Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 15 February 2012

Penggunaan dakwat kekal pilihan raya berkuat kuasa hari ini


Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa hari ini setelah diwartakan pada 13 Feb lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

 SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum ‘order’ lagi,”

“Kami merancang menggunakan warna berbeza pada hari mengundi dan untuk pengundi awal.

Pihak kami juga akan mendedahkan warna hanya pada hari mengundi atas sebab-sebab keselamatan.

Sebanyak 230,000 botol dakwat kekal akan disusun untuk digunakan 12.4 juta pengundi pada pilihan raya umum akan datang. Manakala 10,000 botol dakwat kekal pula untuk pengundi awal termasuk pegawai tentera, polis, Kakitangan Pasukan Gerakan Am serta keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment