Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 1 February 2012

Adik Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

KUCHING 2 Feb. - Datuk Ibrahim Mahmud, 69, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Hospital Pakar Kuching 7 pagi ini.

Menurut seorang anggota keluarganya, Ibrahim meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Ibrahim, yang pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, merupakan Pengarah Kristal Harta Sdn. Bhd. dan juga Pengarah Eksekutif Sarawak Pulp Industries Sdn. Bhd.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Demak Jaya di Jalan Bako di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment