Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 3 May 2012

R Tangam tidak mengaku jadi kambing Hitam

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rasah, R. Tangam (gambar) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melanggar perintah Mahkamah Majistret berhubung larangan menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) pada 28 April lalu.

Tangam, 50, yang merupakan perusuh Bersih 3.0 yang pertama dihadapkan ke mahkamah, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Mahmud Abdullah.

Ketika pertuduhan dibacakan, Tangam, bekas tentera, yang sepatutnya berdiri di kandang pesalah memohon untuk duduk kerana tidak mampu berdiri akibat kakinya mengalami kecederaan ligamen.
 Lelaki itu didakwa sebagai ahli perhimpunan Bersih 3.0 menentang pelaksanaan perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April lalu.

No comments:

Post a Comment