Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 1 February 2012

Berita kematian Ketua Polis Negara hanya khabar angin


SEPANG 2 Feb. - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan kerja lima hari ke London bersama polis United Kingdom, sekali gus menamatkan khabar angin berhubung kematiannya.

Ismail, ketika ditemui kumpulan wartawan yang menanti kepulangan beliau di Lounge VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 pagi, kelihatan sihat dan ceria serta bersalam-salaman dengan mereka yang hadir.

"Tidak ada apa-apa. Saya bersyukur dapat kembali ke tanah air,” katanya yang tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan beberapa pegawai kanan polis Bukit Aman.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Isnin lepas menafikan khabar angin bahawa Ismail telah meninggal dunia di London. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment