Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 7 October 2011

Bodoh pembangkang ni!! Sedap hati jer main tuduh UMNO


Mohd Safariladira b Abdullah , Pen Setiausaha Pemuda UMNO  Bahagian Rembau  apabila dihubungi oleh Politik Negeri Sembilan telah menyatakan bahawa apa yang berlaku semalam pada  ketika ceramah Mat Sabu semalam tidak langsung melibatkan Pemuda UMNO Rembau.

Protes yang dilakukan  semalam adalah dari sekumpulan NGO yang menuntut Mat Sabu agar meminta maaf kerana kenyataan beliau mengenai isu Komunis yang hangat dipertikaikan oleh orang orang Melayu. Pemuda Rembau langsung tidak terlibat dalam cubaan menghantar memorundum kepada Mat Sabu.

Dengan itu semua tuduhan yang cuba memburukkan nama UMNO adalah permainan kotor PAS yang  kini hilang arah dan cuba mahu memburukkan UMNO kerana menyedari hakikat bahawa UMNO telah mendapat kembali kepercayaan orang orang Melayu dan PAS kini semakin dibenci oleh orang orang Melayu.

Menurut Sdr Safariladira lagi  kebanyakan orang yang datang pada ceramah Mat Sabu semalam adalah orang orang luar  dan orang orang tempatan sebenarnya tidak menyokong Chegu Bard dan juga pembangkang. Ceramah yang diadakan semalam adalah satu cubaan provokasi pembangkang kepada UMNO namun mereka agak kecewa apabila UMNO tidak melayan mereka.Mereka begitu kecewa apabila NGO yang membuat bantahan dan kerana kekecewaan ini lah  mereka terus menerus menuduh UMNO yang cuba menganggu ceramah mereka.

Menurut beliau : apa yang sebenarnya berlaku semalam, kekecohan yang berlaku bukan bermula dari NGO yang berhasrat menghantar memorandum kepada Mat Sabu. Ianya bermula apabila penyokong PAS dan Unit Amal Pas bertindak menyerang mereka sehingga mereka terpaksa berundur seketika dan setelah diadakan satu perbincangan mereka akhirnya berjaya menyampaikan memorandum berkenaan.

No comments:

Post a Comment