Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 30 May 2011

"Dari Malaysia Ke Persada Dunia"


KONSEP SDSI

Program SDSI adalah berkonsepkan pembangunan satu atau dua produk/perkhidmatan
beridentiti satu daerah dengan tujuan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.
OBJEKTIF SDSI

Matlamat program ini bukan sekadar untuk mewujud atau melahirkan seberapa ramai
usahawan yang berjaya tetapi lebih jauh sasarannya iaitu:-

• Menambah peluang untuk meningkatkan pendapatan;

• Memperkukuh masyarakat setempat dengan aktiviti sosio-ekonomi yang berdaya maju;

• Mencipta identiti sesebuah daerah melalui satu atau dua produk/perkhidmatan yang
mempunyai nilai ekonomi serta boleh berdaya saing di peringkat nasional dan
antarabangsa.

Pameran yang bertemakan "Dari Malaysia Ke Persada Dunia" ini adalah penting kerana ia mampu meningkatkan potensi perusahaan kecil dan sederhana sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya, negara amnya serta melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat global.
Pameran ini juga dapat memberikan pendedahan kepada para usahawan tentang peluang perniagaan terutamanya untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara. Dengan itu juga, ia mampu mengerakkan minat dan sikap positif masyarakat terhadap produk dan perkhidmatan usahawan desa.

Program Sepanjang Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Negeri Sembilan 2011 :-
  • Demontrasi Masakan FAMA Bersama Jaafar Onn
  • Demontrasi Air Brush, Solekan Special Effect
  • Demontrasi Animasi & Drawing Kasut
  • Fesyen Show Busana Muslimah, Sulaman Manik, Interaktif Membuat Bakul, Melukis Pada Tabung
  • Mencanting Batik, Kulinari Buah Tembikai
  • Fesyen Show 1 Malaysia Kanak-kanak
  • Pertandingan Mewarna, Congkak & Carrom Terbuka
  • Tarian Kebudayaan dan Muzik Tradisional




Amanat Presiden UMNO

Masih ingatkah kita dengan amanat yang diberikan...

Apa pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli harus/perlu berpijak di bumi nyata. Hakikat sekarang menunjukkan fakta sejarah kegemilangan UMNO bukan lagi menjadi ukuran kerana sudah ada kalangan rakyat yang tidak ambil peduli perkara itu.

Kita harus melaksanakan misi meraih semula sokongan pelbagai lapisan pengundi terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Pemimpin-pemimpin perlu sedar bahawa kekuatannya bermula dengan hubungan pemimpin akar umbi dengan rakyat. Ini bermakna pemimpin peringkat cawangan dan bahagian mesti aktif mengadakan program aktiviti kemasyarakatan, bersama membasmi kemiskinan tegar, bantu rakyat semasa berlaku bencana dan kesusahan.





Saturday, 28 May 2011

Pangkalan TUDM Sungai Besi dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan

28/05/2011

GEMAS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menamakan kawasan Sendayan di Negeri Sembilan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
 
Najib mengumumkan perkara itu ketika ditanya pemberita selepas selesai melawat Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Syed Sirajuddin hari ini.

Katanya TUDM akan menjadikan pangkalan itu sebagai pangkalan latihan dan menempatkan unit-unit latihan yang terdapat di setiap pangkalan udara di seluruh negara di satu lokasi sahaja.

 
Tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan di dalam usaha mempertabatkan dan membangunkan N9 ke arah kejayaan.

Tuesday, 24 May 2011

Perjuangkan dan Pertahankan Warisan Nenek Moyang Kita!!!


Hayati bait-bait lirik lagu Warisan ini

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

JANGAN BIARKAN JUAK-JUAK HARAM RAMPAS WARISAN NENEK MOYANG KITA.

Monday, 23 May 2011

Bukti Anwar & Angkatan Keadilan Merancang Melakukan Rusuhan Di Malaysia

23/05/2011

Merasakan rakyat tidak lagi menerima perjuangan Keadilan khususnya Pakatan Rakyat, baru-baru ini Anwar Ibrahim bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah pergi ke Yogjakarta untuk menemui puak-puak penentang Indonesia dan Mesir bagi mendapatkan strategi menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Ketua AMK Shamsul Iskandar dalam ucapannya di ceramah umum PAS pada 22/05/2011, beliau telah mengakui kini strategi menjatuhkan kerajaan dalam gengaman mereka. Beliau juga menghasut rakyat agar menyertai puak-puak pakatan rakyat untuk melakukan rusuhan di jalanraya.

Pengkhianat seperti ini wajar diambil tindakan mengikut Akta ISA 1960 dan lucutkan hak sebagai kerakyatan negara kerana mengancam keselamatan dalam negara serta menghasut rakyat melakukan rusuhan.

Saksikan rakaman audio di bawah :

Friday, 20 May 2011

PAS MengKAFIRkan Rakyat

Kalau mahu masuk syurga undilah Pas. Kalau mahu dapat banyak pahala tengok gambar Tok Guru Nik Aziz. Kalau mahu Islam sokonglah Pas. Kalau bukan Pas, itu bukan Islam.

Itu retorik yang selalu didendangkan oleh pemimpin Pas, seolah-olah hanya mereka sahaja yang Islam. Orang lain yang sembahyang sehari lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji - tidak Islam kerana tidak menyokong Pas.

Kalau begini hujahnya orang Islam di Afrika, Eropah, Arab dan Amerika tidak Islam. Pelik bukan tetapi itulah caranya orang Pas untuk menarik sokongan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Baik, mari kita lihat bagaimana Islamkah Parti Islam Semalaysia ini.

Pertama, lihat dari sudut pemilihan pemimpin Pas. Parti ini menggunakan sistem demokrasi. Siapa yang mencipta demokrasi?. Orang barat yang pastinya kafir. Apakah ini sistem Islam?. Pastinya tidak.
Kedua, daripada sistem sudah pasti orang yang tidak berkelayakan mempunyai peluang untuk menjadi pemimpin biarpun dari sudut peribadinya sudah tercalar. Malah sistem ini juga membuka ruang untuk fitnah memfitnah dan perbalahan sesama sendiri.

Lihat Mat Sabu ingin mencabar Nasharuddin Mat Isa. Siapa yang lebih arif dalam bidang agama, sudah pastinya Nasharuddin seorang bekas pensyarah dalam bidang syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Mat Sabu hanya lulusan Institut Teknologi Mara sahaja.

Kebanjiran golongan profesional biarpun menonjolkan diri sebagai tokoh agama juga sedikit sebanyak akan merosakkan parti Islam.

Ketiga, bersahabat dengan DAP biarpun golongan kafir ini secara terang-terang menolak negara Islam. Dan pada masa yang sama menolak persahabatan dengan saudara seIslam, UMNO.

Apakah ini yang dianjurkan oleh Islam?. Cuba lihat UMNO dalam tempoh 50 tahun negara ini merdeka untuk pembangunan Islam. UMNO telah mewujudkan pelbagai institusi untuk memartabatkan Islam seperti Tabung Haji, Jakim, Yadim, Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan banyak lagi.

Daripada hujah-hujah ini jelas Pas hanya sebuah parti politik biasa yang hanya menggunakan Islam sebagai topeng.

Wednesday, 18 May 2011

Malaysia bakal di barisan hadapan generasi maju dalam sains dan teknologi

19/05/2011



NEW YORK: Malaysia akan berada di barisan hadapan untuk generasi akan datang yang maju dalam sains dan teknologi menerusi Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC).

Majlis itu akan turut membantu membangun dasar-dasar inovasi, kata pakar mengenai keusahawanan dan penyelidikan pengkomersialan serta penulis kolum di Bloomberg BusinessWeek yang berpangkalan di sini pada Selasa.

"Mereka juga percaya GSIAC boleh menyediakan perspektif baru serta membantu pemimpin Malaysia membangunkan dasar-dasar baru dalam membina kapasiti inovasi dan juga membawa pengalaman antarabangsa dalam pelbagai bidang ekonomi," kata Penyelidik Kanan Bersekutu Program Kehidupan Kerja dan Buruh Sekolah Undang-undang Harvard, Dr Vivek Wadhwa kepada Bernama dalam satu temu bual.
Beliau berkata, Malaysia mencatatkan perkembangan yang hebat dalam membangunkan ekonomi, infrastruktur, dan meningkatkan taraf rakyatnya.

