"Sampai bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama daripada Karpal" kata Dr. Juanda Jaya |
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi DAP,
Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan
Hari Kekasih.
Beliau turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal terutama Pas supaya menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang terjalin antara mereka.
‘‘Dahulu mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai memahami Islam namun kita lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.’’
‘‘Kenapa dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak melaksanakan syariat Islam. Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi dia bukan ulama Islam,’’ katanya
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Karpal berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti Malaysia.
Sementara itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak dalam Pas yang tunduk terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan Islam.
No comments:
Post a Comment