Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 2 December 2011

Mat Sabu jadi tukang salak DAP


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kini layak digelar ‘tukang salak DAP’ apabila sanggup dipergunakan untuk menghina dan memperlekehkan siapa saja yang menyinggung DAP sehingga ke tahap menyerang kaum seagama dengannya.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata  UMNO tidak menyerang kaum-kaum yang lain dan yang lebih buruk ialah  Mat Sabu yang menyerang bangsa dia sendiri dan menghina pejuang-pejuang, bekas polis, tentera dan sebagainya.
Menurut beliau UMNO yang berpegang kepada pendekatan wasatiyyah bukan sahaja menjaga hak dan kepentingan Melayu tetapi juga kaum-kaum lain di negara ini dan bekerjasama membina negara yang berdaulat.
“Apa yang telah kita bincangkan itu bukan menyerang bangsa lain tetapi menyatakan bahawa parti macam DAP ini sebenarnya rasis  dan bukannya kaum Cina sebab kita dengan kaum berkenaan tidak ada masalah.
“Kita bersama dengan kaum-kaum lain bersatu dan bekerjasama membina negara yang berdaulat tetapi yang masalahnya adalah DAP sebab pendekatan mereka, kenyataan mereka  yang rasis, pendirian mereka dan kita nampak Mat Sabu seorang penyokong tegar mereka. Kenapa? Mat Sabu seolah-olah tidak ada pegangan sanggup menyerang sesiapa pun demi kuasa dan kepentingan politik,” katanya.
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mendakwa, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar ‘perkauman’ parti pemerintah.
Tegas Khairy lagi, Mat Sabu  rela menjadi “pak turut” kepada DAP semata-mata mahu memastikan mereka mendapat kuasa.
“Dulu dia serang Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri,  tetapi hari ini dia rela menjadi “pak turut” kepada DAP,  balaci kepada DAP semata-mata mahu pastikan mereka memerintah. Tidak ada pegangan langsung,” katanya.
Beliau seterusnya menambah tumpuan pembangkang terhadap perhimpunan agung UMNO membuktikan parti pemerintah itu masih relevan dan menjadi igauan ngeri kepada parti pembangkang.
“Kalau kita tengok dalam ceramah mereka, pelbagai kata dilontarkan kononnya UMNO tidak lagi relevan, UMNO sudah tidak diterima oleh rakyat dan sebagainya kenapa mereka takut sangat dengan apa yang kita cakapkan di sini. Ini membuktikan UMNO terus menjadi relevan kepada seluruh rakyat Malaysia

No comments:

Post a Comment