Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 20 June 2012

Azmin nafi dalang kempen jatuhkan Faekah

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, semalam enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.
Azmin yang dipetik portal berita Free Malaysia Today sebaliknya berkata, tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut dan tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.
Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti.
“Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment