Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 1 December 2011

Wakil asing sokong Presiden UMNO


Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti, di sini hari ini, dilihat perwakilan asing sebagai ucapan berwawasan bukan saja untuk UMNO tapi juga Malaysia.

Naib Presiden sayap Sukarelawan Parti Nasionalis Bangladesh, Mahbud Alam berkata dasar yang terkandung dalam ucapan itu mampu membawa Malaysia jauh ke hadapan.

"Ucapan Presiden menunjukkan masa depan yang positif untuk negara, yang mana bagus untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada pemberita.

Mahbub berkata, demokrasi dalam parti adalah aspek yang diperlukan untuk membangunkan Malaysia, iaitu sebuah negara Islam contoh, dengan jayanya.

Beliau berkata, Malaysia antara yang disenaraikan sebagai negara terkenal di Bangladesh dan memiliki pemimpin yang hebat seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

Wakil Persatuan Kebangsaan Kenya, Prof. Philip Kaloki menganggap ucapan Najib menyuntik semangat khususnya berkenaan ekonomi.

"Ini sebuah parti yang berdaya maju dengan dasar yang mampu meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.
Katanya, terdapat banyak perkara seperti politik dan kepimpinan negara yang boleh dipelajari negara-negara Afrika khususnya Kenya, daripada Malaysia.

Pandangannya dikongsi Penasihat Khas Kebangsaan Parti Demokratik dan Liberal Mamafisoa dari Madagascar, M. Rakotonirainy Zaka yang menyifatkan ucapan itu sebagai ucapan seorang pemimpin sebenar.

No comments:

Post a Comment