KUALA LUMPUR 27 Dis. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret
rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 jelas membuktikan Ketua
Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara,
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali berkata, rakyat juga dipergunakan Anwar demi kepentingannya dalam
berhadapan dengan keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.
"Kenapa nak bawa rakyat? Kita tak tahu (Anwar) bersalah atau tidak.
Serahkan kepada mahkamah. Selepas keputusan, kalau bersalah pun dia
(Anwar) ada ruang buat rayuan.
"Beri peluang mahkamah buat keputusan. Kita sendiri boleh baca
(menilai) sama ada keputusan itu logik atau tidak, tetapi mengapa nak
huru-harakan negara? Mengapa nak menyusahkan rakyat seperti apa yang
berlaku semasa perhimpunan Bersih 2.0?
"Selama ini dia macam-macam menghina mahkamah. Itu pun dia dapat
kebebasan seolah-olah dia manusia bersih dan tiada salah. Kalau
(masalah) timpa atas dia, orang lain yang salah dan tuduh ini
konspirasi," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru di sini hari ini.
Ibrahim berkata, kerajaan dan pihak berkuasa perlu menggunakan segala
'kekuatan' yang ada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku dalam
perhimpunan terbabit.
"Kita juga mengutuk mana-mana pihak yang merancang mengadakan
perhimpunan pada 9 Januari ini yang lebih dilihat untuk menghuru-harakan
negara," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Perkasa masih membuka ruang
untuk Datuk Dr. Hasan Ali menyertai pertubuhan bukan kerajaan tersebut
namun ia terletak kepada keputusan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.
"Dari segi perjuangan, kita ada persamaan iaitu mempertahankan Islam,
Melayu dan raja-raja Melayu. Jika beliau ikhlas dalam perjuangan
tersebut, matlamatnya akan jelas.
"Tetapi, kalau ia hanya cakap-cakap politik ekoran tidak dicalonkan
dalam pilihan raya akan datang, kita akan tahu kebenarannya nanti dan
perjuangannya dalam mempertahankan tiga perkara itu tidak mungkin
(berjaya) dengan adanya DAP,"
No comments:
Post a Comment