Memetik dari Ucapan Perasmian oleh MB, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2010/2011. Pemuda dan Puteri disarankan untuk berganding bahu bagi menyumbangkan buah fikiran mereka kepada parti kerana corak anak muda kini berfikir tidak sama dengan mereka yang lahir sebelum merdeka.
Cabarannya ialah; kita berhadapan dengan pemuda pemudi yang tidak mempunyai pengalaman mengecap erti kemerdekaan dan yang mungkin tidak tahu tentang sejarah kemerdekaan,. Persepsi mereka berbeza kerana mereka melihat apa yang mereka akan dapat berdasarkan apa yang ada dihadapan mereka. Mereka tidak ada ’brand loyalty’ atau sokongan kepada satu jenama.
Golongan ini sangat mudah untuk di bawa ke kanan atau ke kiri atau lebih tepat sebagai ’Consumer Voters’. Bagi mendapatkan undi mereka, kita perlu mendapatkan kepercayaan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik.
UMNO/BN berada di dalam persimpangan perjuangan. Dimana ianya diperhatikan dan kini dinilaikan oleh pengundi-pengundi. Sekiranya tersilap percaturan dan silap perhitungan ianya akan menjerat parti. Beliau mengingatkan sidang perwakilan agar sama-sama berganding bahu, bangkit, menegakkan amanah Melayu dan Islam. Melipat gandakan gerak kerja bagi menambah daftar pengundi.
Merujuk kepada laporan SPR, di Malaysia sebanyak 2.3 juta pengundi atas 21 tahun tidak berdaftar. Daripada jumlah itu, 1.7 juta adalah orang Melayu. Di Negeri Sembilan sebanyak 115000 masih belum daftar pemilih. Amat merunsingkan 90% daripadanya ialah orang Melayu. Usaha daftar pemilih ini perlu dipergiatkan agar kita tidak tewas sebelum bertanding.
Berkaitan dengan isu-isu semasa, Menteri Besar menegaskan bahawa pembangkang tiada modal. Segala dakyah dan fitnah yang disampaikan oleh pembangkang cuma menutup kelemahan mereka. Mereka mengaburi mata masyarakat supaya masyarakat melihat UMNO/BN lemah dan mereka kuat.
Di dalam Muktabar PAS yang berakhir semalam juga melihatkan PAS tidak lagi mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP bagi menguasai Putrajaya. Ini terbukti dengan pemilihan pucuk pimpinan parti apabila tiada lagi berasas barisan para ulamak.
Beliau juga menegur agar diperbaiki sikap emosi yang ada dalam diri, menggunakan teknologi yang ada serta memajukan institusi parti agar seiring dengan zaman. Tidak perlu takut dengan omokan pembangkang.
Sumber : http://ciliapibloggers.blogspot.com/2011/06/brand-loyalty-vs-consumer-voters-antara.html
No comments:
Post a Comment