Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 20 June 2012

Kebongkakan Nik Aziz

Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri, baik budi, mesra dalam perbezaan pendapat, memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.

Orang tua-tua pula selalu berkata - insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya. Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.

Tapi bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat soal baik budi, merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya, beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.

Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.

Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin beberapa hari lalu secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.

Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal, penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.

Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu?

Tapi apa nak pelik, bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.

Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan, masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru?

Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah, tak begitu?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment