Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 19 December 2011

Nilai sikap Anwar-Rahim Tamby Chik

Rakyat perlu menilai secara mendalam sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering berdolak-dalik setiap kali timbul isu membabitkan peribadi beliau. 

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Anwar akan menggunakan pentas ceramah dan kepandaiannya ‘bermuka-muka’ untuk menarik sokongan rakyat, sedangkan dengan jelas beliau menghadapi krisis personaliti yang amat teruk.

Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata, tindak tanduk bekas pemimpin yang pernah dipenjarakan kerana kes liwat itu juga membuktikan bahawa beliau hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu untuk membuktikannya.

“Kita semua tahu perangai Anwar apabila membuat tuduhan atau satu fakta baru yang kena mengena dengan dia, akan habis-habisan menafikannya dalam ceramah di seluruh negara, dia memang hebat berceramah sehingga pendengar terpesona.

“Bila saat kritikal, bila mana kena buktikan mengikut Islam dia tidak mahu sedangkan rakyat mahukan kebenaran, inilah Anwar, hipokrit.

“Di luar bercakap seolah-olah dialah yang paling alim, semua tohmahan tidak benar. Sebagai contoh dalam kes Saiful Bukhari, Datuk T dan terbaru, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia tidak berani bersumpah untuk membuktikan kebenaran,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mencari alasan untuk tidak menyahut cabaran Dr. Mahathir supaya bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

No comments:

Post a Comment