Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 9 November 2011

MCA cabar DAP



Setiausaha Kehormat MCA Selangor, Wong Koon Mun hari ini mencabar DAP melaksanakan pengurangan jumlah penjawat awam di Pulau Pinang terlebih dahulu bagi melihat keberkesanannya.

Koon Mun memberitahu, pelaksanaan tersebut perlu dilakukan di negeri-negeri yang mereka tadbir untuk membuktikan bahawa mereka tidak menipu rakyat.

"Pengurangan ini perlu dilakukan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan bagi melihat keberkesanannya, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh mereka.

"Oleh itu, saya mencabar mereka untuk laksanakan di negeri-negeri yang mereka kuasai dan bukan terus mengelirukan rakyat dengan janji kosong mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang parti itu akan mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya memerintah negara.

Menurut Koon Mun, hasrat Tony Pua turut ditolak oleh Pas kerana tiada perbincangan mengenai pengurangan penjawat awam di kalangan pakatan pembangkang dan ini hanyalah pandangan peribadi beliau sendiri.

"Tony Pua pernah berkata Selangor akan mendapat hak ke atas Lebuh Raya Damansara-Puchong bagi meringankan beban rakyat, namun tahun demi tahun tiada apa yang dilakukan.

"Beliau yakinkan rakyat dengan fakta yang salah dengan tujuan untuk menipu rakyat dan sering kali menyalahkan kerajaan Persekutuan," katanya.

No comments:

Post a Comment