Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 19 December 2011

Jejai & Fasha Sandha umum tarikh nikah

Hubungan cinta antrara aktres cantik, Fasha Sandha dengan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai bukan satu rahsia. Meskipun pasangan yang terkenal dengan status ‘on-off’ ini seringkali cuba menyembunyikan perhubungan mereka, namun ‘haruman cinta’ mereka pasti dapat dihidu sedari tanah Malaya hinggalah nun jauh ke Borneo, pendek kata 1 Malaysia tahu.

Terbaru, sekeping foto menunjukkan fasha mengenakan busana pengantin tersebar di beberapa laman gosip, dikongsi bersama ribuan pengguna laman sosial. Sudah tentu kalau ia melibatkan aktres jelita berbakat dan berkalung kontroversi ini, sekeping foto pasti sensasi, sekeping foto pasti cetus banyak spekulasi, yang antaranya menyatakan bahawa aktres kelahiran Johor Bharu ini bakal menamatkan zaman solo pada 12 februari 2012. Malah ada yang menebak, pelakon filem ‘Anak Halal’ ini akan mendirikan rumah tangga pada hari lahirnya, 28 Mac 2012.

Berkesempatan menemui Fasha baru-baru ini lewat sidang media filem ‘Penanggal’ di Restauran Al-Andalus Jumaat lalu, fasha yang datang lewat pada itu kerana baru selesai shooting menafikan khabar angin yang mengatakan dia akan berkahwin pada tarikh tersebut namun mengakui bakal menamatkan zaman solo tahun hadapan.

“Setahu saya, memang tidak akan berlangsung apa-apa majlis pada awal tahun hadapan baik pada Februari mahupun Mac. Kerana pada Februari saja, saya sibuk dengan penggambaran dengan drama ‘Seindah Sakura’ yang akan menjalani penggambaran di Paris,”

“Apa yang saya boleh katakan, saya memang akan menamatkan zaman solo tahun hadapan, namun saya tidak boleh mengumumkan tarikh sebenar hari tersebut. Saya berjanji, bila tiba masanya, saya akan mengumumkan juga berita baik ini kepada semua,” tutur bicara aktres berusia 27 tahun sambil menguntum senyuman.
Bertuah badan.. hehehe

Jelas Fasha lagi, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan berita ini jauh sekali mencetus teka-teki sebaliknya, dia mahu mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak tahu bagaimana agaknya percaturan masa depan. Walaubagaimanapun, jauh di sudut hatinya mengharap, agar semua mendoakan kebahagiaan berpihak pada dirinya.

Berkongsi sedikit perancangan hari bahagianya kelak, ingin lari daripada temasya perkahwinan selebriti gah atas dasar tajaan, Fasha tanpa berselindung mengakui tidak mahu perkahwinannya ditaja oleh mana-mana pihak sebaliknya lebih senang menggunakan duit sendiri dan melangsungkan majlis penuh sederhana.

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengadakan majlis pertunangan sebaliknya mahu terus bernikah dan bersanding,” ujarnya lagi.
Bahkan Fasha juga dilihat seakan sudah bersiap sedia melayari alam rumah tangga apabila nekad mahu mengurangkan aktiviti seni selepas bergelar isterikerana mahu fokus pada rumahtangga dan keluarga.

“Saya akan mengurangkan sedikit aktiviti seni, beri tumpuan pada suami dan keluarga dan bercadang untuk memperkembangkan perniagaan salun saya,” ujar Fasha mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment