Rakyat perlu menilai secara mendalam sikap Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang sering berdolak-dalik setiap kali timbul isu
membabitkan peribadi beliau.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Anwar
akan menggunakan pentas ceramah dan kepandaiannya ‘bermuka-muka’ untuk
menarik sokongan rakyat, sedangkan dengan jelas beliau menghadapi krisis
personaliti yang amat teruk.
Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata, tindak tanduk bekas pemimpin
yang pernah dipenjarakan kerana kes liwat itu juga membuktikan bahawa
beliau hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk membuktikannya.
“Kita semua tahu perangai Anwar apabila membuat tuduhan atau satu
fakta baru yang kena mengena dengan dia, akan habis-habisan menafikannya
dalam ceramah di seluruh negara, dia memang hebat berceramah sehingga
pendengar terpesona.
“Bila saat kritikal, bila mana kena buktikan mengikut Islam dia tidak
mahu sedangkan rakyat mahukan kebenaran, inilah Anwar, hipokrit.
“Di luar bercakap seolah-olah dialah yang paling alim, semua tohmahan
tidak benar. Sebagai contoh dalam kes Saiful Bukhari, Datuk T dan
terbaru, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia tidak berani bersumpah untuk
membuktikan kebenaran,” katanya.
Akhbar hari ini melaporkan, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan
Rakyat (PKR) cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Dr.
Mahathir supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana
Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan
semasa krisis kewangan pada 1999.
No comments:
Post a Comment