"Pemikiran baru diperlukan untuk membawa Malaysia ke peringkat yang berikutnya dan tiada penyelesaian mengikut buku teks.

"Negara ini mempunyai kekuatan yang unik dan GSIAC akan membawa bersama pakar-pakar dalam pelbagai bidang inovasi di bawah Akademi Sains New York, yang tidak mempunyai agenda atau berat sebelah.

"Besar kemungkinan kumpulan ini boleh menyediakan perspektif yang baru serta membantu pemimpin Malaysia membangunkan dasar baru untuk inovasi," kata Wadhwa, yang juga Pengarah Penyelidik, Pusat Untuk Keusahawanan dan Penyelidikan
Pengkomersialan Sekolah Kejuruteraan, Duke University.

Semasa ditanya keperluan penekanan terhadap sains dan inovasi apabila dasar Malaysia selama ini adalah sains dan teknologi, beliau berkata: "Teknologi penting dan sektor teknologi Malaysia akan mendapat faedah daripada dasar yang mementingkan inovasi dan sains.

"Penemuan utama sejak tiga dekad lepas datangnya dari teknologi berasaskan komputer peribadi seperti multimedia, internet dan e-perdagangan dan yang paling terkini daripada media sosial.

"Revolusi teknologi berikutnya akan berlaku apabila kita menggabungkan teknologi ini dengan sains," katanya.

Ketika memberi contoh, beliau berkata: "perangkaian genome, yang berlaku sedekad lalu dan menelan belanja AS$300 juta, kini pada kos kira-kira AS$10,000, dan dalam lima tahun, ini akan membabitkan kos kira-kira AS$100. Bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan menggabungkan teknologi dengan sains".

Mengenai harapan daripada mesyuarat GSIAC pada Selasa, Wadhwa yang juga penasihat beberapa syarikat baru dan penulis kolum untuk Bloomberg BusinessWeek, penyumbang kepada blog teknologi terkenal TechCrunch, dan menulis beberapa penerbitan antarabangsa, berkata: "Ini adalah mesyuarat pengenalan bagi semua anggota GSIAC untuk memahami objektif dan sasaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain mendapatkan lebih banyak maklumat."

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Eksekutif Wageningen University and Research Centre, Dr A A Dijkhuizen berkata, GSIAC akan membantu menetapkan keutamaan yang tepat bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia dan membawa banyak pengalaman antarabangsa dalam pelbagai bidang.

"Teknologi menjadi semakin penting. Ia perlu ke arah inovasi. Jadi, sains dan inovasi pada pandangan saya merupakan petunjuk yang lebih baik," katanya yang juga pakar dalam bidang makanan, pertanian dan minyak sawit.

Wageningen University and Research Centre juga dikenali sebagai Wageningen UR, adalah universiti awam bertaraf dunia Belanda dalam bidang sains pertanian terletak di Wageningen, Belanda.

Universiti dan pusat penyelidikan berkenaan melatih pakar dalam sains hayat dan menumpukan penyelidikannya terhadap masalah komersil, sains dan sosial dalam bidang sains hayat dan sumber asli.

Semasa ditanya apa yang bakal dicapai pada pertemuan pertama GSIAC dengan Perdana Menteri, beliau berkata, mesyuarat itu akan menemukan mereka dan mendapat idea khusus mengenai apa yang perlu menjadi keutamaan sebagai permulaan dan mengenai apa yang boleh ditawarkan anggota majlis.

"Input utama saya ialah dalam bidang makanan, pertanian dan minyak sawit, bagaimana untuk meningkatkan produktiviti, menambah baik kualiti dan kemampanan, selain berasaskan bio, penggunaan produk sisa untuk tenaga hijau dan kimia," katanya.

Najib mempengerusikan mesyuarat pertama GSIAC yang akan dihadiri lebih 35 anggota majlis termasuk 25 anggota antarabangsa dan 10 dari Malaysia di Akademi Sains New York di World Trade Center 7, Manhattan.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Wakil khas Sains Amerika Syarikat ke Asia Selatan dan Asia Tenggara, Dr. Rita Colwell, KEtua Pegawai Eksekutif dan Presiden Akademi Sains New York Ellis Rubistein dan Dr Jeffrey Sachs, Pengarah Institut Bumi dan juga penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon. - BERNAMA

PASTIKAN SETIAP DASAR YANG DI BUAT SAMPAI KE AKAR UMBI

SEREMBAN : 18 Mei – Menteri Besar mahu semua dasar yang di laksanakan dengan sebaiknya serta diperkukuhkan lagi untuk diterjemahkan dan di nikmati sampai ke akar umbi.

Di sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Negeri tengahari tadi, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan menjelaskan tiga dasar yang akan dipertingkatkan segera,

Dasar Belia Negeri

Menteri Besar mahu para Belia diberi perhatian dengan memberi mereka seluas-luas pendedahan terhadap aktiviti kemasyarakatan seperti melibatkan belia dengan JKKK  ataupun agensi yang diiktiraf oleh kerajaan.

Belia sebagai golongan majaroti di Negeri Sembilan, mesti disediakan platform yang sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti juga meluahkan pandangan disamping memperolehi maklumat.

‘Dewan Undangan Belia’ yang dicadangkan akan menjadi medan setiap wakil dari pelbagai bidang serta peringkat umur para Belia mengutarakan suara mereka untuk disampaikan kepada kerajaan untuk dikaji seterusnya diambil tindakan.

Dasar keselamatan

Menteri Besar menegur kepada taman-taman yang belum melaksanakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta mahu semua pihak sedar kepentingannya menjaga keselamatan tempat kediaman.

Terdapat banyak taman yang belum mempunyai KRT  yang seterusnya akan tidak dapat membuat Skim Rondaan Sukarela ( SRS ) yang sebenarnya amat efiktif dalam mengurangkan kadar jenayah setempat serta membantu pihak keselamatan di Negeri ini.

Dengan agenda mahu menjadikan Negeri Sembilan bebas jenayah, maka semua masyarakat disaran supaya sentiasa peka dan sistem keselamatan tempat tinggal mesti dibuat segera bagi menjamin keselesaan serta kesejahteraan masyarakat.

Dasar penembusan Internet

Negeri Sembilan kini di tempat kedua dalam Negara sebagai negeri yang berjaya dalam kadar penembusan internet.

Namun Kerajaan Negeri mahu mempertingkatkan kemudahan sistem komunikasi ini ke fasa kedua bagi memastikan ianya sampai kepada sasaran kadar penembusan internet 75 % seterusnya dapat dinikmati oleh semua kawasan penduduk.

Menteri Besar serta kerjasama Suruhan Jaya Telekominaksi akan berusaha mencapai matlamat ini seperti membuka lebih banyak pusat siber di kawasan pendudukan dan juga memberi skim pemberian komputer riba kepada para pelajar sekolah.

Semua dasar yang sedang serta akan di laksanakan sentiasa mengambil pendekatan kepentingan masyarakat supaya ianya memberikan kesan maksima kepada rakyat.

Di sidang media, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan sagu hati kepada tiga pemain hoki Negeri Sembilan yang telah mewakili Skuad Negara dalam Sukan Asia tahun lalu.

 Skuad Hoki Malaysia mendapat pingat perak dan pemain-pemain tersebut adalah Mazli Ikmar, S.Kumar dan Mohamad Marhan menerima sagu hati RM 5,000-00 tiap seorang.









Sumber : Rashid N9kini.com

Mael Pengerang: Chegu Bard marahkan siapa, sampai ikut Anwar ke In...

Mael Pengerang: Chegu Bard marahkan siapa, sampai ikut Anwar ke In...: " Apa halnya Chegu Bard ni... Apa pula yang tersirat dengan kenyataannya ( di atas ) yang dikeluarkan selepas beberapa minit keputusan perb..."

Monday, 16 May 2011

UMNO perlu mempertahankan parti serta berjuang membela maruah Bangsa, Agama dan Negara



SEREMBAN : 16 Mei – Perhubungan UMNO Negeri Sembilan bersama UMNO Bahagian Seremban menganjurkan perjumpaan santai di Medan Selera Penghulu Chantek, petang tadi.

Majlis santai ini bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim yang terjalin sambil bertukar pandangan serta menyelesaikan masalah yang ada demi kepentingan bersama.

Menteri Besar hadir dan memberitahu, sememangnya perjumpaan ini dirancang untuk bertemu dengan kepimpinan UMNO di semua Bahagian sebelum mereka mengadakan Mesyuarat Agung .

Mesyuarat Agung adalah tanggung jawab yang mesti di laksanakan dan semua ahli mesti mengikut serta menyokong Ketua Bahagian yang telah mereka pilih, juga sentiasa mengutamakan kepentingan parti demi menjamin kelancaran perancangan yang akan disusun .

Semua pihak mesti bersatu menjamin kekuatan UMNO juga bekerja kuat supaya kemenangan dalam pilihan raya akan datang tercapai seterusnya UMNO akan kekal menerajui Kerajaan.

Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan berharap semua masalah yang telah lepas dijadikan panduan, kini masanya untuk memandang ke hadapan memikirkan langkah seterusnya untuk menjadikan UMNO Negeri Sembilan semakin mantap serta diterima rakyat.

Ujarnya, “yang paling penting adalah mempertahankan parti serta berjuang membela maruah Bangsa, Agama dan Negara”.

Menteri Besar berharap kepimpinan UMNO Bahagian Seremban di bawah Ketuanya Dato’ Haji Ishak Ismail akan berjaya mengukuhkan kekuatan parti dan akan menjadi contoh kepada Bahagian yang lain.

Biarpun tarikh pilihan raya belum pasti, namun semua ahli dan jentera parti mesti sentiasa bersedia menjalankan semua agenda parti.

Menyentuh isu masih ramai pengundi yang telah layak namun masih belum mendaftar, Menteri Besar menjelaskan daripada 115,000 yang belum berdaftar di Negeri Sembilan, 17,000 adalah ahli UMNO sendiri , maka tugas akan dilakukan untuk memastikan ahli ini mendaftar seterusnya barulah yang diluar.

Hadir sama, Dato’ Hasim Rusdi, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Kepimpinan UMNO Cawangan.

Sunday, 15 May 2011

Belia Pemangkin Tranformasi

PAROI : 15 Mei – Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.6 juta dan di Negeri Sembilan lebih 420,000 belia mewakili pelbagai peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun.

Dengan tema ‘ Belia Pemangkin Tranformasi ‘ , Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan merasmikan ‘Sambutan Hari Belia Negara 2011 Peringkat Negeri Sembilan’ di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri, Paroi, pagi tadi.
http://n9kini.com/?p=38574

Kenali Menteri Besar Negeri Sembilan



YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Mei 1956. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. Memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004)

Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato’ Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Tarikh Lahir : • 2 Mei 1956
Tempat Lahir : • Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan
Pendidikan : • Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau (1963-1969)
• Sekolah Menengah Rantau (1970-1974)
• Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah, Seremban (1975-1976)
• Universiti Malaya (1977-1979)
Isteri : • Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin
Anak : • Amri, Amira, Azrin, Alia, Aiza
Pengalaman : • 1979-1992
• Pelatih Bank Negara
• Malayan Banking Berhad
• Public Bank Berhad
• Arab Malaysian Merchant Bank
•Pengurus Besar Bank Bumiputera (London)
• 1992-1994
• Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Berhad
• 1994-Mac 2004
• Pengarah Urusan Cycle & Carriage Bintang Berhad
Jawatan : • Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus (bermula 25 March 2004)
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian
• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Penerangan
D.U.N : • Rantau
Politik : • Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
• Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan
• Ketua UMNO Bahagian Rembau
• Ketua UMNO Cawangan Rantau