Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengarahkan
Ketua Penerangannya, Dr. Badrulamin Bahron mengambil cuti selama sebulan
sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan khalwat dengan isteri
orang di Pahang semalam.
Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri telah menerima penjelasan
Badrulamin berhubung kejadian tersebut dan mendesak Jabatan Agama Islam
Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional.
Menurut sekretariat itu, sepanjang tempoh cuti tersebut, segala tugas
Badrulamin sebagai Ketua Penerangan Selangor akan diambil alih sementara
waktu oleh pihaknya yang diketuai Setiausaha Akhbar Menteri Besar.
Dakwaan mengatakan Badrul dipukul 20 orang samseng adalah bohong semata-mata mahu mengaburi pandangan rakyat dan hendak memohon simpati..
Berita sebenar terdedah apabila muncul saksi yang buka mulut menceritakan hal yang sebenar.
Berikut adalah pengakuan saksi bernama Syukur yang dipetik dari ruangan
komen blog pakatan.Jika diperhatikan kenyataan dibawah,Badrol telah
bersama perempuan tersebut sejak hari beliau tiba di Kuantan lagi
hinggalah hari ketiga beliau ditangkap.
"Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita
tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan
tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba
memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...
kami
tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua
suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2
pun kita tunggu lah...
yang pasti 20 orang yg di
dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak
dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami
perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin
Ini pula kenyataan dari Jabatan Agama Islam Pahang
Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan
berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. “Jaip mengikut
prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang
atau atau berkomplot,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu
dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi
penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya
bersama lelaki lain.
Ekoran penangkapan itu, Badrolamin
dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi
melengkapkan siasatan.
Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. "Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya.
No comments:
Post a Comment