Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 30 November 2011

UMNO Parti Rasis?

UMNO bukanlah sebuah parti rasis malah ia adalah pencetus dan perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum dan telah mencipta kestabilan sosial, kata Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.


UMNO  juga telah membawa kemakmuran nasional sejak dahulu lagi menerusi kerjasama dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik melalui gabungan UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan.


“Terbukti sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum yang akhirnya telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional,” 




Menyingkap sejarah sejak tahun 1955, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan oleh UMNO dalam pilihan raya tahun itu untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan.
Pecahan pengundi semasa pilihan raya itu mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih satu juta pengundi Melayu dan sebanyak 11 peratus atau sebanyak 143,000 pula adalah pengundi Cina manakala 50,000 atau hampir 4 peratus sahaja di kalangan pengundi India.
“Hakikat tersebut nyatanya tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa,” katanya.
Beliau berkata keikhlasan itu dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.
“Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang Melayu untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri demi matlamat lebih besar yakni memenangi pilihan raya, kemudiannya membentuk kerajaan seterusnya mencapai kemerdekaan"

No comments:

Post a Comment