Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 27 December 2011

Jangan cuba jolok sarang tebuan!!!

Ibrahim Ali bersama para pemimpin Perkasa pada sidang media berhubung beberapa isu termasuk kenyataan seorang paderi dan perhimpunan membela Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas Dr. Eu Hong Seng di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana kenyataan Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu pada majlis minum petang di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu itu berbentuk provokasi, menghasut dan tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, kenyataan itu juga menggambarkan beliau serta mana-mana pihak yang mempertikaikan mengenai perkara tersebut seolah-olah mahu 'bermusuh' dengan orang Melayu dan Islam.

"Perkasa tidak senang hati mengenai kenyataan paderi tersebut. Kenyataannya jelas berbentuk provokasi dan tidak bertanggungjawab.

"Perkara 153 adalah kontrak sosial yang tidak boleh disentuh kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Inilah mereka, kalau kita jawab dikatakan rasis, tetapi siapa yang memulakan dahulu (mempertikaikan Perkara 153)?

"Jangan cuba jolok sarang tebuan dan membuat kenyataan provokasi seperti itu. Kita sudah bersabar cukup lama," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Hong Seng yang antara lain menyifatkan Perkara 153 lebih bersifat 'membuli' jika ia hanya melindungi hak sesuatu kumpulan atau pihak.

Ibrahim berkata, atas dasar itu Perkasa akan membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.
Beliau kemudiannya menyelar sikap sesetengah pemikir Melayu liberal yang bertindak mempertahankan kenyataan Hong Seng.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Perkasa tiada masalah untuk menyokong langkah kerajaan memperkenalkan Akta Hubungan Antara Kaum jika ia membawa kebaikan kepada negara.

No comments:

Post a Comment