbanding harga
pasaran 220 ribu ringgit. Kerajaan juga akan memberi pengecualian
sepenuhnya duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah
program ini.
79. Pada kebiasaannya, rumah dijual sebelum pembinaan bermula di
mana pembeli akan menanggung risiko sekiranya rumah tidak siap atau
lewat disiapkan. Bagi melindungi pembeli, Kerajaan menggalakkan lebih
banyak pembinaan rumah menggunakan kaedah bina kemudian jual. Untuk
tujuan ini, bank-bank Islam yang telah bersetuju akan menyediakan
pembiayaan patuh syariah dan mengambil risiko pembinaan. Pembeli hanya
membayar ansuran setelah rumah siap dibina. Skim ini akan dilaksanakan
bagi rumah bernilai 600 ribu ringgit dan ke bawah.
80. Masih ramai lagi rakyat yang belum memiliki rumah, terutamanya
golongan berpendapatan rendah. Justeru, Kerajaan akan meneruskan
pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan
membina lebih 75 ribu unit rumah mampu milik di bawah RMKe-10. Bagi
tahun 2012, 443 juta ringgit di peruntukan bagi membina hampir 8,000
unit PPR disewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki.
81. Selain itu, Program Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan oleh
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diteruskan bagi membantu
golongan berpendapatan rendah memiliki rumah lebih selesa. Di bawah
program ini, mereka yang mempunyai tanah persendirian dan tidak
memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, boleh mendapatkan
pembiayaan untuk membina rumah sendiri. SPNB akan diberikan peruntukan
tambahan untuk membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.
Kos rumah yang berharga 65 ribu ringgit ini, akan dijual dengan harga
45 ribu ringgit sahaja. Di sini, bagi setiap unit rumah, Kerajaan akan
memberi subsidi sejumlah 20 ribu ringgit. Sebanyak 200 juta ringgit
akan diperuntukkan untuk program ini.
82. Selain itu, melalui Program Pemulihan Rumah Terbengkalai,
Kerajaan berjaya memulihkan dan mendapat Sijil Layak Menduduki (CF)
bagi 82 projek yang melibatkan lebih 15,000 unit rumah. Kerajaan akan
terus melaksanakan usaha murni ini pada tahun 2012 dengan peruntukan 63
juta ringgit untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai. Kerajaan
juga memperuntukkan 40 juta ringgit bagi membaik pulih dan
menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.
83. Golongan ekspatriat turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara. Jumlah ekspatriat yang bekerja di Malaysia telah meningkat
kepada lebih kurang 41 ribu orang. Untuk menyediakan suasana kondusif
bagi menggalakkan ekspatriat terus berkhidmat di Malaysia, Kerajaan
akan membenarkan golongan ini mengeluarkan caruman KWSP untuk
pembiayaan pinjaman perumahan, sama seperti kemudahan yang diberi
kepada warganegara.
84. Kepada para nelayan, Kerajaan bersimpati dengan kesukaran yang
dihadapi mereka ini yang tiada pendapatan tetap dan bergantung
semata-mata kepada hasil tangkapan. Kita maklum bahawa, kebanyakan
nelayan memiliki rumah yang daif dan kurang selesa. Sehubungan itu,
Kerajaan akan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan
peruntukan 300 juta ringgit untuk membina dan membaik pulih rumah
mereka agar menjadi lebih selesa dengan prasarana asas.
Tuan Yang di-Pertua
85. Kerajaan akan terus menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik
untuk rakyat, terutamanya rawatan berkualiti, peralatan terkini serta
persekitaran lebih selesa. Bagi tahun 2012, sektor perkhidmatan
kesihatan akan diperuntukkan 15 bilion ringgit untuk perbelanjaan
mengurus dan 1.8 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Ini
melibatkan antaranya pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di
Bera, Kuala Krai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok
bersalin di Hospital Putrajaya. Kerajaan juga akan menambah baik 81
klinik kesihatan luar bandar di seluruh negara dan membuka 50 klinik
1Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua,
86. Kerajaan amat prihatin dengan keselesaan rakyat terbanyak. Untuk
itu, Hentian Pudu Raya yang digunakan oleh hampir 80,000 pengguna pada
satu-satu masa, yang dahulunya dalam keadaan daif dan kotor, telah
dinaiktaraf dengan belanja sebanyak 40 juta ringgit. Kini, Hentian Pudu
Raya telah berwajah baru dan dinamakan semula sebagai Pudu Sentral.
87. Langkah yang sama akan diambil untuk menambah baik Hospital
Kuala Lumpur (HKL) yang merupakan nadi perkhidmatan kesihatan di kota
dan dikunjungi hampir 3,000 pesakit luar setiap hari. Demi keselesaan
warga kota, hospital yang berusia 141 tahun dan merupakan hospital
tertua di Malaysia ini akan dinaiktaraf supaya menjadi sebuah hospital
primer negara dilengkapi dengan peralatan terkini dan canggih dengan
peruntukan 300 juta ringgit. Dari peruntukan ini, 50 juta ringgit akan
digunakan untuk membina sebuah sayap baru HKL khusus untuk rawatan
pesakit luar.
88. Kerajaan juga memahami beban kerja pegawai perubatan di mana
mereka bertugas berterusan melebihi 45 hingga 120 jam seminggu. Situasi
ini sememangnya tidak kondusif untuk mereka memberi rawatan berkualiti.
Oleh yang demikian, Kerajaan telah memperkenalkan jadual kerja luwes
atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, di mana waktu kerja di jadual
semula kepada purata 60 jam seminggu. Bagi menggantikan Elaun Luar
Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun Khas Waktu Bekerja
Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September 2011.
Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju menaikkan
elaun on-call semalaman antara 30 hingga 80 ringgit berkuat kuasa pada
tarikh yang sama.
Tuan Yang di-Pertua,
89. Untuk menambah pendapatan boleh guna dan menggalakkan minat
melabur di kalangan golongan berpendapatan rendah, Kerajaan akan
memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia yang
amat bitara atau istimewa. Skim ini dibuka kepada isi rumah
berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah yang akan memanfaatkan
100 ribu isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman 5,000
ringgit dengan tempoh bayaran balik lima tahun. Pada akhir tempoh lima
tahun, pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik. Skim ini
akan dikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama
institusi kewangan terpilih mulai Januari 2012.
90. Bagi mempastikan masyarakat Bumiputera bergerak seiring dengan
perkembangan ekonomi, Kerajaan telah menubuhkan Unit Peneraju Agenda
Bumiputera (TERAJU) untuk menyelaras dan memacu transformasi serta
memperkukuhkan penyertaan masyarakat Bumiputera dalam perniagaan. Untuk
ini, TERAJU akan membimbing secara berperingkat hampir 1,100 syarikat
Bumiputera yang berprestasi tinggi dan berpotensi untuk disenaraikan di
bursa saham. Di samping itu, MARA akan menyediakan pembiayaan modal
kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti
serta pengambilalihan syarikat berasaskan konsep Management Buyout.
91. Pembangunan usahawan merupakan faktor terpenting bagi melonjak
aktiviti ekonomi Bumiputera. Selaras dengan itu, program pembangunan
usahawan yang bersepadu akan dilaksana bagi meningkatkan daya saing dan
daya maju usahawan Bumiputera termasuk masyarakat luar bandar. Justeru,
Kerajaan akan memperuntukkan 200 juta ringgit bagi program pembangunan
usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah.
Tuan Yang di-Pertua,
92. Pada perspektif lain, Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat
beban yang ditanggung oleh pemilik teksi bajet persendirian akibat kos
operasi yang meningkat. Tambahan pula, sebahagian besar teksi yang
dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi. Selain menjaga kebajikan
serta menambah baik perkhidmatan teksi, Kerajaan mencadangkan pemilik
teksi bajet persendirian diberi bantuan seperti berikut:
Pertama: Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan;
Kedua: Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke
atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar
milik;
Ketiga: Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milikpersendirian;
Keempat: Pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman
penuh untuk memiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang
diuruskan oleh BSN akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1
Januari 2012; dan
Kelima: Pemberian bantuan 3,000 ringgit bagi melupuskan teksi lama
yang berusia melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi
teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas, bantuan 1,000 ringgit akan
diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagi pembelian kereta baru buatan
tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2012.
93. Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi
dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekali
gus menaikkan imej negara yang mesra pelancong. Bagi kesemua bantuan di
atas, setiap pemilik teksi bajet persendirian dijangka mendapat manfaat
kira-kira 7,560 ringgit. Pemberian bantuan kepada pemilik teksi bajet
ini juga dipanjangkan kepada pemilik kereta sewa persendirian.
Tuan Yang di-Pertua,
94. Kerajaan komited untuk mempastikan bahawa tidak ada orang yang
dituduh atas kesalahan jenayah ternafi haknya untuk di guami. Pada kala
ini, dianggarkan 80 peratus Orang Kena Tuduh dalam kes jenayah yang
tidak mempunyai peguam untuk membela mereka kerana tidak berkemampuan
bagi membayar fi guaman yang tinggi. Untuk ini, Yayasan Bantuan Guaman
Kebangsaan akan mempastikan setiap individu yang didakwa di mahkamah
akan diberi bantuan guaman secara percuma. Bagi maksud tersebut,
Kerajaan akan menambah 10 juta ringgit lagi kepada yayasan pada tahun
hadapan membawa jumlah keseluruhan sebanyak 15 juta ringgit.
Tuan Yang di-Pertua,
95. Bagi mempastikan kebajikan rakyat terus terbela, Kerajaan telah
menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung
Singgah untuk memberi perlindungan sementara golongan gelandangan.
Pusat ini menyediakan khidmat bantuan pekerjaan, kemudahan tempat
tinggal dan makanan, kaunseling serta bantuan kebajikan. Pada masa ini,
terdapat hampir 1,400 orang gelandangan di Kuala Lumpur yang mendaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan daripada jumlah tersebut, 250
orang telah mendaftar dengan Anjung Singgah. Program ini akan
diperluaskan ke Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua,
96. Kerajaan sentiasa mengiktiraf keupayaan wanita dalam bidang
kepimpinan dan pengurusan. Sehubungan itu, Kerajaan telah meluluskan
Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Wanita di Peringkat Pembuat
Keputusan Dalam Sektor Korporat. Bagi melaksanakan dasar tersebut,
antara yang utama, Kerajaan akan menjalankan program latihan bagi
wanita yang berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat,
membangunkan pangkalan data wanita berpotensi untuk diketengahkan
sebagai pengarah syarikat dan mempergiatkan aktiviti advokasi. Bagi
menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan,
Kerajaan juga akan menyediakan program latihan yang bersesuaian. Bagi
melaksanakan program-program latihan ini, Kerajaan akan menyediakan
peruntukan 10 juta ringgit.
97. Pada tahun 2011, Kerajaan telah memperuntukkan 120 juta ringgit
kepada TEKUN. Bagi memberi rangsangan kepada usahawan kecil, saya
mencadangkan peruntukan ini ditambah lebih sekali ganda lagi kepada 300
juta ringgit. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga akan menyediakan 2.1
bilion ringgit untuk pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan
terutamanya wanita. Daripada jumlah tersebut, 100 juta ringgit
disediakan untuk usahawan kaum India dan 100 juta ringgit lagi kepada
usahawan kaum Cina melalui satu unit khas di bawah AIM. Untuk
mengurangkan kos pengendalian peniaga dan usahawan mikro, Kerajaan
mencadangkan surat cara perjanjian pembiayaan mikro kredit diberi
pengecualian duti setem.
98. Pada masa ini, barah pangkal rahim (kanser servik) merupakan
barah kedua tertinggi di kalangan wanita Malaysia. Kemajuan dalam sains
perubatan telah membolehkan penyakit ini boleh dicegah melalui suntikan
imunisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian
Kesihatan Malaysia telah melaksanakan suntikan imunisasi secara percuma
kepada murid perempuan tingkatan satu di semua sekolah Kerajaan,
bantuan Kerajaan, swasta dan antarabangsa mulai bulan April hingga Mei
2010.
99. Bagi membolehkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan kemudahan
imunisasi, Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma
imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang akan dilaksanakan oleh
Lembaga Pembangunan Perancang Keluarga Negara di seluruh negara. Kos
imunisasi ini adalah 150 ringgit bagi tiga suntikan. Untuk tujuan ini,
peruntukan 50 juta ringgit akan disediakan pada tahun 2012.
100. Di samping itu, untuk menjamin kesihatan para ibu dan anak,
maka sebuah hospital khusus untuk kaum wanita dan kanak-kanak akan
dibina di Kuala Lumpur melalui perkongsian awam swasta dengan kos 700
juta ringgit.
Tuan Yang di-Pertua,
101. Golongan belia adalah generasi yang menyumbang dan merealisasi
wawasan negara. Generasi muda perlu diperlengkap dengan latihan dan
kemahiran bagi mempastikan peranan mereka dalam pembangunan negara.
Untuk ini, Kerajaan akan memperuntukkan 320 juta ringgit bagi
menjalankan pelbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program
kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri
termasuk sumbangan kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri
dan Majlis Belia Daerah.
102. Apa yang diusahakan pada hari ini bukanlah untuk kita. Akan
tetapi, demi masa depan anak-anak kita. Potensi setiap golongan ini
mestilah digembleng dan dioptimumkan, idealisme mereka mesti digilap,
kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka dibajai untuk terus berkarya.
Pujangga berpesan agar mendidik anak-anak sesuai dengan zaman mereka.
Kalau kita dahulu ingin dilayan sesuai kehendak kita sebagai orang
muda, begitu juga anak-anak zaman sekarang.
103. Selaras dengan itu, Kerajaan juga sedar kekangan institusi yang
ada kini dalam mengeluarkan bantuan kepada idea-idea kreatif. Kita
perlu bertanya, jika dengan struktur pembiayaan sedia ada yang kaku dan
tegar, adakah idea orang-orang seperti Bill Gates, mendiang Steve Jobs,
Michael Dell, adik-beradik Wrights, Thomas Edison boleh berjaya?
Lantaran, berapa banyak idea dan karya telah dibakul sampahkan yang
berkemungkinan bernilai berbilion-bilion ringgit. Bertolak dari situ,
Kerajaan prihatin terhadap suara dan nurani orang muda. Sebagai projek
perintis, kita bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat modal teroka
milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capital dengan dana
permulaan 200 juta ringgit.
104. Manakala sebanyak 200 juta ringgit lagi akan disediakan untuk
latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian
persekolahan melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau
Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia. Skim ini akan
menyediakan pelbagai jenis latihan kemahiran yang dikendalikan oleh
institusi sedia ada seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara,
Institut Latihan Perindustrian dan Giat Mara. Semasa latihan, pelatih
akan diberi latihan praktikal di GLC dan syarikat swasta supaya mereka
mudah mendapat pekerjaan.
105. Pada masa ini, futsal semakin popular di kalangan belia dan
peminat sukan. Bagi menggalakkan aktiviti sukan ini, Kerajaan telah
siap membina 1,100 gelanggang futsal di seluruh negara, manakala 527
lagi sedang dalam pembinaan. Memandangkan populariti sukan tersebut,
Kerajaan akan menyediakan peruntukan 15 juta ringgit bagi membina 150
gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim
dapat dicapai. Bagi meningkatkan aktiviti riadah terutama sukan bola
sepak, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit bagi menyediakan
kemudahan padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi dengan
lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.
106. Program sukan berprestasi tinggi termasuk bola sepak,
badminton, skuasy, boling tenpin, acara terjun, memanah dan lumba
basikal akan juga diberi tumpuan. Untuk ini, Kerajaan akan menyediakan
peruntukan tambahan 30 juta ringgit menjadikan keseluruhan peruntukan
84 juta ringgit bagi program mengasah bakat atlet muda supaya mereka
dapat bersaing dan berjaya dalam kejohanan sukan di peringkat
antarabangsa.
107. Tidak pernah dilupakan adalah kebajikan warga emas terutamanya
untuk mereka mendapatkan kemudahan awam seperti perkhidmatan kesihatan
dan pengangkutan. Sukacita saya mengumumkan, mulai 1 Januari 2012,
semua warganegara berumur 60 tahun dan ke atas akan dikecualikan caj
pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan
termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan. Mereka juga
akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
108. Dalam Bajet 2011, bagi mempastikan pekerja swasta dan mereka
yang bekerja sendiri mempunyai simpanan mencukupi semasa bersara, saya
telah mengumumkan pelepasan cukai sehingga 6 ribu ringgit untuk caruman
kepada KWSP dan insurans hayat diperluaskan bagi meliputi caruman
kepada Dana Pencen Swasta, kini dikenali sebagai Skim Persaraan Swasta.
Bagi terus menjamin kesejahteraan rakyat di usia persaraan di samping
mempromosi skim persaraan swasta yang dijangka dapat merancakkan
pembangunan pasaran modal, saya mencadangkan:
Pertama: Pelepasan cukai baru sehingga 3 ribu ringgit ke atas
caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans selama 10
tahun. Dengan ini, pelepasan cukai sedia ada ke atas Skim Persaraan
Swasta dan
anuiti insurans dirasionalkan;
Kedua: Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim Persaraan Swasta; dan
Ketiga: Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.
109. Kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos
saraan hidup setelah bersara. Kajian menunjukkan hampir 70 peratus
menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas
bersara. Bagi meningkatkan simpanan untuk hari tua, Kerajaan
mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus
kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000
ringgit dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta
pencarum KWSP.
Tuan Yang di-Pertua,
110. Ada juga pihak yang sentiasa memfitnah Kerajaan bahawa Kerajaan
hanya berminat dengan projek mega yang bernilai berbilion-bilion.
Sesungguhnya tuduhan ini amatlah memesongkan. Bukankah tercatat dalam
lipatan sejarah bahawa Kerajaan Perikatanlah yang bertanggungjawab
menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar lebih 50
tahun yang lalu dan mempelopori pembangunan secara sistematik? Sebagai
kesinambungan tradisi mulia ini, Kerajaan akan memberi nafas baru
kepada kawasan pedalaman luar bandar termasuk kampung tradisional,
rumah panjang dan kampung baru. Melalui Program Transformasi Luar
Bandar atau RTP, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak satu bilion
ringgit untuk membina dan menaiktaraf kemudahan seperti balai raya,
surau, parit, jambatan kecil, lampu jalan termasuk memperbaiki rumah
yang usang. Inisiatif ini akan dilaksanakan dan diselaraskan oleh Unit
Penyelarasan Pelaksanaan.
Tuan Yang di-Pertua,
111. Air bah atau banjir merupakan bencana utama negara dan setiap
tahun Kerajaan membelanjakan satu bilion ringgit bagi menampung kos
kerugian dalam pelbagai aspek kehidupan. Pada masa ini, terdapat 4 juta
penduduk yang masih tinggal di kawasan berisiko banjir. Sebagai
tindakan awal, Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir
(RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit. Di
Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan
melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. Di Perak, tiga
projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai
Segamat.
Tuan Yang di-Pertua,
112. Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat
termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat
pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:
Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Kedua: Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar
sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di
seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga
yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar
kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga
atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas
semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan
persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3
juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini
juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional; dan
Ketiga: Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua
pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan
swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh
negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta
pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta ringgit.
Tuan Yang di-Pertua,
113. Kita sedang berada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji
sebagai Rukun Islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada
hamba-hambaNya untuk menuju Baitullah dari mana saja penjuru dunia.
Dalam hal ini, Kerajaan menyedari, ramai golongan berpendapatan rendah
menghadapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana
tidak mempunyai tabungan minima sebanyak 1,300 ringgit. Justeru, bagi
membolehkan bakal jemaah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji,
Kerajaan dengan ini membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal
melalui penghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak 1,300
ringgit. Melalui kaedah ini, wang pencarum sejumlah 1,300 itu masih
kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk
menunaikan haji.
Tuan Yang di-Pertua,
114. Kerajaan yakin penjawat awam akan terus mempertingkatkan
kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional
menjadi kenyataan. Dalam konteks ini, seperti yang semua ketahui, pada
bulan Ogos yang lalu, Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan
gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan
bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara.
115. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak
terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya
mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum
500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan.
Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini
akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji
dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan
seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3
juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan
bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion
ringgit.
116. Menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja Ahli-ahli
Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita
memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi
Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka, Kerajaan dengan ini
bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan Ahli-ahli Parlimen
sekalian. Dengan syarat…..kedua-dua belah pihak, parti Kerajaan dan
parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang
bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan
berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
PENUTUP
Tuan Yang di-Pertua,
117. Saya dan rakan-rakan Jemaah Menteri dan anggota Dewan dari
parti Barisan Nasional berdiri dengan nubari yang jernih bahawa kami
melalui Bajet 2012 pada petang yang mulia penghulu segala hari ini,
sekali lagi akan meneruskan tradisi para pendahulu kami dalam
meletakkan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara di tempat yang
teratas.
118. Apa yang menjadi keutamaan kepada kami bukannya nostalgia
lampau apatah lagi populariti murahan. Yang terjunjung di atas jemala
kami sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab adalah menyediakan masa
depan gilang-gemilang buat semua anak-anak Malaysia. Sebuah masa depan
bergemerlapan dengan harapan dan kemakmuran bukannya masa depan suram
dicengkam ketakutan.
119. Sesungguhnya, bersesuaian dengan surah al-Hasyr ayat 7 yang
menyeru “agar harta tidak hanya berlingkar dikalangan orang-orang
berada antara kamu”, maka tidak syak lagi, Bajet yang baru saya
bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat. Ia tidak
meninggalkan yang berpendapatan rendah, sekalipun menengah atau tinggi,
dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa.
120. Pucuk pangkalnya, perjalanan yang telah saya dan rakan-rakan
mulakan semenjak April 2009, kini telah menempuh satu puncak penanda.
Pastinya, sepanjang tempoh 30 bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan
telah melakar hala tuju jelas negara dalam pusingan akhir bagi menempa
wawasan kebangsaan.
121. Ia tidak hanya membabitkan pengukuhan perpaduan nasional
berasaskan prinsip meraikan
kepelbagaian, menambahbaik penyampaian
sektor awam dengan merundingi rakyat, proses penstrukturan ekonomi
melalui Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi, malah, ia
juga menjangkau Program Transformasi Politik yang akan menjadi saksi
menyinsingnya fajar baru Malaysia.
122. Di mana, perbezaan yang sihat serta membina tidak akan lagi
menjadi punca pertelingkahan tidak berkesudahan. Di mana, tidak ada
individu yang akan dihukum hanya sanya kerana ideologi berbeda. Di
mana, anak-anak muda akan bebas untuk menggilap idealisme mereka di
atas bumi Malaysia ini, demi kemajuan negara.
123. Seyogia diperingatkan bahawa, perjalanan ini tidak mungkin
berjaya tanpa laluan yang telah diredah denaikan oleh
pendahulu-pendahulu saya sebermula Almarhum Tunku Abdul Rahman diikuti
Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein, Tun Dr. Mahathir
dan Tun Abdullah. Ia tidak mungkin jua terjelma tanpa kestabilan
politik yang dihidupkan oleh perkongsian kuasa melalui konsep Barisan
Nasional yang bitara. Yang lebih utama, ia tidak mungkin dizahirkan
tanpa sokongan padu rakyat.
124. Sesungguhnya, sokongan besar rakyat amat penting untuk
mempastikan perjalanan kita akan menemui kejayaan yang diimpikan menuju
gapura Malaysia yang maju, makmur sebagai oasis harapan dan kestabilan
dalam lautan dunia yang tidak menentu.
125. Sememangnya lagi, Kerajaan Barisan Nasional tidak tunduk kepada
tekanan atau apa-apa paksaan untuk mengambil jalan yang benar dan betul
demi warga Malaysia. Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini
bukannya dibuat-buat atau sebuah ilusi silap mata sebagai guna menutup
lompang keikhlasan dan kebobrokan syaksiah serta kemunafikan
intelektual seperti sesetengah pihak. Perjuangan kami warisan mulia
zaman berzaman meniti generasi.
126. Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan
mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah sebuah
Bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi
rakyat. Kepada Allah jua kita berserah.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)