Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 31 May 2012

Nik Aziz Minum Air Pakai Penapis Mahal, Rakyat Kelantan Pakai Air Perigi Jer

Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Talian Hayat Terakhir PAS?

Mulanya kerajaan PAS Kelantan terutama sekali Husam Musa menjangkakan pengumumannya untuk membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KB-KK) pada Ogos 2011 lepas dapat dimanipulasikan sepenuhnya dalam PRU 13 yang diramalkan akan berlangsung pada November 2011.

Perkiraan PAS Kelantan cukup mudah, peristiwa menang nyawa-nyawa ikan di PRK Manek Urai (Julai 2009) dengan kelebihan hanya 65 undi serta kekalahan PAS di kerusi DUN Galas (Okt 2010) dengan majoriti lebih 1,000 undi menyedarkan PAS dari lamunan panjang.

Kekuatannya dikalangan pengundi dalam negeri semakin merosot manakala sokongan pengundi luar pula kian merudum. Disebabkan itu apabila ramai pemerhati meramalkan pilihanraya bakal berlangsung dalam bulan November 2011, PAS mengambil langkah segera mengumumkan pembinaan lebuhraya tersebut pada Ogos 2011.

Dengan langkah tersebut PAS percaya akan mampu menarik kembali sokongan majoriti pengundi luar sekiranya projek tersebut dapat dimanipulasikan sepanjang kempen pilihanraya sekaligus dapat menampung kemerosotan sokongan dari kalangan pengundi dalam negeri.

Tanpa sokongan besar pengundi Kelantan yang berada di luar negeri agak sukar untuk PAS meneruskan hayat pemerintahannya di negeri tersebut tatkala asakan gelombang merah semakin kuat merobek kekuatan PAS di Kelantan.

Soal pembinaan lebuhraya tersebut mampu direalisasikan atau sebaliknya, bukan persoalan penting kerana baik Husam mahupun kerajaan PAS Kelantan mereka tahu pembinaan jalan baru menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai sememangnya akan direalisasikan juga oleh Kerajaan Pusat sebagaimana termaktub dalam perancangan Central Spine Expressway.

Bagaimanapun hasrat PAS untuk mengabui mata umum gagal dengan kehendak Allah s.w.t apabila pilihanraya umum tidakpun berlangsung dalam bulan November 2011. Berikutan itu selama beberapa bulan isu pembinaan lebuhraya KB-KK tenggelam begitu sahaja.

Apabila khabar angin pilihanraya umum kembali bertiup kencang pada awal tahun 2012 yang menjangkakan pada bulan Jun 2012 parlimen akan dibubarkan, PAS melalui Husam Musa sekali lagi tampil dengan idea pembinaan lebuhraya tersebut.

Setelah PAS pasti parlimen akan dibubarkan pada Jun 2012, maka mereka segera bermesyuarat menetapkan tarikh majlis pecah tanah sebagai monumen bukti penting lebuhraya tersebut benar-benar akan dilaksanakan.

Pun demikian, setelah majlis pecah tanah selesai dilaksanakan oleh Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012, keesokan harinya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 akan dilakukan pada 28 September 2012 yang menandakan pilihanraya umum hanya akan berlangsung selepas pembentangan tersebut.

Kini PAS pening kepala mencari idea untuk membuktikan projek lebuhraya tersebut tetap akan dilaksanakan juga tanpa perlu menunggu tempoh tiga empat bulan lagi sementara menanti tarikh pasti pilihanraya umum ke 13.

Melihat pada gerak tari politik PAS kita boleh menjangkakan banyak cara yang mereka akan lakukan untuk mengabui mata masyarakat bagi tujuan memanfaatkan talian hayat terakhir ini, namun di hujung sandiwara itu kelak akhirnya Kerajaan Pusat juga yang akan dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan janji politik PAS.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment