Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 7 March 2012

Blog HeroesMalaya:Tengku Mahkota nafi campur tangan siasatan Badrul Amin

Ampun Tuanku
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan terlibat dengan siasatan atau apa juga yang berkaitan kes tangkapan khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.
 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz, beliau dimaklumkan pihak istana bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut apatah lagi mencampuri siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.

"Bagaimanapun baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan JAIP," katanya kepada Utusan Malaysia

sumber :utusan 

p.s: Rakyat Malaysia oh rakyat Malaysia.. Lihatlah pembohongan seorang yang bergelar ustaz dan bergelar doktor yang bernama Badrul Amin. Dia secara terang-terangan dalam ceramahnya mengatakan bahawa Tengku Mahkota Pahang akan campur tangan dalam kes khalwat beliau dan beliau dipanggil oleh TMP untuk menjelaskan perkara sebenar.. Sekarang TMP telah menafikan bahawa baginda Tengku Mahkota tidak terlibat apatah lagi mencampuri siasatan oleh JAIP. 

OIII!!! Badrul Amin.. Baik kau minta maaf pada Tengku Mahkota Pahang sebelum baginda murka. 

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.   

No comments:

Post a Comment