SEREMBAN : 18 Mei – Menteri Besar mahu semua dasar yang di laksanakan dengan sebaiknya serta diperkukuhkan lagi untuk diterjemahkan dan di nikmati sampai ke akar umbi.
Di sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Negeri tengahari tadi, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan menjelaskan tiga dasar yang akan dipertingkatkan segera,
Dasar Belia Negeri
Menteri Besar mahu para Belia diberi perhatian dengan memberi mereka seluas-luas pendedahan terhadap aktiviti kemasyarakatan seperti melibatkan belia dengan JKKK ataupun agensi yang diiktiraf oleh kerajaan.
Belia sebagai golongan majaroti di Negeri Sembilan, mesti disediakan platform yang sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti juga meluahkan pandangan disamping memperolehi maklumat.
‘Dewan Undangan Belia’ yang dicadangkan akan menjadi medan setiap wakil dari pelbagai bidang serta peringkat umur para Belia mengutarakan suara mereka untuk disampaikan kepada kerajaan untuk dikaji seterusnya diambil tindakan.
Dasar keselamatan
Menteri Besar menegur kepada taman-taman yang belum melaksanakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta mahu semua pihak sedar kepentingannya menjaga keselamatan tempat kediaman.
Terdapat banyak taman yang belum mempunyai KRT yang seterusnya akan tidak dapat membuat Skim Rondaan Sukarela ( SRS ) yang sebenarnya amat efiktif dalam mengurangkan kadar jenayah setempat serta membantu pihak keselamatan di Negeri ini.
Dengan agenda mahu menjadikan Negeri Sembilan bebas jenayah, maka semua masyarakat disaran supaya sentiasa peka dan sistem keselamatan tempat tinggal mesti dibuat segera bagi menjamin keselesaan serta kesejahteraan masyarakat.
Dasar penembusan Internet
Negeri Sembilan kini di tempat kedua dalam Negara sebagai negeri yang berjaya dalam kadar penembusan internet.
Namun Kerajaan Negeri mahu mempertingkatkan kemudahan sistem komunikasi ini ke fasa kedua bagi memastikan ianya sampai kepada sasaran kadar penembusan internet 75 % seterusnya dapat dinikmati oleh semua kawasan penduduk.
Menteri Besar serta kerjasama Suruhan Jaya Telekominaksi akan berusaha mencapai matlamat ini seperti membuka lebih banyak pusat siber di kawasan pendudukan dan juga memberi skim pemberian komputer riba kepada para pelajar sekolah.
Semua dasar yang sedang serta akan di laksanakan sentiasa mengambil pendekatan kepentingan masyarakat supaya ianya memberikan kesan maksima kepada rakyat.
Di sidang media, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan sagu hati kepada tiga pemain hoki Negeri Sembilan yang telah mewakili Skuad Negara dalam Sukan Asia tahun lalu.
Skuad Hoki Malaysia mendapat pingat perak dan pemain-pemain tersebut adalah Mazli Ikmar, S.Kumar dan Mohamad Marhan menerima sagu hati RM 5,000-00 tiap seorang.
Sumber : Rashid N9kini.com
No comments:
Post a Comment