Menteri Besar Incorporated (MBI) hari ini telah memperuntukkan
sumbangan lebih kurang RM420,000 untuk diagihkan kepada kira-kira 1400
orang penerima baitulmal dan asnaf fakir miskin di daerah Rembau.
Lebih mengembirakan golongan ini juga turut menerima tambahan RM300
setiap seorang bagi membuat persediaan di bulan Ramadhan dan Syawal
tidak lama lagi.Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, majlis ini diadakan secara menyeluruh agar asnaf fakir miskin dan warga emas yang layak menerima bantuan tidak akan ada lagi yang tercicir.
Menurut beliau lagi, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah memperuntukan sebanyak RM1.8 juta untuk diagihkan kepada lebih kurang 5,820 asnaf fakir miskin di seluruh daerah di Negeri Sembilan.
“Kita telah memastikan bahawa sebelum-sebelum ini masih terdapat golongan yang memerlukan tercicir dari mendapatkan bantuan. Oleh yang demikian, kerajaan mengambil langkah drastik untuk mewujudkan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial di negeri ini,” jelas beliau kepada sidang media selepas menyampaikan sumbangan bersempena bulan Ramadhan di Dewan Seri Rembau, petang tadi.
Hadir sama menyampaikan sumbangan Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar, ADUN Kota, Dato’ Dr. Haji Awaludin Bin Said, ADUN Chembong, Tuan Zaifulbahri Bin Idris, dan isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin.
No comments:
Post a Comment