Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 9 November 2011

Jangan Campuri Urusan Agama Islam


NGO dan badan-badan bukan Islam diminta jangan menimbulkan isu amalan orang Islam menyembelih lembu sempena sambutan Hari Raya Korban.

Ini kerana tindakan sedemikian menyentuh sensitiviti keagamaan, apatah lagi ibadah tersebut telah diamalkan sejak sekian lama.

Kontrovesi terbaru ini dibangkitkan apabila Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) mengeluarkan pandangan rasmi meminta umat islam supaya tidak meneruskan amalan korban secara terbuka.

Tindakan tersebut antara lain menyebabkan Mufti Perlis melahirkan rasa kecewa kerana beliau melihat ia sebagai mencampuri amalan Agama lain.

Beliau berpendapat lebih baik mereka jangan campur tangan, sebaliknya jika terkilan sedikit sebanyak cuba diselesaikan secara tertutup.

MCCBCHST pada Jumaat lalu mengeluarkan kenyataan menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di kawasan sekolah dan di tempat-tempat awam.

Mereka kurang senang apabila ia dilakukan dihadapan penduduk dan pelajar berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

PERSOALANNYA... Mengapa perlu dibangkitkan perkara ini sekarang, walhal amalan tersebut dilakukan sejak puluhan tahun dahulu.

Kita tidak perlu dihadapkan dengan satu lagi isu dan kontrovesi yang menunggang landasan 'hak asasi manusia'

Sesuatu perlu dilakukan bagi menyekat keceloparan sesetengah pihak yang bertindak mengkritik dan mencampuri urusan Agama Islam.

p/s : Depa sibuk cucuk-cucuk badan..wel..wel.. kita pun tak pernah nak masuk campur.. jangan cuba nak jolok sarang tebuan...

sumber : Pas Beruk @ Pb

No comments:

Post a Comment