Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 14 February 2012

PKR bidas Nik aziz

Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia berikutan tindakan majlis berkenaan, semalam yang meminta Penasihat PKR itu menarik balik kenyataannya atau menyaman The Wall Street Journal, dianggap tidak wajar dan tidak melambangkan semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

Menurut sumber PKR, penyokong parti itu menganggap tindakan Majlis Syura Ulama Pas dan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan terbuka dalam memberi kata dua berkenaan boleh menjejaskan imej pakatan tersebut.

Mereka mempertikaikan kenapakah Pas tidak berunding atau membawa isu berkenaan ke mesyuarat pakatan pembangkang supaya ia boleh diselesaikan secara muafakat.

Penyokong PKR juga bertanya, apakah Pas kini sudah tertekan kerana dianggap telah meninggalkan perjuangan Islam sehingga sanggup memberi kata dua kepada pemimpin utama pakatan sendiri.

Bagi penyokong Pas, mereka menganggap tindakan Majlis Ulama itu adalah tepat kerana Anwar dilihat sudah banyak melakukan tindakan yang dilihat memberi masalah kepada pembangkang.

Malahan sumber dalaman Pas percaya, 'serangan' atau kritikan terhadap keputusan Majlis Syura Ulama tersebut adalah sebahagian tindak balas penyokong-penyokong PKR dan Anwar terhadap blog-blog pro-Pas yang mengkritik PKR berhubung isu yang berlaku di Selangor.

Sementara itu, sebuah blog pro pakatan pembangkang secara terbuka mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dan Nik Abdul Aziz.




No comments:

Post a Comment