Mantai Perdana akan berlangsung pada 27hb dan 28hb Ogos ini (Sabtu dan Ahad) bertempat di tapak Lama Kem Paroi dengan perasmiannya akan disempurnakan oleh Menteri Besar pada sebelah malam 27hb Ogos ini.
Mantai Perdana kali ini akan mengumpulkan semua peniaga daging seperti Lembu, Kerbau, Rusa, Ayam dan Puyoh termasuk sayur-sayuran juga turut disertai oleh para peniaga lemang.
Harga yang lebih murah berbanding harga dipasaran dijangka akan menarik kehadiran ramai orang yang mahu membeli untuk persediaan hari raya namun Menteri Besar berharap mereka tidak berebut-rebut kerana semua bekalan adalah mencukupi dengan dianggarkan 100 ekor lembu dan 10,000 ekor ayam akan dijual.
Harga bagi sekilo daging lembu RM18-00. Kerbau RM21-00, rusa RM48-00, ayam RM7-00 dan tulang RM16.00.