Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 11 March 2012

Kak Jat letak jawatan, Rafizi tepuk tangan


Semalam Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau mengambil keputusan tersebut berikutan tempoh beliau sebagai Ahli Dewan Negara tamat 8 April depan.
 
Umumnya melihat keputusan Shahrizat itu merupakan satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti yang semua pihak dalam kerajaan amat menghargai tindakan tersebut.

Walaupun setakat ini tidak ada bukti beliau telah melakukan kesalahan dari segi undang-undang, oleh kerana isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) telah mengundang banyak pertikaian dan kontroversi, maka Datuk Seri Shahrizat telah membuat keputusan untuk tidak membebankan kerajaan dan parti dan dengan itu beliau sanggup tidak meneruskan khidmat dalam kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment