Bermacam-macam taktik dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan LYNAS ni.. Janji mereka pada PRU ke-12 pun mereka tak tunaikan lagi.. ini mereka buat kerja bodoh pulak..
Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.
Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas
yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi
negeri Pahang.
Bermacam-macam tohmah dan
dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek
tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya
risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir
bumi yang dilombong dari Australia.
Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri
termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan
pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut
selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh
pembangkang.
Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che
Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji
memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang
mengikut prosedur.
Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang
pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan
berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas
yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak
menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam
Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan
kilang Lynas.
DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak
anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi
dokongan kuat kepada kempen tersebut.
Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.
Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri
daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR
dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.
Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.
Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri,
Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih
setahun kerana sokongan dana yang besar.
Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.
Kalau tidak masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas
yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah
mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.
Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu
diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan
wujudnya kilang Lynas di Gebeng.
Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.
Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas bolehlah
dianggap sebagai usaha khianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah
tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi
serta agenda tersembunyi pembangkang dengan menggunakan rakyat yang
dipergunakan.
PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh
kerana itu sejak awal algi telah menunjukkan sikap dingin terhadap
usaha menentang projek tersebut.
Hakikatnya
kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh bahawa dakwaan
pihak pembangkang sememangnya menerima dana asing bagi mewujudkan
ketidakstabilan politik di negara ini.
Pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk
merampas kuasa politik sekalipun bersekongkol dan didokong dana besar
negara asing.
No comments:
Post a Comment