Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 19 December 2011

EKSLUSIF-Masalah Dalaman Pakatan Pembangkang Di Pulau Pinang Makin Kritikal

Tindakan Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor, Lim Boo Chang keluar parti sekali lagi membuktikan bahawa masalah dalaman parti pembangkang sudah tahap kritikal sehinggakan seorang demi seorang pemimpin dan ahli mereka keluar parti.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, tindakan Boo Chang keluar dari parti ini memberi gambaran yang cukup jelas bahawa pakatan pembangkang adalah sebuah parti yang hanya mementingkan kuasa tanpa mempedulikan nasib rakyat.

“Saya sendiri telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli pakatan pembangkang yang menyatakan hasrat untuk keluar parti. Tunggulah, dalam masa terdekat ini saya akan dedahkan perkara ini.

“Namun apa yang pasti, pakatan pembangkang memang mengalami masalah dalaman parti yang amat serius. Apatah lagi di Pulau Pinang ini diperintah oleh mereka. Jadi, apabila ada pemimpin mereka yang keluar parti ini jelas memberi signal bahawa masalah dalaman mereka semakin tidak mampu dibendung.

“Semakin hari, ianya terdedah dengan sendirinya. Adakah kali ini mereka masih mahu terus menuding jari kepada UMNO dan BN sedangkan orang mereka sendiri yang sudah jelak dan muak dengan karenah mereka,” ujar Zainal.

Sekiranya ada pemimpin UMNO yang keluar parti, sudah pasti berita ini akan digembar-gemburkan dan melemparkan pelbagai tohmahan tetapi apabila ada pemimpin mereka yang keluar parti, mereka hanya membisu.

“Dahulu apabila Ahli Parlimen Bayan Baru keluar parti, mereka menganggap ini masalah terpencil. Kini apabila semakin ramai pemimpin mereka yang keluar parti, adakah ini masih masalah terpencil ataupun gambaran sebenar bahawa pakatan pembangkang memang bermasalah.

“Ini juga secara tidak langsung menunjukkan pakatan pembangkang dikawal sepenuhnya oleh DAP. PKR dan PAS hanyalah parti yang melukut di tepi gantang.

“Rakyat Pulau Pinang harus sedar dan bangkit bahawa selama tiga tahun berkuasa, pakatan pembangkang langsung tidak membawa manfaat atau membela nasib rakyat. Apa yang mereka tahu hanya tamak dengan kuasa.

“Sekarang ini mereka sudah semakin terdesak apabila menyedari bahawa PRU semakin hampir. Tindakan Boo Chang menambahkan lagi tekanan mereka.

“Saya menyeru kepada rakyat Pulau Pinang, nilailah dengan mata hati adakah pakatan pembangkang masih layak untuk diberi kuasa memerintah pada PRU akan datang. Janji mereka pada PRU lalu juga hanya retorik dan berlandaskan penipuan semata,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Boo Chang mengumumkan keluar parti apabila menyedari bahawa pakatan pembangkang sentiasa berjanji kosong. Beliau mula hilang keyakinan apabila mendakwa Lim Guang Eng memberikan kata dua kepada pemimpin pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengannya selain bosan dengan sikap mereka yang tidak menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, hakikat sebenar ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang hanya bersandarkan kepentingan politik masing-masing memandangkan idealogi mereka sangat berbeza.
Selain keluar parti, Boo Chang juga mengumumkan meletak jawatan sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment