Kaum India di negara ini diingatkan agar berhati-hati ketika memilih
kerajaan pada pilihan raya umum akan datang agar tidak menyesal di
kemudian hari.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin
Dennis D'Cruz berkata, pilihan harus dibuat bukan saja berdasarkan rekod
dan kejayaan dalam mentadbir negara, tetapi juga sumbangan terhadap
semua kaum.
"Nak ubah kerajaan ini senang tapi kita kena fikir risiko yang akan
dihadapi. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan janji pihak
pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, saya minta kaum India
supaya mengundi Barisan Nasional (BN) 100 peratus,” katanya
D'Cruz juga berkata, berdasarkan maklum balas, sokongan kaum India
kepada BN semakin meningkat, khususnya di kawasan estet dan luar bandar.
Terdahulu ketika berucap, D'Cruz berkata, program Komuniti Sihat
1Malaysia bertujuan memberi kesedaran kesihatan dan mewujudkan
masyarakat yang sihat.
Program sehari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti
rawatan kesihatan, pameran kesedaran kesihatan, sukan rakyat, lawatan
kesihatan dari rumah ke rumah dan malam kebudayaan
No comments:
Post a Comment