Rakyat Malaysia tidak patut terikut-ikut dengan amalan demokrasi yang diuar-uarkan pembangkang kerana demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah bersesuaian dengan prinsip dan nilai ketimuran.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, rakyat perlu mempertahankan hak untuk memilih, dan tidak meniru amalan demokrasi di negara lain secara membabi buta, yang akhirnya akan merosakkan keamanan yang dikecapi negara selama ini.
"Pembangkang yang begitu terdesak kini banyak menggunakan kaedah tidak demokratik bagi menjatuhkan kerajaan seperti membawa rakyat ke jalanan untuk menunjuk perasaan mencabar kerajaan.
"Kita juga amal demokrasi, tapi ikut cara kita. Kita nak jadi negara maju ikut acuan kita. Jika ada amalan baik di negara-negara maju, kita contohi. Amalan yang tak sesuai dengan budaya ketimuran kita, itu kita tolaklah,” katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Mukhriz berkata, adalah tanggungjawab ahli UMNO untuk menerangkan fakta sebenar kepada rakyat agar mereka faham dan tidak terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang kononnya memperjuangkan demokrasi
No comments:
Post a Comment